PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Tuesday, May 12, 2015

Pengalaman Memakai Braces : Klinik Pergigian Zaryff Seremban

Assalamualaikum. Hari ni nak story pasal braces pulak. Aku dah pakai braces ni kira-kira 7 bulan. Kepada sesiapa yang nak try pakai braces tu harap-harap post ni membantu lah ek.


1st step mesti lah kena survey dulu klinik pergigian yang sesuai dengan keadaan geografi, tenaga, dan kesihatan kewangan korang. Keadaan geografi tu, means cari lah yg berdekatan dengan tempat tinggal semasa korang, so that senang nak pergi check up tiap-tiap bulan nanti sekaligus jimat duit dan tenaga. Macam aku, aku gunakan perkhidmatan klinik Dr.Zaryff kat senawang seremban. Murah pun murah. Deposit RM1000, tiap2 dua bulan bayar RM200. Total kos, RM3000. Rasanya antara yang paling murah kot. Kat kawasan KL biasanya RM4k ke atas dan boleh cecah RM7-8K.


2nd, bila dah jumpa klinik gigi idaman hati, kena pergi buat appointment. Bukan datang-datang je terus pasang tau. Mostly setiap klinik akan bagi tarikh baru untuk korang datang pasang braces. Kalau kena buat xray, pergi lah buat xray dulu. Then, dentist akan ambik acuan gigi korang menggunakan mould. Macam sejenis tanah liat yang akan dilekapkan ke gigi untuk tengok keadaan gigi korang. Jongang ke, bertindih ke. Lagi 1, if gigi bertindih maybe kena cabut gigi, so akan take time lagi lama untuk tunggu turn pasang braces tu.


3rd, masa untuk pasang braces!! Bila dah datang check up sebelum pasang braces tu, baru aku tau yang aku ada problem lain selain gigi jarang. Aku ada masalah deep bite. Maksudnya, gigi atas aku terlalu menutup gigi bawah. So doktor tu nak tarik sikit gigi atas aku supaya ada ruang untuk gigi bawah menonjol jugak kalau senyum. Heh. -_-"





Maaf lah kalau grafik sedikit menggerunkan. Haha. Ini gigi aku sebelum pasang braces. Apa yang bestnya tiap kali datang check up is, tukar colour getah braces!! Hihi. Tapi kalau time tu kureng nasib baik sikit maybe dapat warna-warna yang kurang berkenan di hati. Huhuk. Setakat ni aku dah pernah pakai warna biru, merah, purple, colourful. Lepas ni taktau lagi nak pilih warna apa. Kat bawah ni pulak gigi aku lepas pakai braces.

 Sebelah kiri ni adik aku. Dia jongang. Haha. Time ni dia pakai getah powerchain. Powerchain tu getah yang bersambung terus antara besi braces. Bukan getah sebiji-sebiji yang comel tu. Aku pun pakai powerchain sekarang untuk gigi bawah. Effect pakai powerchain ni pun memang power lah. Seminggu menangis kunyah nasi. Itu pun kalau mampu untuk mengunyah. T_T




1st time pakai braces ni akan rasa janggal untuk beberapa hari. Rasa serba salah nak senyum takut ada nasi terselit celah braces. Nak bercakap pun asyik cover je. Memang 100% bergantung kat berus gigi everytime lepas makan. Lepas dah terer sikit, kumur-kumur pun boleh yakin je senyum sampai telinga. Hek2.  Untuk tahap kesakitan pula, lepas sehari pakai tu baru terasa sengal-sengal nya. Tapi pakai powerchain paling "power" sakit dia. Rasa macam nak tanggalkan sekarang jugak braces. Lepas seminggu dua macam tu, dah ok balik. Boleh makan macam tak makan setahun.


Aku guna berus gigi berus halus 0.01mm. Berus gigi kasar tak sesuai ye. Keras dan tak boleh bersihkan celah-celah braces sangat. So better guna berus gigi berus halus ok! Untuk kebersihan menyeluruh, boleh lah kumur-kumur dengan listerine everytime lepas berus gigi. Setiap dua bulan aku akan pergi check up untuk tukar getah dan besi braces. Klinik lain aku tak sure macam mana rules nya. So thats all! Daaa..

Friday, January 9, 2015

Review / Testimoni : Nour Ain Skin Care , Bio Essence Tanaka White , Hiruscar , Satin Skinz Premium (Bukan Penjual)

Assalamualaikum. Hari ni aku tiba-tiba rasa rajin pulak nak review produk-produk penjagaan muka dan dalaman yang aku gunakan sekarang. Jangan terkejut eh sebab banyak sangat produknya. Tapi produk-produk ni memang ok untuk aku dan review ini bukan review berbayar tau! Siapa lahhh nak bayar kat blogger piCISan untuk review pulak tu kan. Sebelum tu mari sini dekat-dekat tengok kulit muka aku yang maha dasyat sebelum ni. Hasil daripada pakai produk entah apa-apa. Bila stop terus jad macam ni. T_T





Ok, mula-mula sekali aku nak review pasal Nour Ain Skincare. Honestly, dalam banyak-banyak produk skincare aku guna selama ni, Nour Ain Skincare ni produk pertama yang tak mengelupaskan lansung kulit aku. Tak pedih dan tak rasa terbakar kalau kena panas. Aku pernah try set Vite E, SF Beauty, Dnars skejap je (tak habis pun 1 set tu), semua ada struktur dan bau yg lebih kurang sama. Bau bahan kimia yang kuat, krim yang super berminyak, mengelupas dan pedih bila kena panas, keluar bintik-bintik halus kat muka. Tapi Nour Ain ni tak sama. Aku guna set basic je. Sabun pencuci muka, krim siang, krim malam dan tambahan krim multivitamin. Bau sabun dan krim siang Uv foundation wangi, bau oren. Tapi krim malam dan krim multivitamin tak berbau dan tak berminyak. Aku guna krim malam dan multivitamin ni selang seli. Kalau malam ni pakai krim malam, esoknya krim multivitamin. Begitulah seterusnya sampai abang Jamil mampus. Set ni boleh didapati di kedai-kedai jamu or beli je online.

P/s : Proses pemulihan untuk Nour Ain Skincare ni agak slow. Dalam sebulan dua baru nampak effect. Tapi better lah kan daripada cepat putih tapi kulit pedih, mengelupas lepas tu menipis.

Harga : Set basic RM50++
           Krim Multivitamin RM 50









Ok next! Untuk toner dan serum, aku guna Bio Essence Tanaka White. Toner ni untuk tutup pori-pori terbuka tu lepas kita cuci muka. Sebelum pakai apa-apa produk selepas cuci muka, benda first kita pakai mestilah toner. Lepas pakai toner, aku pakai Serum pulak untuk mencerahkan lagi dan bantu kurangkan parut jerawat. Kenapa pakai Bio Esssence Tanaka White? Sebab dia best... Ok, sebab sebelum ni aku dah serasi dengan produk ni. Just krim siang dan malam Bio Essence ni je tak berapa menjadi. Tapi dua benda ni memang ok dan best. Wangi! Boleh didapati di watson or guardian berhampiran. Dah pakai 2 box.


Harga : Toner RM20++ bergantung pada offer
           Serum : RM80++ bergantung pada offer juga






Untuk mempercepatkan lagi memudarkan bekas parut jerawat, aku gunakan gel Hiruscar. Boleh apply lepas pakai serum. Lepas tu baru tepek krim siang or malam, then baru tepek compact powder ke, or make up. Setakat ni Hiruscar pun ok. Nampak jugak lah parut tu cepat pudar. Tahan lama sebab calit sikit-sikit je kat bekas parut tu, bau pun wangi.

Harga : Tak ingat tapi more than RM30




Last, aku makan supplement Satin Skinz Premium sebab aku kurang makan sayur dan buah. Rasa sedap. Macam makan gula-gula oren. 1 set ada dua botol. Satu tablet warna oren, 1 lagi tablet warna putih. Kena ambik satu tablet dari setiap botol tiap kali makan. Dua-dua tablet rasa sedap. 1st month aku ambik satu tablet pagi, 1 tablet malam untuk setiap botol. 2nd month aku makan sebiji pagi or malam je. Aku dah makan dua kotak. Maknanya memuaskan lah tu kan.


Harga : Rm120-RM14O bergantung pada kebaikan hati penjual tu.




STEP PENJAGAAN MUKA :
  1. Buang make up kat muka guna makeup remover or baby oil
  2. Cuci muka guna sabun pencuci muka
  3. Sapu toner seluruh muka guna kapas muka
  4. Sapu serum
  5. Sapu gel parut Hiruscar
  6. Sapu krim siang or malam
  7. Makan supplement



Ok sekarang masa yang ditunggu-tunggu. Resultnya lepas bertungkus lumus mencari gabungan formula rawatan persendirian. Tadaaa... Jerawat dah kurang, parut pun semakin membawa diri jauh. Still dalam proses pemulihan lagi sebab parut still nampak sikit-sikit kan. Pic fresh dari camera. 





So, ini je lah yang mampu aku review untuk kali ni. Daaa~

Saturday, June 21, 2014

CPUV Bulgogi Dari Nuffnang

Assalamualaikum.. Hari ni nak update pasal satu lagi CPUV dari nuffnang. So kalau nampak iklan ni sila-sila lah klik. Maceh. :'D



Jangan gelakkan earnings aku tau. 





Wednesday, June 18, 2014

Enam CPUV Dari Nuffnang

Assalamualaikum. Waa.. First time buat entry pasal CPUV. Almaklumlah, selepas 5tahun blog hidup baru first tme dapat CPUV dari Nuffnang lebih dari satu dalam satu masa. Alhamdulillah. Tapi jangan lah ingat aku ni masyuk sangat dapat CPUV ni. Don't worry, aku takkan kaburkan jumlah CPUV aku ok. Aku tau ramai yang teringin sangat nak tengok jumlah earning CPUV orang lain everytime dia update entry pasal CPUV ni kan. Tapi mostly blogger akan kaburkan maybe untuk elakkan riak, or malu sebab earning ciput. Tapi aku kasi can orang tengok CPUV seciput aku ni k. Hahah. Buat masa sekarang CPUV aku yang sedang on going adalah iklan Ikea Children , Whis
per Mesh & Cotton, Petronas Primex 95, Tune Talk, Huawei Ascend P7, dan U-Mobile.



Cukup besar tak untuk tengok earning seciput aku? Keh..keh..



Korang-korang kalau rajin dan baik hati untuk menderma ke tabung masjid aku, sila-sila lah klik iklan-iklan di bawah ini yang bertebaran sekeliling blog aku. Nanti jangan lupa mention kat shoutbox aku yang korang dah klik. InshaaAllah nanti aku terbang ke blog korang untuk membalas jasa ok. Thanks Nuffnang sebab bagi CPUV ni semua. U i love! :*


























Ringan-ringankanlah tangan untuk klik kalau ternampak k. Terima kasih! :D


Cara Atau Tips Memulakan Bisnes Online

Assalamualaikum. Macam biasa lah. Aku kalau update blog memang suka pagi-pagi buta. Seram tak? Haha.
So, hari ni aku nak share sikit... tips untuk sesiapa yang mula nak berjinak dengan bisnes online tu.Sikit je ye sebab aku pun baru beberapa bulan jagung dalam arena bis online ni. Tapi ada hati nak bagi tips. Apa salahnya. Share ilmu kan.. Ini berdasarkan pengalaman aku yang tak ada basic lansung dalam berbisnes tau. Kalau ada yang pro bisnes harap maaf ye atas teori sediri ikut suka sesedap rasa ni.



1) Produk
Mula-mula kena set lah nak jual apa. Contoh yang famous sekarang ni tudung ke, barang kecantikan ke, baju ke. Macam aku, aku jual contact lens. Tapi sebab modal aku ciput je aku mula jual dengan power lens 0 degree je. Aku terdetik nak jual contact lens ni sebab aku suka sangat pakai lens. Then why not aku try jual. Tapi aku dah set up my mind aku nak jual murah-murah je. So semua mampu pakai even budak sekolah pun.

Awal-awal dulu aku sewa pushcart kat giant. Tapi giant bagi tempat yang tak strategik lansung. Kat dalam supermarket tu. Kebanyakan orang yang masuk dalam beli barang dapur ni makcik-makcik. Dan tempat aku tersorok daripada pandangan orang. Nak buat macam mana. Semua dah bayar kan. Sewa masa tu RM800 sebulan. Tambah deposit tok nenek semua jadilah RM1200. Tapi aku buka booth tu tak lama pun. Sebulan je. Sebab susah sangat nak dapat income. Tak pulang modal pun. Sedih! T_T


Then aku tengok macam banyak je balance lens yang tak terjual. So aku decide nak try bukan instashop. Aku jual murah-murah je. RM10 sepasang! Tapi tak termasuk post la. Aku pun start promote instashop aku. Tiba-tiba pling! Ramai pulak yang whatsapp, msg, call pun ada nak beli lens aku. So aku pun fikir kalau teruskan je ngam juga ni. Lagipun dah nak dekat raya. Around bulan Ogos 2012 masa tu. Bila semua balance lens aku tu habis, dapatlah aku modal balik untuk beli lens baru. Dari situ lah bermulanya instashop aku..



Nama Apple diberi sebab dulu aku ada sugar glider nama Apple. Macam cute je bunyi nya. Heheh




2)Modal
Nak start bisnes kena ada modal. Kecuali la bisnes jual pucuk ubi liar yang kena kutip-kutip kat tepi semak tu kan. Macam aku masa mula-mula nak buka booth tu aku loan duit kat ayah aku. Tapi tak bayar-bayar pun lagi. Heheh. Tapi lepas jualan kat booth tak laku, aku jual online. Alhamdulillah aku mampu kumpul modal balik.



3)Beli barang / cari supplier
Aku survey barang berhari-hari juga. Sebab nak bandingkan harga dan kualiti. Aku lagi senang kalau pergi ambil barang by hand sebab aku takut kena tipu. Yelah, modal bukan sikit-sikit. Beratus-ratus juga. Tapi aku pernah juga ambil barang melalui pos sebab tak ada masa nak pergi ambil barang. Itu pun lepas few times aku aku repeat order. 


Barang-barang jualan.




4) Packaging / pembungkus
Bagi yang banyak modal tu boleh lah beli plastik comel-comel sikit. Tempah siap letak nama shop korang ke. Nanti nampak nice to see nice to hold once broken consider sold lah kan. Eheh. Aku just guna apa yang termampu je. Balut barang guna kertas A4 dan sumbat dalam plastik. So, secure sikit barang tu. Al-maklumlah. Abang-abang pos laju ni suka pecahkan barang-barang aku tau! Grr.. Lagi satu, aku ada sticker comel yang dilekatkan pada plastik pembungkus aku tu. Boleh buat kat booth jual sticker. 100 pcs RM10 je. But depends pada size sticker korang lah.



Sorry kabur. Ini je gambar yang sempat di snap.



5)Akaun bank
Korang mestilah kena ada akaun bank tau. Atleast satu akaun untuk orang bank in kan kat korang. Klau tak macam mana nak ambil payment. Contohnya akaun cimb or maybank. Customer aku ramai yang guna maybank, so aku pinjam akaun tunang aku untuk tumpang duit. Tumpang je k. Hahah.




Akaun bank yang aku guna.





6)Medium jualan
Korang kena ada satu medium untuk letak jualan. Contohnya instagram, facebook, blog, wechat pun boleh.
Gunakan je semua yang ada. Lagi banyak lagi bagus. Kalau modal besar boleh guna servis iklan facebook. Contoh iklan kat blog BOLEH RUJUK SINI. Tapi kalau boleh awal-awal bisnes janganlah privatekan fb, or insta korang. Bagi aku lah, itu boleh menurunkan mood orang yang nak membeli. Contohnya aku. Dah excited nak usha barang ni, sekali tu private pula. Kalau dah add pun entah zaman bila teringat nak g usha lagi kan.





Contoh promosi kat instashop aku.




7)Cara pengeposan barang
Lepas dah promote barang dan ada customer, kena lah postkan barang. Jangan jadi scammer k. Busuk punya orang. Btw, scammer tu orang yang promote barang tapi sebenarnya barang tu tak ada pun. Dia dah dapat duit, dia senyap. Terus block korang. Tak baik tau. Ok berbalik pada topik, aku gunakan servis pos laju. Setakat ni alhamdulillah ok je. Just barang pecah tu dah dua tiga kali lah juga. Tapi itu je pos yang paling dekat dengan rumah aku dan senang nak berurusan. Nasib baik sekarang ni packaging lens aku dah tukar ke bekas plastik. Selamat sikit. Aku selalu beli pembungkus pra bayar. Pembungkus pra bayar tu korang tak perlu dah lah nak kena packing barang kat kaunter pos laju lepas tu timbang lagi. Dia memag dah tetapkan sebungkus pos pra bayar tu RM6. Sebab tu kalau korang tengok postage biasanya RM6 mengikut berat barang yang dah ditetapkan. So, lepas packing boleh terus masukkan dalam pembungkus pra bayar tu dan hantar ke kaunter pos laju. Lagi satu, borang jangan lupa ambil sekali ye. Nanti nak tulis alamat kat celah mana.



Pembungkus pra bayar.



Borang pos laju.



Packing time!


8)Dropship
Lagi satu cara senang nak buat bisnes online tanpa perlu modal,cari barang,bungkus barang dan pos barang, korang boleh lah jadi dropshipper. Cuma kena ada medium untuk promote dan akaun bank je untuk terima payment. Dulu sebelum aku jual sendiri aku pernah jadi dropshipper juga. Tapi untung tak lah selebat jual sendiri. But at least masuk juga lah duit poket. Menjadi dropshipper ni korang just perlu promote barang, then bila ada customer dan dapat payment, korang pula kena buat payment pada supplier untuk dia postkan barang customer tu. Tapi hati-hati ye ada juga supplier yang menipu. Duit dah dapat tapi barang customer tak pos pun.



Jadi, itu sahajalah karangan SPM aku untuk pagi ini. Harap dapat lah membantu sedikit untuk sesiapa yang berminat nak mula bisnes online ni ye. Good luck untuk korang. Wish me luck too!! Amin~


XOXO,

Cik Putri

Contact Lens Murah 2014

Assalamualaikum. Hari ni nak promote contact lens. Semua harga adalah sama dan boleh campur-campur. Kecuali yang dah dinyatakan harga pada gambar. Semua contact lens adalah 0 DEGREE SAHAJA. Kalau berminat boleh whatsapp or wechat. TQ!! :)




















Saturday, June 14, 2014

Pengalaman Kedua Menjaga Anak Kucing Kematian Ibu

Assalamualaikum. On9 pagi-pagi celik kat tempat kerja. Tak boleh tidur. Rasa nak update pasal si comel aku yang dah makin membesar. Dah masuk 3 bulan umur diorang. Makin lasak. Semua tempat nak explore, nak panjat sana sini.


Anak-anak ni tak ada ibu. Dapat kat depan rumah dalam kotak. Mata pun tak buka lagi. Comel-comel semuanya. Nasib baik sebelum ni dah ada pengalaman jaga anak kucing baru lahir. BOLEH REFER SINI UNTUK TIPS PENJAGAAN ANAK KUCING BARU LAHIR. Agak mencabar. Tapi puas hati bila diorang dah start membesar.








Bulan, Beast dan yang oren tu Dino Bobot :D






Susu time!!









Tadaaa! Kitorang dah besar, selalu buat mommy pening kepala.



Good luck untuk korang yang dalam proses menjaga anak-anak kucing macam ni. Trust me banyak ganjaran yang boleh korang dapat yang paling penting satisfaction! :D