PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label recipes. Show all posts
Showing posts with label recipes. Show all posts

Friday, January 3, 2014

Resipi Cheesecake Mudah dan Simple

Assalamualaikum. Well, this is my very 1st entry for this year 2014. Awal-awal lagi dah post entry resipi. Nampak tak ada aura untuk masak sepanjang tahun ni. Hihi. InshaaAllah. Resipi yang aku post memang kebanyakannya simple je. Bagi aku lah. Selagi barang-barang yang digunakan tu senang nak cari aku kira simple lah tu. Orite, pepagi buta ni aku nak share resipi cheesecake yg teramatlah simple tp seriously sedap k. Sipi lagi nak sama dah macam secret resipi punya kek. Hue2.

Bahan-bahan:
1. Biskut Digestive *Ada banyak brand. Rembat je mana suka.
2. 2 block Cream Cheese. *Aku suka guna brand Philadelphia.
3. 1 biji telur ayam.
4. 1/2 tin susu pekat.
5. Butter.

Thats all! Yup! Nama pun simple kan.



Cara-cara membuat:


1. Hancurkan biskut dalam loyang yang nak digunakan. Hancurkan seberapa banyak yang korang suka lah asalkan menutupi base loyang tu. Biskut ni tapak kek korang tau. Nak tebal mana ikut suka. Aku tak suka tebal-tebal sebab bukan makan sangat pun biskutnya.




2. Gaulkan butter dengan biskut sehingga sebati. Make sure biskut yang dah hancur tu melekat ke loyang dan lenyekkan sampai jadi rata.





3. Next step kita buat adunan kek pulak. Masukkan cheese, telur dan susu dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.




4. Then masukkan dalam loyang yang dah siap base biskut tadi. Kalau takut kek tu melekat boleh lah sapukan sikit marjerin sekeliling loyang tu. Tapi biasanya aku buat tak melekat sangat pun.



5. Next masa untuk membakar. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah selsius selama 30-35 minit. Nak pastikan kek tu dah masak boleh lah cuba cucuk dengan lidi atau garfu. Kalau tak melekat maknanya dah masak lah tu.



6. Lepas tu boleh lah hias kek korang mengikut kreativiti sendiri ek.



Masa untuk makan! :)



Selamat membakar kek! ^_^

Friday, September 21, 2012

Resipi : Meatball Blackpepper Sauce

Assalamualaikum. Hari ni aku try resipi baru lagi. Disebabkan aku teringin sangat nak makan meatball dgn blackpepper sos, aku pun try la google segala tok nenek resipi yang ada kat dunia maya ni. Semua resipi aku rasa macam tak kena dengan selera aku. Sudahnya aku campurkan semua resipi dan tambah sikit formula aku. Terhasil lah sos yang aku nak. Theheheh..


Resipinya agak banyak bahan yang digunakan. Tapi alhamdulillah sukanya tengok MSAO makan. Tak tahu lah sebab nak ambik hati aku ke kan sebab takut aku mengamuk orang condemn aku masak. Hahah. Asalkan dia suka ok lah. Aku pun puas hati yeay! So ini resipinya.


Bahan-bahan

1) Meatball ramly atau marina. (Dua meatball ni je yang sedap aku rasa)

2) 3 biji bawang besar dipotong dadu.

3) 2 biji tomato dipotong dadu.

4) 2 sudu besar butter.

5) 1 1/2 sudu tepung gandum.

6) 1 sudu sos cili.

7) 1 sudu kicap masin atau manis.

8) 1 cawan kecil susu segar.

9) 1 1/2 sudu sos tiram.

10) 2 paket serbuk mushroom soup vono.

11) 2 gelas air. Bergantung kepada kepekatan kuah.

12) 1/2 kiub pati lembu atau ayam.

13) 2 sudu serbuk lada hitam.


Cara-cara memasak

1) Goreng meatball tanpa minyak dan ketepikan.

2) Panaskan kuali masukkan butter.

3) Masukkan bawang dan goreng sehingga naik bau dan layu. Lepas tu masukkan tomato.

4) Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga warna kekuningan.

5) Masukkan susu segar dan semua sos serta kicap yang ada.

6) Masukkan kiub pati lembu dan air then kacau bagi rata.

7) Masukkan serbuk vono.

8) Masukkan serbuk lada hitam. Kalau pekat sangat masukkan air. Tak perlu letak garam sebab bahan-bahan dah ada rasa masin.

9) Siap! Lepas tu boleh hidang dengan meatball. Nak lagi best hidang dengan fries sekali.


AKU LUPA BELI FRIES -__-"

*Terima kasih MSAO sayang sebab bagi semangat untuk gua terus belajar memasak! Go go super wifey to be yeah!! ^^

Monday, September 3, 2012

Resipi Spaghetti Bolognaise

Assalamualaikum. Wehoo..hari ni hari yang rajin untuk memasak. Sebelum ni aku ada publish pasal resipi bergedil fav Encik Awak MSAO. Hari ni pun fav food beliau jugak. Tapi sayangnya dia jauh pulak. *Beliau sedang berorientasi di Melaka. So,malas nak cerita panjang. Ini adalah resipi future sis-in-law aku. Iaitu kakak Encik Awak MSAO. Tapi aku dah menokok tambah untuk menambah lagi perisa mengikut kesukaan aku.


Bahan-Bahan



1) Spageti for sure. Guna je mana-mana brand pun.

2) Daging ayam kisar/daging lembu kisar. Ikut kesukaan. Aku suka guna daging ayam.

3) Perencah sos maggie spaghetti bolognaise. Aku tak pakai prego. Sebab tak ada tanda halal. *Doubting.

4) Meatball daging lembu. Yang ini aku bertukar2 brand. Pun ikut suka.

5) Cendawan butang tin.

6) Serbuk lada hitam & Oregano leaves. Oregano ni yang naikkan bau dan spaghetti tu.

7) Kiub pati lembu.

8) 1kg tomato segar.

9) Carrot.



Bahan-bahan menumis

1) 5 biji bawang besar & 4-5 ulas bawang putih.

2) Cili kering kisar. *Untuk bagi rasa pedas sikit. Well,orang malaysia kan..



STEP A


1) Rebus spaghetti toskan dan ketepikan.

2) Kisar cili kering dan bawang.

3) Kisar tomato segar tadi. Jangan sampai terlalu cair.

4) Racik cendawan butang dan carrot.




STEP B


1) Tumis bawang dan 3-4 sudu besar cili kering yang sudah dikisar sehingga naik bau ala-ala bau bangla tu.

2) Masukkan tomato kisar.

3) Masukkan perencah maggie spaghetti bolognaise.

4) Masukkan meatball. Suka hati nak banyak mana pun.

5) Masukkan daging ayam kisar. Aku masukkan 1 paket terus.

6) Masukkan 1 kiub pati lembu.

7) Masukkan carrot.

8) Masukkan cendawan butang.

9) Masukkan lada hitam. Suka hati nak banyak mana. Nak pedas berpeluh tuang lah lebih sikit.

10) Masukkan oregano leaves.


NOM..NOM..NOM..



*SELAMAT MENCUBA! ^^

Tuesday, May 10, 2011

Resipi Bergedil Mudah

malam yg bosan,belek2 camera album.
tiba2 ternampak pic yg aku snap masa buat bergedil hari tu.
bergedil ni fav encik awak.so kena selalu buat utk dia.
theeee~



tadaaa...ni bahan2 untuk buat bergedil.
tak susah pun,senang gila.
yg aku tunjuk ni utk bg 1 family makan tau.
banyak laa jugak.
sebab aku hantu bergedil.



Bahan-bahan A (utama)

1)Kentang 1kg 

2)Ayam atau daging 1kg (lagi best ambik bahagian chest ayam je)


Bahan-bahan B

1)Bawang besar 7 biji

2)Bawang putih 6-7 ulas

3)Daun sup 5 tangkai

4)Bawang goreng ikut suka.

5)Lada sulah & lada hitam

6)Garam

7)Telur

8)Minyak




Cara membuat

Step1:Bahan A

1) Rebus kentang & isi ayam/daging sampai empuk.


2) Tos kan air. Lecek kentang,tapi jangan terlalu lumat. Racikkan isi ayam/daging.


3) Ketepikan.






Step 2:Bahan B

1 ) Kisar bawang besar & bawang putih sampai lumat.


2) Hiris halus daun sup .& ramas bawang goreng sampai hancur.






Step 3: Bahan A & B

1) Campurkan Bahan A & Bahan B.Gaulkan sehingga rata.


2) Masukkan garam,lada hitam & lada sulah secukup rasa,dan gaulkan sehingga rata.


3) Uli bahan2 yg dah siap digaulkan menjadi bentuk bulat dan leperkan. Nanti bila goreng senang nak masak kat bahagian dalam.


4) Kacau telur.


5) Celup bergedil yg dah siap diuli ke dalam telur.


6) Masukkan bergedil ke dalam minyak panas & goreng.(perlahankan api)


7) Siap! Makan dgn sos best gila...












 Yang kat atas nie,pic ehsan tuan google.