Saturday, June 2, 2012

KAHWIN??!!



Assalamualaikum. Ahah! Pagi-pagi ni on laptop on blog ternampak 1 comment yang buat aku tersentak la jugak. Comment by Encik yang berwarna ungu (faveret kaler aku!). Ini blog beliau ENCIK UNGU. Tiba-tiba cakap pasal kahwin? Honestly sekarang memang tak terfikir pun pasal kahwin. Bukan tak terfikir lansung, tapi tak terfikir nak kahwin sekarang dan dengan umur sekarang. Walaupun kalau zaman mak ayah kita dulu, umur macam aku ni dah boleh heret anak sulung yang berumur 5 tahun ke taman dah. Ahaa..aku ada teka teki! AGAK-AGAK BERAPA UMUR AKU?? Jawab,jawab! Orang pertama yang dapat jawab dengan tepat dan dengan satu jawapan sahaja, aku akan review blog dia siap buat entry khas lagi! Aku serius ni beb! :p



Kadang-kadang aku takut, malu, segan bila terfikir pasal kahwin. First sekali sebab aku segan nak bersanding depan orang ramai! Jujur weh! Aku tak reti pakai high heels, aku risau tengah syok-syok jalan depan rakyat jelata (raja sehari kan..) tiba tuan puteri nya terpele-ot. Malu, malu! Aku pernah try sekali keluar pakai wedges mama aku. Sampai-sampai je shopping complex, aku straight beli selipar seploh hengget dan teruskan berjalan dengan machonya tanpa perlu cover-cover ayu!



Lepas tu, cakap pasal kahwin ni aku risau aku tak ready nak pikul tanggungjawab lagi. Takut terderhaka dengan suami. Sebab aku ni hot-tempered! Nanti makin menimbun la dosa kering aku. Tak sanggup nak tanggung. Aku perlukan kaunselor untuk anger management! Anyone please? -,-



Then, aku tak reti nak handle budak-budak. Bukan tak reti mandikan baby, susukan baby, suap baby makan. Tak.. Aku dah ada sijil berdaftar untuk tugas-tugas macam tu. Serius! Cuma aku tak reti nak handle budak yang menangis, yang suka meragam tak tentu hala, yang suka histeria tiba-tiba bila tak dapat apa yang dia nak. Haa, budak-budak macam ni memang aku tak reti nak handle. Nak berborak dengan budak-budak pun aku tak reti sebenarnya. Aku tak paham dunia diorang. Mungkin dunia kanak-kanak aku lebih brutal. Kalau aku dah jadi ibu nanti kepandaian meng-handle budak tu akan datang dengan sendiri kot ek?



Eh dah lah,aku tak reti nak menaip panjang-panjang. Lagipun tanpa wayar laptop, dan bateri laptop yang semakin nazak apa lah maknanya on9 berlama-lama tanpa sempat publish entry. Wasalam..

Friday, June 1, 2012

OH! TERASANYA TERKENA SETEPEK




Hnnnff...hnnfff...kenapa ada perempuan yang sama perangai dengan aku ni? Terasanya, terasanya! Kat sini bukan nak cakap bahawa aku terasa dengan bahasa rempit gadis rempit di atas. Cuma agak terasa dengan kenyataan beliau dan cara beliau meluahkan perasaan. Err agak sama la dengan aku. Just aku maybe lebih hardcore. Sebab aku tak ungkit keburukan si hero, tapi aku akan ungkit segala keburukan aku kononnya boleh membangkitkan rasa benci si hero kat aku. 


Aku jenis yang cepat give up. Tak suka face problem lamalama. Senang cerita aku lari je dari problem. Contohnya bila ada problem dengan si hero, aku straight putuskan yang kitorang patut break off je. Eh, sekali aku cakap, aku betul2 maksudkan. Bukan nak break manjamanja gedik macam tu. Kalau pihak sana diam ala-ala mintak dipujuk, memang tak la weh. Once break consider finish. *Ayat hape ke jadahnya ini?? Abaikan. Aku tak suka kena force atau diterjah tibatiba. Aku cepat panas hati sepanas cerek yang baru lepas bunyi wisel tu.


Mungkin aku bernasib baik kot, adalah sorang hero ni kan, dia boleh sabar je dengan kerenah aku. Sabar punya sabar, 2 tahun jugak lah umur perkapelan ini. pppffttt~ Umur what? eiiiww... Aku tak pandai memujuk. Percaya ke tak terpulang,sepanjang 2 tahun ni memang aku tak pernah jadi heroin yang memujuk heronya. Aku almost tak reti nak sebut perkataan SORRY pun. Kejam? So what? Disebabkan perangai ini lah membuat kan herohero sebelum ini tarik diri dari filem aku. Nak blah? Blah je lah. Sedih tak payah cakap lah. Aku manusia normal jugak brader.Tapi air muka dan maruah lebih penting okay! Yes this is me. Macam bagus? Oh, memang. Tak perlu mention. ^__^