PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, January 3, 2014

Resipi Cheesecake Mudah dan Simple

Assalamualaikum. Well, this is my very 1st entry for this year 2014. Awal-awal lagi dah post entry resipi. Nampak tak ada aura untuk masak sepanjang tahun ni. Hihi. InshaaAllah. Resipi yang aku post memang kebanyakannya simple je. Bagi aku lah. Selagi barang-barang yang digunakan tu senang nak cari aku kira simple lah tu. Orite, pepagi buta ni aku nak share resipi cheesecake yg teramatlah simple tp seriously sedap k. Sipi lagi nak sama dah macam secret resipi punya kek. Hue2.

Bahan-bahan:
1. Biskut Digestive *Ada banyak brand. Rembat je mana suka.
2. 2 block Cream Cheese. *Aku suka guna brand Philadelphia.
3. 1 biji telur ayam.
4. 1/2 tin susu pekat.
5. Butter.

Thats all! Yup! Nama pun simple kan.



Cara-cara membuat:


1. Hancurkan biskut dalam loyang yang nak digunakan. Hancurkan seberapa banyak yang korang suka lah asalkan menutupi base loyang tu. Biskut ni tapak kek korang tau. Nak tebal mana ikut suka. Aku tak suka tebal-tebal sebab bukan makan sangat pun biskutnya.




2. Gaulkan butter dengan biskut sehingga sebati. Make sure biskut yang dah hancur tu melekat ke loyang dan lenyekkan sampai jadi rata.





3. Next step kita buat adunan kek pulak. Masukkan cheese, telur dan susu dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.




4. Then masukkan dalam loyang yang dah siap base biskut tadi. Kalau takut kek tu melekat boleh lah sapukan sikit marjerin sekeliling loyang tu. Tapi biasanya aku buat tak melekat sangat pun.



5. Next masa untuk membakar. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah selsius selama 30-35 minit. Nak pastikan kek tu dah masak boleh lah cuba cucuk dengan lidi atau garfu. Kalau tak melekat maknanya dah masak lah tu.



6. Lepas tu boleh lah hias kek korang mengikut kreativiti sendiri ek.



Masa untuk makan! :)



Selamat membakar kek! ^_^

16 comments:

Pondok Usang said...

waahh.. menarik.. di sebabkan menggunakan produk 1Malaysia.. kene la jemput kami 1malaysia rase juga..

charmelion_lulu.blogspot.com said...

Wahh seng plus nmpk mcm sedap arr cik putri . Tak sabar nk cube . Huhu

MisakiPureBlood said...

waaaahhhh yg ni mmg mudah.. kna try nanti ni.. :D

Anonymous said...

terima kasih kongsi resepi. nampak senang sbb ada gambar mcm mana nak buat

Unknown said...

lau nk gna oreo bleh x?

Anonymous said...

Mcmna nak bg kuar kek tuh dr bekas. X hncur?

amira said...

macam sedapla

nureqincutegurlz said...

ala.. saya da try tp mmg masa bakar tu die cair ke?

nureqincutegurlz said...

dah dekat 50 minit bakar. x keras2 pun huhu. caner ni?

nureqincutegurlz said...

dah dekat 50 minit bakar. x keras2 pun huhu. caner ni?

Pengedar Shaklee Sri Aman said...

Kalo kukus boleh tak adunan ni?

jannah ps low said...

Bakar api atas bawah atau bawah sahaja?

Sani Sini Sana said...

Macam mudah aje nak buat cheescake..rasa nak makan lah pulak :-)

Anonymous said...

Mane reply dari cik puteri ni?

Anonymous said...

It's a pity you don't have a donate button! I'd certainly donate to this fantastic blog!
I suppose for now i'll settle for book-marking and adding your RSS feed to my Google
account. I look forward to new updates and will share this
site with my Facebook group. Talk soon!

Anonymous said...

Hi, Neat post. There's an issue along with your website in internet explorer, may test this?

IE nonetheless is the marketplace chief and a big portion of folks will omit your wonderful writing
because of this problem.