Friday, August 31, 2012

Review Teh Herba Orang Kampung

Assalamualaikum kepada penduduk bumi yang beragama islam. Salam sejahtera untuk yang bukan islam.
Hari tu aku review pasal Cetaphil & T3 Mycin kan. Kali ni nak review sikit pasal Teh herba orang kampung.

Aku sure sesangat yang perempuan zaman sekarang ni sangat senang tak puas hati dengan bentuk dan terutama berat badan sendiri. Berat badan orang lain lantak pi lah kan. Orang lain kiri kanan depan belakang cakap yang awak tu kurus. Kurus gila lah. Body sedang elok dah tu. Cantik. Tapi bila diri sendiri tengok cermin, rasa macam apesal gemuk sangat ni??!!


Termasuklah aku berperangai mengjengkelkan macam ni. Punyalah nasihat member-member tak payah nak kurus-kurus sangat nanti tak lawa. *Padahal dalam hati takut si member tu lagi kurus daripada kita. Aceceh. Tak payah nak kelentong laa..Hak..haks..


Disebabkan aku senang sangat tak puas hati dengan berat badan sendiri yang pada masa tu aku mempunyai berat 51kg dengan ketinggian 154cm (macam ayam katik), aku pun try bermacam altenatif lain. Aku nie sangatlah pemalas untuk bersenam. Ada satu je senaman paling aku suka. Iaitu senaman mulut a.k.a MAKAN! So aku try minum teh herba. Mula-mula aku minum NH Detoxlim Clenx Tea. Harga RM28.90 dan isinya 30 sachet. Alaa..yang Nita ex girlfriend Zahid jadi duta tu. Dia tu memang dah kurus kerempeng! Aku dapat tau pasal teh ni dari member sebilik masa study dulu.


NH DETOXLIM CLENX TEA


Effectnya bila minum benda alah ni, akan diarrhea yang agak dasat atau bahasa kita-kita ni cirit birit. Time kitorang satu bilik minum teh ni memang berlumba-lumba date dengan encik Tan. Sehari aku akan ke toilet lebih kurang 7-8 kali. Rabak anus! Hasil minum teh ni aku tak berapa nampak. Tak tau lah kenapa. Mungkin tak berapa sesuai. Berat memang turun. Just tak seperti yang diharapkan la. 


Then sebelum bulan puasa baru-baru ni aku nekad nak turunkan lagi berat badan aku macam masa zaman sekolah dulu. Lagipun zaman sekolah dulu aku atlit. Tiap-tiap hari round 5-6 kali pusingan padang. No wonder lah berat pun aku boleh control lagi. Habis je sekolah, badan aku macam di pam-pam.


Sebelum puasa dan masa puasa kali ni aku beriya-iya nak turunkan berat badan sebab bulan 10 tahun ni aku akan ada convo. So aku taknak lah nampak macam bukan rupa aku yang sebenar time sambut sijil tu. Aku pun try lah teh herba orang kampung ni. Mama aku pun minum. Minum teh herba orang kampung ni pun akan cirit birit jugak cuma tak seteruk clenx tea. Harga pulak aku beli kat famasi area sini (seremban) lebih kurang RM17 isinya 30 sachet jugak. Hasilnya alhamdulillah. Berat turun. Tapi pandangan orang aku taktau lah aku nampak kurus ke tak. Eheheh.

TEH HERBA ORANG KAMPUNG


Ini result selepas aku timbang pakai machine penimbang berat badan yang ada kat shopping complex baru-baru ni. Tak tau lah sama ada machine tu nak membodek customer ke kan. Dah lah mahal! Sekali timbang dia telan RM1 hengko! Boleh beli askem pop 10 batang. *Ketinggian tu tak berapa betul, sebab aku tak ready lagi dia dah mark ketinggian aku yang sepatutnya 154cm. Muahaha. Tak puas hati gak tu. Harus lah!



*Gambar terkini untuk membuktikan hasilnya (kononnya) boleh lah refer ENTRY INI. Aku malas nak tepek gambar bebanyak.

47 comments:

SYAH'IZZAT said...

teh herba orang kampung :)

shizansyafik said...

banyak tu trun.. consume dalam bape bulan cik putri?

Everything's Everythings said...

uish xmau la kalau teh tu asyik buat kita ke tandas je hahah
Selalunya minum teh sebelum ke kelas, kalau ganti teh clenx ni msti tergelak je lecturer :P

Cik Putri said...

sis shizan : urmm disebabkan bulan puasa so putri minum masa sahur n masa berbuka.minum nak dekat 2bulan.

Cik Putri said...

evrythings :haa,,nak minum kena pandai ejas time.minum time pagi.malam je yg akan ke toilet nt.
hahaha

haz said...

wahhh.. tahniah berjaya turnkn bert badan! ni yg jeles ni. hihi

cikQue said...

ade x produk yang boleh tambah badan berisi..? hehehee..

nadzirah sofia said...

hebat la dpt turunkan berat badan...kekalkan kelansingan badan ye..hehe

nur hikmah said...

kalau minum teh herba tu kene diet jugak ke ?

nur hikmah said...

kalau minum teh herba tu kene diet ngn senaman jugak ke ?

Cik Putri said...

Masa minum bulan puasa tu tak exercise pun.sbb tak larat.hee..berat still turun.tapi lepas bulan puasa tu sy jogging.seeloknya exercise la.

Jobless Girl said...

Agak bagus juga.. boleh try ni.

Anonymous said...

nak try jugak boleh ke??

Nur shahirah said...

nak tanya... satu hari minum berapa kali? teh ni akan buat kita cirit birit teruk ker? coz study takut susah plak bile time ade kelas...

Anonymous said...

Btl 2,,,sye dh lme gna produk ni,,,dlm msa 3bln trun 11kg,,,n skrg da dpt berat yg ideal,,, :)

Anonymous said...

Klu sye plak.,sye amal kn minum slepas brkfast n mkn tgah hari je,,,tp klu awk study lg ambk ar 1kali sehari je pn xpe,,,kesan leh nampak after 1month paling "sikit" leh turun 2kg,,, :)

hanalovely pinky said...

Sy bru try bru 3 ari minum...mmg ke toilet je kje..kdg2 bdn cm lemah sgt...tp xkish nk minum smpai turun 20 kg!!!hehege

hanalovely pinky said...

Sy bru minum 3 hari..mmg asyk ke toilet je..kdg2 bdn jd lmah...tp sy x kisah sy nk minum smpai tueun 20 kg!!hehehe

hanalovely pinky said...

Sy bru try bru 3 ari minum...mmg ke toilet je kje..kdg2 bdn cm lemah sgt...tp xkish nk minum smpai turun 20 kg!!!hehege

Anonymous said...

yg nyusykan baby leh minum x...

vita min said...

nak cuba teh ini tak?

http://vitaminformeandyou.blogspot.com/2013/03/shaklee-cinch-energy-tea-mix.html

DiilaNordin said...

erm tinggi kita sama~

teh org kg ni mmg berjaya lar ek.

nk minum gak. huhuu

NurulKhairiah said...

salam sis , nak tanya . masa sis amalkan teh ni sis ada diet apa2 tak ?

Anonymous said...

Dua mggu akak pakai 2kg turun....amalan kurangkan manis dlm minuman atau makanan nanti kita akan guna tenaga dari lemak yg dh lama terkumpul dlm badan...

Cik Putri said...

tak boleh..sbb dia herba.takut beby panas..

Cik Putri said...

wslm..sory late reply.baru tgk2 balik komen.he..takde diet sgt pun..nasi tak pnah tinggal.

cik nic said...

ye ke,....saya pun mkan juga teh tu,...dah tiga kotak....

cik nic said...

saya minum teh ni dah 3 kotak.....

Anonymous said...

Sgt2 menakjubkan..

Anonymous said...

Diet nasi tak

Anonymous said...

Ada kesan tak?

aya aina said...

waa..same le kiter..mcm lbeh kurg je.tp wak dh krus melim skrg..bgusla.. ah la nk convo bln 10 nnti.smpt lg x nk krus ni..

i follow u..jgn lupe follow blog sy
http://cikayaaina.blogspot.com

Hasbi Arifin said...

Saya nak try teh untuk tinggi ada tak

Anonymous said...

nak tnya la klo tgh plannong nk pregnant bleh ke mnum teh ni?

Anonymous said...

pregnant xleh...ni herba..

EH - Ekslamasi Holistik said...

Hi frenz!
Tahniah byk tu brt bdn trn.
Skrg msh amik teh ni lg ke?
Kalo x amik blh ke brt bdn yg dh brkurang ni still maintain? TQ

Farhana Ina said...

salam hai dulu akak yan ada ambil teh ni,sebab rajin ke tandas akak berhenti.skrg akak ambil lami.
nak berhenti takut baban naik.

Farhana Ina said...

salam hai ni akak yan.akak nk tnya teh ni bila kita minum @ ambil akan kerap ke tadas ka,sbb dulu akak ada ambil tapi berhenti sbb.x larat ke tandas.skrg ni akak ambil lami.

Syurga Ayam said...

Memerlukan ayam kampung bole hubungi 0133478363(amer).
Area banting/dengkil( 10km dr putrajaya& klia).

Anonymous said...

Kesan bergantung pde individu. sy ade mslh pembuangan.sy amek 2 peket skali minum tp gi tandas skali je..huhu..ade org yg minum sepeket je tp seharian dlm tandas..

Anonymous said...

Air sarang burung original murah sila hubungi 013-9092527 pn fauziah area kuantan

nurul said...

Sakit gestrik boleh minum ni teh ke?

Aisya Daud said...

Dgn modal rm55 , boleh mendtgkn keuntungan besar pada anda . Tanpa keraguan . Kalo mahu sila pm saye 0142668684

QaSeh AdRi said...

Rasa sangat ke herba dia?? Mcm teh biasa ke pahit?

QaSeh AdRi said...

Teh ni rasa dia pahit ke

Ieja Comot said...

thanks sebab amalkan teh orang kampung. boleh saya gunakan page awak nie sebagai review utk produk OK?
tq:)

Anonymous said...

Lami tu brpa lma kesan npk uda