Ok, last week aku ke klinik kesihatan untuk follow up pasal gigi manja yang satu ni. Asal bongsu je manja kan? Memang! Kan MSAO? Haha. Sebelum follow up tu aku dah x-ray gigi geraham tu dan memang problem pun. Boleh refer kat SINI.
Follow up kali ni adalah untuk buat minor operation dan buang gigi geraham aku tu. Biasanya kalau gigi geraham tu tak tumbuh sepenuhnya akan dibedah means gusi korang tu akan dibius,dibelah,dikeluarkan gigi then jahit balik. Seram tak?
Before operation tu ada lah rasa nervous sikit kan. Tapi bila dah baring kat kerusi boleh ejas turun naik tu dah tak rasa apa. Mula-mula doktor suruh sain borang pengesahan keizinan untuk buat operation tu. Bila dah sain dan dah setuju untuk sebarang kemungkinan tu doktor bius kat keliling bahagian gusi gigi geraham. Masa tu agak sakit lah jugak. Yelah jarum taknak besar pulak kan. Dapatlah dalam 2-3 tusukan jarum. Saje nak bagi lagi seram.
Lepas dah bius tu doktor biarkan dalam beberapa minit untuk gusi jadi kebas. Sampai kan separuh lidah tu pun kebas. Nak senyum pun rasa tak terangkat je bibir sebelah. Bila dah kompom kebas tu, doktor belah gusi then terasa doktor tu korek-korek gusi tu nak keluarkan gigi nan manja tu. Terasa ada something dalam mulut je,bukan rasa sakit pun. Sepanjang operation tu memang tak rasa sakit lansung. Tau-tau dah siap je lepas dapat 2jahitan.
Eh,relax dulu..Jangan nak suka sangat bila tau operation tu tak sakit. Kemuncak dia lepas kesan bius tu hilang. Sila lah sediakan tisu dua tiga kotak untuk lap air mata k. Sebab lepas bius hilang bermulalah episod penderitaan untuk beberapa hari. Sakit tak payah cakap k. Lagi sakit daripada frust berchenta. Serius.
3 hari jugak lah tak bedaya nak buka mulut jamah makanan. Part yang best nya dalam kesakitan ni bagi sesiapa yang berdiet, ini adalah masanya diet paling berjaya anda. Minum air pun takat basah-basah tekak je. Pipi pulak akan jadi comel sebelah. Kalau orang tengok memang rasa nak cubit je sebab comel sangat. Ahaha.
Sorry lah takde gambar hiasan lah. Google lah k. Sama je lebih kurang rupa gigi tu.
14 comments:
kita senaseb.semua gigi bongsu saya tumbuh tak sempurna.4 btg sy operate buang kat hospital selayang.
takut g dentist..huhu
erkkk seriau pulak baca entri ni tiba2 rasa perut memulas hehehe..
kasihannya.. sakit gigi geraham bongso nak tumbuh.. akak dulu sampai demam..
tak sanggup!!!
memang sakit kena cabut gigi geraham,saya dah hilang dua..tp dentist tu cabut tak sempurna,ada akar gigi tinggal..
kite pun sepatutnya kena bedah jugak. dah siap xtray tapi sampai sekarang masih taknak pegi jugakkkk. paling takut doc gigi. huhuhuhu
wow, kinda scary but umm, well done dear! :) have a speedy recovery yea :) anyways ingat nk tinggal jejak kt cbox but cbox not available pulak..just inform kot2 u didn't notice. huhu. take care! :)
mahal x charge surgery gg bonsu tu? buat kat klinik mane?
Buat kat klinik kerajaan je.murah sikit.service sama je.RM50.tp kena buat appointment dulu.kalau swasta boleh buat terus.tp kena get ready rm200-300 or lebih.
sama la kite, kn operate gak...huu..tp synyer xsakit cuma nmpk bengkak je utk 2 hari..heee..anyway,check out my blog kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ ada handmade jewelry n bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai wat yg tersyg n sbg deko umah anda..
Pergi buang balik tak akar gigi yg tertinggal tu...
Dilaella : pergi cabut blk tak akar gigi yg yeng tinggal tu.
Pergi buang balik tak akar gigi yg tertinggal tu...
Post a Comment