PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday, December 12, 2012

Kisah Gigi Geraham Bongsu Bahagian 2

Assalamualaikum. Hari ni pagi-pagi lagi adik aku yang nombor 3 tu dah kejut aku. Punya eksaited ajak aku pergi klinik gigi sebab dia nak daftar untuk buat braces. Aku pulak kena pergi klinik gigi gara-gara gigi bongsu aku yang sakit tak sudah nie.


Sampai klinik terus daftar. Aku pergi klinik kerajaan je. Sebab adik aku still bersekolah dan baru tingkatan 2. So masih layak untuk daftar senarai menunggu pasang braces kat klinik kerajaan. Dah alang-alang tu aku pun terus cek gigi kat situ.


Mula-mula doktor cek memang gigi tu tak keluar lagi. Tapi gusi aku bengkak dan bernanah. Doktor pun decide nak buat x-ray untuk tahu kedudukan gigi bongsu aku tu. Sekejap aje x-ray tu dan comel je saiz x-ray tu.

X-RAY GIGI AKU LEBIH KURANG MACAM NI LAH


Nampak tak gigi hujung tu posisi melintang. Itu yang membuatkan kita rasa sakit sebab gigi bongsu tu menolak gigi depan. Boleh menyebabkan infeksi dan rosak. Doktor cakap kena buat minor surgery untuk buang gigi bongsu tu sebab tak tumbuh lagi. Kalau dah tumbuh maybe akan dicabut macam biasa je.


Aku dapat tarikh temujanji untuk operation tu next week. 20 Disember 2012 hari Khamis 9 a.m. Cuak pulak rasa. Sebab doktor dah pesan makan kenyang-kenyang before operation tu. Lepas jahit nanti susah nak makan sebab sakit. Seriau nya dengar. Tapi daripada tanggung sakit berulang-ulang, baik buang terus.


Doktor ada pesan jugak sediakan kos operation tu dalam RM50. Memang murah nak dibandingkan dengan kos kalau cabut kat klinik swasta kan? Mungkin kena tunggu sikit masa sebab kena ikut appointment date. Tapi agak berbaloi lah tak payah bayar mahal-mahal sampai RM300-RM600 untuk sebatang gigi je.


Before ni aku memang tak berapa minat nak pergi klinik kerajaan sebab lambat dan doktor memang tak mesra pelanggan. Tapi tadi alhamdulillah. Masa menunggu tak lama dan doktor-doktor memang baik sangat! Macam hilang sikit rasa takut tu.


Minta-minta semangat tak lari masa operation day tu. Amin~

2 comments:

fiqkbe said...

nah entri ni fiq buat khas utk cik putri. sajer nk bg lg seriau :P

http://meandkbe-mylifestarthere.blogspot.com/2012/12/oh-gigi-bongsu.html

shu said...

jgn risau..msti ok pny..sy penah cabut je..xrsa apa2pun..