Mula-mula sekali maaf lah kalau ada yang tersinggung. Tapi.. "HAK MENAIP HAK AKU!". Hahah. Aku tak salahkan perempuan yang over protective kat their only boyfriend tapi biarlah berpada. Bak kata semua pakar falsampah dunia, kalau jodoh tak ke mana kan?
Kebiasaannya girlfriend yang over protective ni budak-budak baru nak up, budak-budak sekolah, or yang si kaki cemburu buta. Maybe tak matang lagi, or pernah mengalami trauma yang teruk dalam kehilangan boyfriend mungkin? Ini berdasarkan pemerhatian aku lah. Lagi-lagi sekarang zaman facebook, makin menjadi lah spesis ni mem-protect boyfriend masing-masing. Sebenarnya dulu aku pun hampir-hampir tergolong dalam golongan annoying girl ni, and know what? Dia rimas dan he left me just like that. Trust me girls, ini kisah benar. Seram tak? Huahua..
Aku dah warning encik awak awal-awal. Nak kawan dengan perempuan kawan lah, selagi tak melebih aku okay je. Kalau dah melebih nak merindu-rindu, bermanja-manjaan, sayang-sayangan dengan mana-mana perempuan yang aku tak kenal dan tanpa penerangan yang kukuh, aku pun boleh buat. Fair enough kan.
Antara ciri-ciri girlfriend yang superb annoying. *Based on my observation.
1) Kalau jumpa mesti nak cek henpon bf. Every single msg dibaca, missedcall, receive call, dialled number, semua lah! Silap besar lah kalau si girlfriend ni terjumpa nama perempuan dalam henpon tu.
2) Mana-mana bf pergi mesti nak mengendeng. Bf keluar dengan member-member lelaki pun sibuk nak ikut jugak. Lepas tu duduk tercongok n ajak balik cepat sebab boring.
3) Semua kawan perempuan si bf kat FB dia nak add. Tak tinggal satu pun dia mesti add sampai bersih licin. Tiada yang terkecuali.
4) Every single comment kat FB bf dia nak menyelit, paling-paling koman pun dia mesti like post tu. Kadang tu takde kena mengena dengan dia pun nak menyibuk jugak. Semua gambar dia nak tag.
5) Bila si BF tak pick up call or tak reply msg dia mula cari kawan-kawan rapat si bf or family si bf. Encik awak aku pernah kena ok, gf kawan encik awak msg encik awak semata-mata nak suruh bf dia jawab call. E'eh..laki kau yang buat hal kau nak libatkan laki aku pulak ye. Hnnff2 *tarik lengan baju.
6) Si gf sendiri akan msg semua kawan perempuan si bf supaya jangan kacau bf dia. Like seriously beb? Sampai macam tu sekali? Ohh yes yang ini aku pernah kena. Tapi bukan sebab kacau mengacau bf dia, tapi sebab cemburu buta! Bila di ingat balik, watafakiyu girl!
Setakat ni tahap kecemburuan aku belum sampai tahap yang annoying lagi rasanya. In shaa Allah selagi belum kahwin, aku tak boleh nak beria-ia sangat sebab jodoh kat tangan Tuhan, Anything can happen. Kalau taknak malu, better buat selamber. Sampai seru berbunyi lah kompang.
*Kalau ada perempuan annoying add aku, lagi lah best buat menyakat. Try gediks manjas lebihs sket dengan bf dia, forsure meletup. Ahahah :p
6 comments:
Totally agree :)
x ble buat bini mcm ni...hihi
btul jugak ek..nice sharing..dpt bukak ckit mata saye ni..=)
hahaha...memang dah tahap berjembik dah perempuan anoying cmnih...biasanya perempuan bajet cun tambah gedik je...selagi belum jadi husband kita perempuan xde hak nak tentukan dengan siapa dia berkawan or apa ke..even kalau dia dah tersuke seiapa pun kita tak boleh halang...
p/s: just be cool...but standby...hahha...cemburu..aku pun rimas...
klu bf plak bt camtu..kira annoying ka caring?huhu
its kind of normal things. bersepah kat luar sana macam tu. sbb tu perempuan ni cepat meroyan kan?? hiks
Post a Comment