PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sunday, October 28, 2012

Anjing, Melayu Dan Islam.

Assalamualaikum. Dah sebulan tak update blog. Keadaan laptop dan emosi tak berapa nak mengizinkan. Banyak benda yang nak diceritakan tapi nak mula kan dengan yang ini dulu. Kepada yang masih ingat
tentang Ringgo dalam entry yang ini, entry ini tak ada kena mengena pun. Tapi tetap membuatkan aku teringatkan Ringgo si anjing baik.


Aku tak pernah terniat pun nak bela anjing. Tak minta pun diwujudkan rasa sayangkan haiwan yang orang sebut-sebut sebagai haram ni apa lagi buat-buat sayang. Tapi memang rasa tu semula jadi datang dan mungkin juga atas sebab dididik keluarga untuk sayangkan makhluk-makhluk Tuhan yang bernama haiwan ni. Aku tak lah tumpukan kat anjing je. Maksud aku kat sini merangkumi semua jenis haiwan tak kira lah comel atau tak.


Kepada yang pernah baca entry tentang Ringgo tu mungkin tahu yang aku selalu bagi haiwan bernama anjing ni makan dan aku niatkan dia boleh menjaga rumah. Yelah, kalau aku cakap aku BELA anjing ni lagi lah jiran-jiran yang alim tu mengata. Memang aku perli pun.


Aku tak faham dengan umat Islam ni lagi-lagi yang berbanga MELAYU. Sumpah, aku taknak timbulkan isu racist kat sini. Tapi serius aku pelik dengan mereka-mereka ni. Kenapa anti sangat dengan anjing? Sampai disebut-sebutkan anjing tu haram? Kalau tak tinggi ilmu agama di dada jangan ungkit pasal halal haram yang diri sendiri pun tahu. Kadang-kadang tu benda yang dah memang haram macam merokok,pegang-pegang dengan yang bukan mahram orang taknak pun bising? *Hakikatnya aku pun macam tu! Bila buka je cerita pasal anjing,babi, terus keluar segala tok nenek fatwa mereka yang anjing ni harammmmmmm. Sila refer video di bawah ini untuk menjawab segala persoalan mengenai haramnya anjing ini.



Aku tahu aku pernah buat silap besar dengan Ringgo sebelum ni. Tapi tu buatkan aku taknak buat silap lagi. Aku dah tak peduli apa orang nak kata. Baru-baru ni ada anjing baik yang datang cari makan kat belakang rumah aku. Siapa cakap anjing jahat suka gigit orang? Manusia ni je yang jahat sangat suka dajal dia. Buktinya ini!

ABAIKAN SELUAR OTOMEN AKU.

Anjing ni penakut pada mulanya. Tapi mata sayu dia penuh mengharap dapat sikit rezeki dari aku. Tak berlengah aku pun bagi apa yang ada. Aku rembat makanan kucing kat rumah aku dan bagi pada dia. Lepas tu aku biarkan dia makan dan pergi cari kucing aku yang suka keluar malam tak reti nak balik rumah. Guess what? Anjing ni teman dan jadi bodyguard aku. Tapi sikit pun dia tak datang sentuh aku. Terima kasih si baik yang comel. You're so sweet dear. Nanti datang lah lagi. Aku bagi habuan lagi ya. Please be safe out there. :)


Lagi satu suka aku nak ingatkan. Entry yang semacam ini bukan untuk mencari publisiti murahan atau menunjuk. Tapi aku harap sekurang-kurangnya dapat membuka sedikit mata manusia yang masih ditakuk lama,ortodok dan kuno dengan pandangan dan pemikiran sengkek pasal anjing ni.


*Aku dan adik aku dalam proses membeli makanan anjing dan kucing untuk diberi kepada si comel yang bernasib malang tak bertuan dia luar sana. Tolong doakan semuanya berjalan lancar. Amin.

17 comments:

YuNO.nYc2X said...

Semoga Allah memudahkan niat baikmu :)

Ayuni Yusop said...

Actually kita sebenarnya boleh je pegang anjing tapi pastikan yang anjing tu kering. Tak basah. Kalau anjing tu basah barulah tak boleh pegang.

insan_marhaen said...

semoga apa juga niat yg baik itu Allah perkenankan..

Putri..akak sedih ni, dony akak +ve FIV kalau org HIV ... :(

cIk cUmIe said...

kt umah kite pn ada anjing tak bertuan ni. tp everutime kite keluar angkat kain dekat ampai mesti kena kejar. :(
howw??

kura said...

kasihan je mata anjing tu. haish. you are so good meyy :O

Unknown said...

Beraninya awak. kalau gue, dah lama menangis dulu. sbb takut. apa apa pun keep it up ! :) sy sokong

NoorNazuha said...

bila berniat baik..insyaallah dipermudahkan..binatang juga makhluk Allah

Mya Abdullah said...

Alhamdulilah :) ayah Saya pernah ada anjing 3 ekor atas tujuan untuk jaga kebun.Tapi alhamdulilah,dia tak kacau pun ayah saya :)

Walaupun dia haram,bukan ke dia tu ciptaan Allah jugak :)

Unknown said...

Wilma terharu baca entry Puteri nie...
Bagi Wilma, anjing nie jugak adalah ciptaan Tuhan...
Di Sabah nie orang Islam jugak pelihara anjing tau...
Untuk jaga rumah dan kebun...
Coz dorang memang akan jaga kita betul2...

Unknown said...

tersentuh sgt bila baca post nie. walaupun anjing haram, ia tetap haiwan. makhluk ciptaan Allah :')

Miss Zahirah said...

hati awk mulia..
bertuah anjing dgn kucing tu.. :)
sya bru je kehilangan belang..
sedihh.. ;(

Dhivagar Manimaran said...

saya telah membaca blog anda tajuk "Anjing,Melayu & Islam.Semoga Allah merahmati anda sentiasa.

Dhivagar Manimaran said...

Saya telah membaca blog anda bertajuk "Anjing , Melayu & Islam.Saya suka blog anda.Semoga Allah merahmati anda sentiasa.
:)

medusa said...

anjing garang sebab dia rasa terancam. mudah saja petuanya, cuba bagi makanan setiap kali. anjing tu konpem tak sergah lagi malah akan ingat kita dah berbakti pada dia.

jangan takut, sebab anjing boleh hidu bau ketakutan kita.

Anonymous said...

hang nie mmg baik hati..dah ler muka comel..hati pun comel...

Anonymous said...

Hi; Saya setuju sgt dgn pendapat saudari, org melayu ni geli sgt ngan anjing, padahal makhluk Allah jugak. bukan susah pun nk sedekah sedikit rezeki kita kat binatang2 ni. kalau tersentuh kita samak, simple as that, Islam itu mudah, just somebody thinks that they are perfect yang buat comlicated. keep up the good work, and dont worry, rezeki for you tetap ada bila tolong binatang ni, ,mmg la mahal kos2 makan tu, tapi kita tetap akan survive, I'va talk from my experience, kita tak berkira, Allah bantu kita.. All the best for you.. XOXO

Anonymous said...

assalamualaikum....saya seorang muslim tapi memang memelihara anjing untuk tujuan menjaga kawasan rumah saya kerana kawasan kejiranan saya memang kerap berlaku kejadian kecurian dan pecah rumah walaupun ada cctv dan tingkap serta pintu dipasang grill besi...kat kampung saya walaupun majoriti muslim tetapi mereka memang memelihara anjing untuk tujuan menjaga kebun dan rumah...