Tuesday, September 4, 2012

Anjing Bukan Satu Dosa

Assalamualaikum. Hari ni entry agak PANJANG dan SEDIH untuk orang yang ada perasaan belas pada haiwan. Sebelum tu tolong click lagu kat bawah ni dulu untuk mengahayati cerita.


Hari ni tiba-tiba aku teringatkan Ringgo. Aku rindu. Rindu sangat. Ye,Ringgo tu anjing,aku pulak beragama Islam. Tapi apa kena mengena dengan Islam dan anjing? Islam tak pernah larang pun untuk membela anjing. Cuma dengan niat untuk menjaga kebun atau keselamatan. Aku tinggal kat taman perumahan. Mana ada kebun. Jadi aku niat Ringgo boleh jaga rumah kalau bila malam dan kalau kitorang satu family tak ada kat rumah.



Ringgo budak baik. Tak pernah kejar atau serang sesiapa. Ringgo tempang kaki depan. Itu membuatkan aku lagi sayangkan Ringgo. Kalau ada anjing lain yang suka mengejar orang yang lalu lalang,Ringgo halang dan marah anjing tu. Ringgo tak masuk dalam rumah. Ringgo selalu ada kat depan rumah.


Dulu aku selalu balik kerja lewat malam. Ringgo tak pernah jemu menunggu. Bila aku buka je pintu kereta, Ringgo mesti berdiri tegak tunjuk hormat dan goyang-goyangkan ekor dia. Bulu ringgo hitam pekat. Ringgo bukan anjing cantik. Dia cuma anjing jalanan yang minta belas kasihan orang ramai untuk bagi sedikit makan. Cukup untuk dia mengalas perut, dia akan senyap dan pergi bermain semula.


INI RINGGO KESAYANGAN


Pada mulanya Ringgo cuma tumpang berteduh bawah kereta aku sebab kepanasan atau kehujanan. Sama ada aku atau keluarga, kitorang tak pernah sesekali halau Ringgo. Nama Ringgo tu pun ayah aku yang bagi. Masa tu Ringgo kurus sangat. Badan nampak tulang,ada luka di badan. Disebabkan kesian,aku mula bagi Ringgo makan. Cukup sekadar nasi digaul dengan telur goreng. Ringgo mesti makan sampai habis licin. Nasi digaul dengan ikan goreng makanan kegemaran Ringgo. Kepala ikan pulak mesti dia makan last sekali lepas dia habiskan nasi.



Aku suka main-main dengan Ringgo. Ekor dia bergoyang-goyang tunggu aku. Tiap kali aku keluar pergi kerja dia akan hantar sampai ke simpang depan dan balik semula ke rumah. Rindunya saat tu. *Lap air mata.



Aku menangis masa menaip entry ni. Sungguh aku menyesal. Sebab aku dah halau Ringgo. Itu semua disebabkan mulut jiran yang jijik dengan Ringgo. Mereka menghebohkan satu taman yang aku bela anjing. Apa salah Ringgo?? Ringgo tak pernah ganggu sesiapa. Aku jadi tak sanggup dengar orang mengata mama dan family yang kitorang bela anjing. Berdosa ke kalau aku bela anjing yang tak bersalah tu?Bukannya aku peluk cium Ringgo. Kalau diberi pilihan peluk manusia hati busuk tu atau Ringgo, sumpah aku lagi rela peluk Ringgo takmau lepaskan.


Lepas sangat tertekan dengan mulut-mulut si longkang busuk, aku pernah bawa Ringgo jauh-jauh. Bukannya bawa angkat masuk dalam kereta. Aku pandu kereta dengan perlahan, Ringgo berlari-lari ikut. Aku bawa ke taman lain. Terjelir-jelir lidah Ringgo menahan penat. Nafas Ringgo turun naik. Bila dia terlalu penat,dia akan berhenti sekejap. Tapi dia tetap setia ikut mana aku pergi. Sampai je kat taman tu, aku terus pecut kereta. Ringgo cepat-cepat kejar sampai lah dia hilang dari pandangan. Dalam kereta, Tuhan je yang tahu macam mana air mata mengalir laju. *Menyesal sangat. :'( .


Tak sampai satu jam, Ringgo terpacak depan rumah lagi. Lidah dia terjelir-jelir. Aku tahu dia penat. Mama aku suruh bagi dia makan dan minum. Sebab tak sampai hati tengok keadaan dia. Aku fikir cara lain untuk halau Ringgo. Aku tunjukkan kayu panjang pada Ringgo. Tapi aku tak pernah pukul dia. Anjing memang takutkan kayu dan batu. Kalau terjumpa anjing dan rasa takut,cuma tunjukkan batu tapi jangan baling. Insya-Allah dia pergi.


Lepas beberapa kali aku tunjukkan kayu pada Ringgo,beberapa hari lepas tu Ringgo dah tak ada depan rumah. Aku mula tak sedap hati. Aku tahu Ringgo merajuk. Aku tahu Ringgo kecewa dengan aku. Aku pusing satu taman cari dia. Aku ternampak dia duduk bawah lori termenung. Aku bawakan makanan kegemaran dia. Ringgo pandang dengan mata sayu. Lepas tu dia palingkan muka dan tak mahu sentuh sikit pun makanan tu. Aku tetap ikut mana Ringgo pergi. Tapi mungkin Ringgo masih terluka dengan perbuatan aku. Ringgo lansung tak mahu pandang muka aku. Takda lagi berdiri tunjuk hormat. Tak ada lagi goyangan ekor yang lincah. Masa tu hati aku hancur luluh. Aku balik rumah terus menangis semahunya dalam bilik.


Itu kali terakhir aku nampak Ringgo. Ringgo tak pernah muncul lepas daripada kejadian tu. Aku ada ternampak beberapa ekor anjing hitam berkeliaran. Tapi aku tak pasti sama ada Ringgo atau bukan.  Setiap kali ternampakkan anjing hitam,aku mesti teringatkan Ringgo. Sejak tu,aku ada beberapa kali mimpikan Ringgo. Aku mimpi dia bahagia dengan kawan-kawan baru.

video
SATU-SATUNYA KENANGAN RINGGO :'(


Ringgo..
Aku tak pernah bencikan kau.
Tuhan je yang tahu macam mana aku sayangkan kau.
Aku rindukan kelincahan kau.
Aku rindukan goyangan ekor kau.
Aku rindukan saat kau hantar dan tunggu aku balik kerja.
Aku minta maaf sebab dah lukakan hati kau.
Aku tahu kau pun ada perasaan.
Tapi percayalah, lagi luka apa yang aku rasa.
Aku harap kau baik-baik kat luar sana.
Aku mohon jangan kau tuntut dosa aku pada kau kat "sana" nanti.
Aku tahu aku bersalah dengan kau.
Tapi aku terpaksa dan harap kau faham.
Tolong jauhkan diri daripada manusia lahanat!
Aku doakan kau selamat mana pun kau berada sekarang.

With love, Your Ex Master.

63 comments:

cik nana said...

copy dari fb ni,http://www.facebook.com/KakimotongFanClub?ref=stream


"Apabila mereka menghargai kita, kita juga perlu menghargai mereka..."

Nota PH : Si Jojo adalah seekor anjing jalanan yang selalu PH beri makan...Dia jugalah yang selalu mengawasi persekitaran di rumah PH...Makanan kegemarannya ialah ayam kepsi...PH tidak memeliharanya di dalam rumah, hanya di perimeter luar sahaja...Sebenarnya, dah lama PH dan Jojo jalan2 begini...cuma malas nak update kat sini...

PH mengambil risiko yang amat tinggi dengan menyiarkan gambar ini...Justeru itu, segala pertikaian terpaksa PH telan selepas gambar ini disiarkan...Namun, jika ianya mampu membuka mata hati kalian semua bahawa anjing juga adalah makhluk Allah yang istimewa, PH sanggup menelan segala tohmahan dengan sepahit2nya...

Bak kata komen dari Cik Adam Joe Tekiya :

"kalau ikut mazhab shafie pgng anjing sma ada kering atau tdk dwajib kan samak skra nya dpng...tp xbermkna pgng anjing tu haram...syng lah semua bntng sprti mana Tuhan mnyayangi makhluknya :-)"

Nak senangkan kerja, PH pakai glove getah jer... :)

PH bukan nak suruh kalian semua pegang anjing, cuma apa yang PH harapkan ialah ubah persepsi kalian semua terhadap anjing...Persepsi dengan hukum adalah dua perkara yang berlainan...Yang penting Fardhu Ain mesti mahu didalami terlebih dahulu...

Cik Putri said...

tq cik nana.seriously sangat rindukan ringgo sekarang..:'( PH ramai org kenal. Dia kuat,tp kita tak. Tak kisah org nak kata kita. Just tak boleh dengar org mengata family kita. memang sekarang menyesal sangat..:'(

S.i.t.i H.a.j.a.r said...

Sedihnye bace entry ni. hampir2 nak kluar air mate kite cik putri.. saya hrap awk tabah sbb sye pham perasaan awk.. binatang pun ade perasaan mcm manusia. cume manusia kat luar sane yg x tau nak hargai perasaan seekor binatng.. :"(

untuk pgtahuan awk, dulu ade sekor kucing yg x tau dtg dr mane slalu ade kat blkang umah sye, rupnye die sakit kat bhgian leher, ayh sye trus letak ubat. lpas smgu mcm tu trus baik.. lpas tu tiap2 ari die dtg umah sye. sye n family x prnah putus2 bg die mknan klu die lapa. smpai skrg kami mmg syg sgt kat die. alhamdulillah die dah shat. mgkin die trhutang budi pde family sye. bile sye bce entry awk, prsaan syg sye kt kucing tu brtmbah kuat . sye pun xnk khilangan die .. :"(

Tabah ye cik putri ..

Cik Putri said...

thanks awak.n thanks for the support.kat rumah sy ada 6ekor kucing sekarang.itupun dah banyak yg mati.jaga kucing awak betul2.itu salah satu saham akhirat kita.amin~ :')

Mk Syahir said...

sabar ye..Allah lebih mengetahui dan memahami..

saye pon ade bela anjing jugak..untuk jage rumah dan haiwan ternakan..molly nama dia..tapi sy bela dari kecik, kawan ayah kasi..sekarang dah besar..

sy duduk agak jauh dari rumah orang tapi kalau ada yang datang umah sy tengok anjing tu Alhamdulillah deorang tak kate ape2..

sabar ye..Allah syg org yang penyayang :)

Cik Putri said...

thanks.sampaikan sayang pada molly.dia untung ada tuan yg jaga dia dgn elok.sy nie dah halau ringgo.:( harap nt sy ade rumah yg jauh dr org2 mulut jahat ni.boleh bela anjing dgn senang hati.nak tebus balik salah kat ringgo. :'(

Fadzlin Basir said...

sabar ye cikputri harap inggo awak xape2 :) be strong. mulut tempayan memang boleh tutup tapi mulut orang ni payah sikit.mungkin de himah,

haz said...

sayunya bce cte pasal ringgo ni.. seyes tersentuh . =')

n haz pn x brani nk kte ape. tp asalkn kita x sentuh, peluk cium bagai tu okay la.. =)

nak info lg detail bce
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm^^

Aten said...

sebak sangat bile aten baca n3 ni...walaupun ringgo seekor anjing tp dye pn datang dr DIA jugak..susah nak jumpa orang yang sukekan anjing..bukan semua manusia atas bumi ni sukekan binatang,,ade yang lebih suka sakitkan dyeowg..kadang-2 aten tgok pn sebak..

kt umah aten pn ade 10 ekor kucing..heheh..msti terkjutkan..ramai..aten ngn family suke sangat kt kucing..ade tu kucing kt kdai pn kteowg bawak balik..lagi2 skrg kucing aten kne penyakit..x sanggup nak tgk bile dyeowg sakit...

*cari ringgo sampai jumpe tau,.aten yakin ringgo x kn pernah lupa putri..:)

Cik Putri said...

thanks for all your support.ringgo mmg takmau balik dah.dah 5bulan benda nie jadi.just boleh doakan ringgo selamat.amin~ :')

sugu said...

I am speechless here. such a wonderful human being you are. trust me, God will reward you. Dogs are one beautiful soul. Reading your story, my heart feel terrible for you and Ringgo. I don't know what religion says about this but one thing for sure, God created every living soul to live equally on earth. May Ringgo be fine. You mdm, you earned my respect, God bless you and your family.

-An owner for 2 beautiful souls.

Cik Putri said...

thank you miss/sir.i appreciate your comment here.i know dogs are very smart n wonderful creature ever.n i'm sorry for not being a good master for ringgo.but what can i do.i can only pray for him.please pray for him too.n lots of love for your 2 beautiful soul. :')

irzanazirafron said...

Damn! Ni sape pulak yang kupas bawang sebelah aku nih! Grrr! T.T

fiza said...

Cik putri,kisah ringgo ni lbh kurang sama dgn kisah angie.bezanya angie mati dtembak.btapa zalim manusia tu.walhal angie xpenah kacau org.juz kutip n main2 ngn kasut jiran2 kt kg.tp adikla yg lbh sedih coz angie yg rapat.tiap2 pg bla adk start enjin keta dia dh standby nk anta smpai jln besar.blk kje dia dh kjar keta adk.bla baca story ni mmg mleleh2 air mata igtkn angie.

najihahfara said...

baik hati nye awak. sy yakin Allah akan bg ganjaran kat awak sebab buat ihsan kat mahluk Allah.

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

Mazhab Syafie berpendapat, Haram memelihara anjing tanpa ada keperluan dan harus memelihara untuk tujuan perburuan, menjaga tanaman dan menjaga binatang ternakan.

Ini termasuk dalam perkara khilaf. Mazhab Syafie membenarkannya untuk tujuan keperluan seperti berburu, menjaga rumah dan sebagainya dan haram membelanya tanpa tujuan tertentu.

NuruljannahAyub said...

touching story, u really have a big heart ~ #respect ;)

miss fluffy said...

sedih, sedih, sedihnyaaa....
hope cik putri jmp ringgo balik...
nature of human, sume benda yg kita bt tak pernah boleh puaskn mereka..even, utk kasihkan binatang yg tak berdosa pun dianggap salah..anjing haram disentuh dlm Islam..bukan untuk dibenci..:(

Cik Yaya said...

ouhhh..yaya xsuke anjng,.sbb anjg2 yg yaya kenal(sejak bile knal plk..huhu) semua gnaz2...mngejor org..huuu..tp bca entri cik putri sayu plk..yela..mmg xsmua anjg jht..Nabi dulu pon xde pon suh kita bnci kt anjg kan..cume haiwan tu je kita xble pegng..kcuali same2 kering..(tp mmg xkan nk pegng plk kan..ssh plk nti..huu)ape pon..sbr je la cik putri..mlt org kita xble nk ttp..Allah tu je Maha Mengetahui..

IFA Athirah said...

nak buat cmne dia dah majuk :( tp, yg mulut puaka tu pn satu.ptutnye awk suruh ringgo blasah dia.hehe.it's okay.Allah tahu segalanya :) anjing kot.saya duk kat Adleaide ni pun pernah je pgang anjing.bukannya dosa pn.pegang tgn laki lg brdosa, tak boleh samak pulak tu.nmpk sgt la mentaliti yg pndg rendah kat awak dan ringgo tu sgtlah cetek ilmu diorg.ish2.

~KEISHAHANI YUSOFF~ said...

hurmm tersentuh ngak bile bace story awk ni...terpancar jelas naluri penyayang awk..awk da buat yg terbaik sms ringgo ada...sbr eh..insyaAllah..ringgo akan slmt dlm populasinya =)

duniafana said...

nice...

[farah alias] said...

farah alias dtg melawat cik putri ^_^ .. muka cik putri ada iras2 fatin suhana la. cantik.!!!!

are_lin@yu said...

tersentuh baca..bagi ayu tak salah..lagipun bukan anjing yg gebu yg kita dok buat bela itu ok kot..juz bg makan..klau terkena air liur dia lain lah kita kena samak..pendapat sendri.mybe ada lg yg lbih arif..;-)

Deqla manjew said...

setuju sgt.. anjing pun makhluk ciptaan Allah..juga punya hak utk hidop dlm dunia ni.. tabik spring kat papa hero..mmg selalu ikot perkembangan blog PH. dear, deqla follow sini tau..sudi lah kiranya singgah ke blog deqla jugak..salam kenal.. :)

Nira said...

sedihnya....rsanya sy mmg nangis bca entry ni...cz lau sy tmpat awk mmg sy akn rsa cam awk rsa gak..byk2 sbar.smoga dia bhgia d dunia dia...atuk sy dlu pn ada plihara anjing gak.tp camni gak la org duk mgata...akhrnya tpksa buang hu.wlupn anjng haram tp kite mnusia xbrhak mbncinya =(

HaiZuL RaDZi said...

jarang baca entry yang panjang. tapi sebabkan entry ni dari mula lagi da touching, memang tak trasa pnjg nye..
"SETIAP PERTEMUAN PASTI AKAN ADA PERPISAHAN"
p/s: mntak djauhkan dari glongan yg suka mmndang serong..

Nurul Husna Mohd Hassan said...

mekasih singgah n follow blog saya. datang sini follow balik ;)

saya rasa kalau nak bela anjing untuk tujuan keselamatan takpe. tapi jangan kita sentuh2 anjing tu.

macam kucing kat rumah saya, satu hari tu dia manja sangat dengan adik saya, adik saya tolak kucing tu dengan kaki (bukan tendang). esoknya kucing tu mati. adik saya nangis, nyesal sangat2. rupanya kucing tu manja sebab esok last day kucing tu.

aisya said...

anjing ni kalau dia dah biasa atau selalu tengok org tu dia tak kacau pun kan. kat area rumah sy ni, majoriti yg bela anjing. sbab majoriti yg non muslim.. tak pernah pun kena kejar atau kena gigit.

sekadar bg makan je pun, tu pun kat luar rumah.. bukannya masuk halaman rumah pun kan... mudah-mudahan org tu diberi kesedaran yg bukan dgn manusia je kita kena berbaik2, dengan haiwan pun sama jugak.. dua2nya ciptaan Allah.. huhu

cik nysa said...

orang yang tak cukup ilmu jek marah2 sebab alasan bodoh tuh. ya Allah, betol sedih ngan entry nih. hopefully ringgo selamat kat mane2 pon.

Pondok Usang said...

sorry lambat nak komen... anjing juga makhluk Allah.. kadang-kadang org takut dengan anjing sbb kalau sentuh takut perlu disamak... tapi pegang tangan boypriend/girlpriend tak takut pulak kan.. muhasabah utk diriku juga..

ANIA NIQIYSA said...

semoga ringgo selamat kat lua sana =)

Eryn Edrina said...

Sumpah Menangis baca entry ni,, eryn faham perasaan awak.. bila kita dah lama jaga, bela dan sayangkan haiwan tu.. dah tentu bukan mudah nak lepaskan ia pergi macam tu je kan.. apapun, dia tetap makhluk Allah, bukannya kita membela Khinzir.. Hurmm.. apapun, eryn sangat berharap jinggo akan selamat dan jumpa kawan dan soulmate nya.. awak kuatkan dan tabahkan diri okay :')

Cik Putri said...

tq for all your comments guys.tqvm..:')

aida fazira said...

sedh nyee entry nie....aida plak nak nangs bla bca.....kcia ringgo...harp2 dy selmt n hapy dgn temn bru nyee....

noornazuha said...

sedih akak baca entry ni...takpe...balasan yang baik dr Allah nanti....binatang pun makhluk Allah jugak

cikgu ganu said...

klo ringon pndai bace entri nie , mesti dia pun nangis teresak-esak ... sob3 ..

Alat Penjimat Minyak Kereta Gred A ..

Beiby Yatie said...

sedihnya baca cerita cik putri .. mengalir air mata nie (serius)..

sebenarny kami pun ada bela anjing juga. kami tahan ati je bila jiran2 mengata, siap nak racun anjing tu, entah apa salah anjing tu. rumah kami agak kebelakang, dekat dengan hutan dan ladang kelapa sawit, so sebab itu kami pelihara anjing. salah kami??

I love Sleep said...

wahhh sangat-sangat sedih.. last sekali aku pun nangis baca entry ni.. aku rasa x salah kalau setakat bg anjing tu makan.. sebab dia makhluk Allah gak cuma xboleh nk pelihara dan sentuh dia..

Nurul Iman said...

cerita zaman nabi dahulu kala, dulu ada seorang lelaki yg kehausan tersesat kat padang pasir yg kering kontang...mencari air utk diminum...saat titik pertemuan air, dia terjumpa anjing yg kehausan...dgn belas kasihan, dia bg anjing tu air yg dia jumpa...disebabkan belas kasihan dia, dia di masukkan ke syurga...

kesimpulan kat sini, xslh kita nak belas kasihan pd haiwan sb itu amt digalakkan dlm Islam...

fiQRa said...

ya Allah sedihnya.. apa pun anjing makhluk Allah juga ;')

babycomel said...

awak sgt baik hati kerana memiliki sifat mulia ni. ringgo pun makhluk tuhan jgk. yg penting kita tak menganiaya binatang sudah la kan

Hashira Yusoff said...

sriously ni 1st time baca crita pasal muslim bela anjing. anywy xde msalah pun..anjing pn makhluk tuhan. prnah baca crita placur masuk syurga sbb dia bg mnum anjing guna kasut dia.\ saat anjing tu kehausan.

blieve me stiap prbuatan baik ada blasan yg baik. :)

Azriff Aziz said...

tersedu hati gua baca entri ni..huhu sabar bebanyak ye .

shizansyafik said...

air mata menitik bila baca entri ni.. sedihh..

aida fazira said...

sedih baca entry nie huhuhu

sedih sangat
mengalir air mata :'(

Faizal @ Ejai said...

ya allah sedihnya..dulu ustazah tmpat sekolah saya dulu pernah bagi anjing makan,hari2 dia bgi makan,tapi sekarang dia dah mati kena langgar keta..saya rasa sedih sangat2..

eiqa azra said...

sedihnya baca entri ni..

C'Jai said...

Mulianya hati seorang putri.....

Putri bukan memelihara tapi sekadar memberinya dan brkongsi sedikit rezeki kan...

MiSS Fyda said...

sedihnya baca entry ni... manusia ni slalu tidak puas hati pelihara anjing ok apa.. dulu pernah pelihara jua.. tapi lama da... jgn risau Ringgo baik2 saja tuh

Mummy Adriana said...

anjing pon mahluk ALLAH :) buat baik dijanjikan kebaikan juga! proud of you :)

Simple Syara said...

cerita awak berjaya buat hati saya yg keras jadik cair mcm mentega :'( nasik dh gosong syg. x bole bebuat ape2 pun. awk doakan Ringgo sentiasa dilindungi Allah S.W.T

ELFarahin said...

Bagi pencinta haiwan, antara manusia dan haiwan tiada beza, tiada jurangnya. Saya faham perasaan sis. Sedih baca entry ni. Wish Ringgo pun baik2 je. Or maybe dah ada master yang baru yang lagi baik. Insyaallah. Boy dan Nik saya sudah pulang ke sisiNya. Saya jelas, mereka sudahpun bertuankan yang sepatutnya. :")

♥ Lia Abdillah ♥ said...

Ya Allah, sedeyhnye bile bace entri ni. Lia nak nangis, tapi air mata tak boleh kuar ! Hua ! Nak nangis . :'( sy sebenarnya tkut ngan anjing tpi bile bace entri akak, rse mcm, mcm ... tak tahulah nk kate ape . Btw, hrp akak bersdabar. Dugaan, pasti ade hikmah disebaliknya ;) aminn

aKiLah said...

huhu so sad..mnitis2 air mata bca cte cik putri...saba ye..

kura said...

akak sy masa tahun lepas pun ada terbela anjing.. anak anjing yang mana ibunya meninggalkan anak anaknya di belakang rumah akak sy...

1 ekor berjaya hidup drpd 4 ekor kerana ibu yg tak bertanggungjwb.. esh esh.. then dah lama lama bila dah besar, org taman mula kata-kata jugak. haish!

then bawa ke rumah mak, tp selalu bergaduh dgn anjing2 liar lain. then bawa ke taman rumah abang pulak.. letak dia kat kebun tepi rumah abang..

then selang berapa hari, good news! ada uncle selalu joging pepagi kat situ nak amik anjing tu.

now, anjing tu bahagia dgn family baru die.. the end.

sarahhernyzar said...

Allah hu akhbar. mengalir air mata baca entry ni. sgt sedey. mmg sedih. nanges oke.

sara ada bela kucing. dari sekor bercambah jadi 21 ekor. tp x semua sara boleh jaga. sb terlalu banyak. sara bagi kat org2. masa bg tu mmg pelok ceom kucing tu. sb mesti rendukan dorg. Allah je yg tahu.

now tgl 10 ekor. harapan sara moga kucing2 ni boleh sara jaga. sb mak abah soh bg org. sedihnyaaaaaaaaaaa....

suraya binti mohd salleh said...

salam..
subhanallah..
sungguh mulia hati saudari..
mmg sedih bce pasal entry ni :'(

Anonymous said...

kalau boleh lps ni sy nak latih kucing sy jd guard la,hi3 ni pun dia asik panjat2 bumbung je..

Anonymous said...

ah,diaorg tu kan alergic dgn anjing sampai si benjamin murtad islam masuk kristian dgn sleng sabah indon nya tu kutuk org2 islam mcm jiran2 akak ni elergik dgn anjing,hu3 arwah moyang sy dulu ada bela anjing,maaf sy ni org islam,sy tau hanya anjing jaga rumah dan kebun je boleh jaga..tp sy sedih lah bila org kafir kata melayu elergik dgn anjing :( sedih lah..diaorg x tau ke org arab pon ada bela anjing..mahzab maliki kata anjing bukan lah najis..

Anonymous said...

join parti air mata ngan readers lain gak :'( huhu sedihnye, tp saya paham perasaan dan keputusan awak masa tu. kita ni cuma manusia yg lemah, x lepas dr kesilapan. pulaknya mentaliti melayu malaysia ni, x boleh lgsg nk berbuat baik ngan anjing. sabar ye awak....

Atiqah hurairah said...

crying badly,, :')
baca smbli dengar laguu..
mulianya hati cik putri..
may Allah bless all u do dear :)

Anonymous said...

org melayu mmg cmtu.. anti sgt ngan anjing.,sampai tak reflect ngan agama kita. Allah syg kita tak kira apa. please be patient. My experience, my jiran siap dengki ngan kucing i bela, siap lapor kat majlis perbandaran, and they came to the house, but kita kena tegas, jiran tetap jiran, but that does not mean they can meddle in our life, i personally went face to face to the pengadu, and i made my point, we support you, please dont give up.