Thursday, September 6, 2012

Ciri-Ciri Blog Yang Suka Dilawati

Assalamualaikum. Pehhh..skema gilerrr tajuk. Ok lah, bagi ayat yang tak berapa nak skema k. Ciri-ciri blog yang aku suka terjah tak tentu hala. Amacam? Ok?


Bulan ni bulan rajin aku. Aku sangat aktif eksersais jalan-jalan,jogging-jogging, lari-lari ke blog orang. Asyik syok sendiri baca entry sendiri boring jugak kan. Sampaikan boleh terperasan sendiri. *Terernye aku mengarang ayat. Tapi kenapa BM aku time SPM dulu tak dapat A. BI boleh pulak dapat A, sekarang buat lah entry dalam BI! Haa, buat-buat..



Aku taip intro panjang-panjang macam lah ada orang baca. Tak hadenye mak jemah.. Kau taip syok sendiri je. Better kau straight to de point jemah. Yelah-yelah.. Ni antara ciri-ciri blog yang aku suka terjah dengan rasa tenang dan aman.





1) LAGU
Aku sangat suka kalau masuk blog tu lagunya tenang dan tak membingitkan telinga. Tak ada lagu lagi aku suka! Mulanya akulah yang konon-konon nak terjah blog orang bagi surprise, sekali masuk je blog tu aku yang terkezuttt tiba-tiba lagu black metal keluar. Kusss semangat. Mulalah keluar perkataan-perkataan #$%&@! Lagipun aku memang tak boleh nak fokus baca entry korang bila lagu-lagu rancak,hip-hop,rnb,jazz berkumandang. Kepala hotak aku serabut dan akan bercampur aduk dengan lirik dan entry yang korang taip. Bukan kepala hotak je, kepala lutut pun ringan je rasa nak melayang ke arah laptop. Mana satu aku nak buat ni, dengar lagu ke baca entry?? Cuba korang tengok blog-blog femes, blog diorang tak ada pun pasang widget-widget lagu. Sebab diorang tau itu akan mematikan mood pembacaan.



2) BLOG SIMPLE
Ciri keduanya, aku suka singgah blog yang simple. Tak ada widget bersepah-sepah merata-rata. Mata jadi rimas. Widget yang banyak membuatkan blog berat dan menghabiskan quota berukband cialcom aku! Lagi satu aku akan tercari-cari mana button follow ni, mana pulak dia sorokkan shoutbox ni. Kadang-kadang bila aku cari sekali imbas tak jumpa,aku terus tekan button X. Aku ni cepat hangin, tu nasib baik owner blog taktau aku marah-marah cari button follow tak jumpa. Hua..hua... *Dah masuk rumah orang nak hangin-hangin pulak!



3) WARNA
Warna blog pun boleh attract visitor ke blog korang. Paling penting warna tulisan. Kalau warna background dengan warna tulisan hampir-hampir seiras je kesian kat readers korang merangkak-rangkak baca entry blog korang. Sadiskan? Sanggup reader tu baca entry sambil merangkak. Kalau aku, tak hengen aku baca. Boleh menambahkan rabunan mata aku yang semakin rabun ni tau. *Rabunan mata? Patutlah bm tak dapat A.



4) ENTRY BERGAMBAR
Aku sangat suka baca entry yang simple dan disertakan dengan gambar. Sambil-sambil baca boleh cuci-cuci mata tengok gambar kan? Sambil-sambil tu comment-comment sorang diri. *E'eh hensemnya balak dia,macam Edward Cullen punya jiran. Entry bergambar memang best!



5) SHOUTBOX
Shoutbox pun memainkan peranan jugak. Sebab kebanyakannya visitor datang daripada shoutbox selain daripada ping blog. Korang suka sangat jerit kat blog orang ni, blog orang tu suruh follow korang singgah blog korang. Tapi bila kunjungan balas dibuat cari-cari shoutbox tak jumpa. Lah,kedekutnya. Orang lain dah bagi korang dapatkan traffic percuma kat blog diorang, korang pun jangan lah kedekut sangat nak letakkan shoutbox kan. Give and take lah. Baru lah lebih mudah untuk beramas mesra.



6) GAYA BAHASA
Zaman sekarang sejak-sejak dah masuk tahun 2012 ni aku tengok makin berkurang orang yang pelat. You know what i mean. Aku memang tak akan teruskan pembacaan bila ayat yang digunakan tak melambangkan pemilik blog tersebut seorang yang matang. Lagipun susah aku nak paham ayat-ayat beby ni. Aku dah 20tahun. 20 tahun ke? Hahah. Diamlah! Fokus pada apa yang aku cuba sampaikan ni. Contohnya "Ini blog kita, kita suka makan aiskrim, boyfriend kita comel sangat!" Aku boleh terima ayat macam ni walaupun nampak agak kebudakan berbanding dengan ayat noharommm yang macam ini "Niew byog titew,titew tukew mam asykeym,boypwen titew omeyyyyy angat!" Kalau dekat je dengan aku,aku dah bagi pelempang sedas.


7) SAIZ TULISAN DAN PERENGGAN
Korang mesti tau yang readers blog korang bukan semuanya bermata tajam macam korang. Korang buh tulisan kecik-kecik besar telur semut tu macam mana readers nak baca kan. Lainlah korang dah warning awal-awal *sila gunakan kanta pembesar untuk meneruskan pembacaan. Sertakan jugak dengan perenggan-perenggan untuk memudahkan pembacaan. Janganlah korang taip satu entry seribu lima ratus patah perkataan direct tak ada perenggan. Sebab readers bila terlepas pandang,dah tercari-cari balik stop kat mana ayat yang dibaca tadi. Leceh kan?



8) CURSOR DAN HIASAN BLOG
Ramai jugak yang suka guna cursor ade huruf terbang melayang-layang bagai di tiup angin soft-soft language tu kan. Mungkin cantik di mata owner. Tapi agak menyukarkan bagi visitor sebab huruf-huruf yang terbang melayang tu mengganggu pembacaan dan sukar untuk meng-click mana-mana button yag dikehendaki. Err..paham ke? Bunga-bunga bertaburan sekitar blog pun mungkin nampak cantik kan? Tapi itu pun sebenarnya menyukarkan pembacaan sebab sambil kita baca tu mata terikut-ikut pandang bunga jatuh ke bawah sampai hilang.


Blog aku pun bukannya perfect sangat. Follower tak sampai separuh taman pun. Ini cuma pendapat aku dari apa yang aku perhatikan. Lain orang, lain citarasa. Boleh refer blog otai untuk kepuasan hati macam YUYU ZULAIKHA, CIK EPAL, HANIS ZALIKHA Jangan ada yang terasa hati k. Takmau..takmau..takmau..*Bajet comel. Phuiii!

19 comments:

Azriff Aziz said...

takpe, taip je panjang2 intro tu, ni tukang baca datang ni.. :)

blog sye dah ada element di atas cume, cursor n hias menghias tu.emm..biasa la..budak laki kan.hahaha

bajet je comel,takpe, ni blog kita buat kan..orang lain takde hak nak potpetpotpet kat kita.hehehe

najihahfara said...

sy kurang suka kalau blog yg ade lagu. almaklumlah pakai berokband huhu. kalau letak yg boleh pause x pe. ape pun blog simple & kemas jugak yg ok hihi

Sayidah Nafisah Ruslan said...

yup..betul kata tulisan awak tu.. kalau boleh jangan lah terlalu crowded. saya ni dah lah pakai wifi uitm je.. kalau blog yang berat tu susah nak tinggalkan jejak dan komen.. sob2

haz said...

btol3. haz x ske sgt blog yg ade lgu n widget yg sarat barat ni. nanti loading blog dia sgt lmbt. huhu

diera_nadiera ulalaaa~ said...

salam si jelita.
diera sggh blog glamour yg cantik spt owner nih ^_^ subhanaALLAH. indahnya! ^_^

hohoho semua ciri2 di atas ada pada blog yg cntik cm wner nih haa..sgt ska tau ^_^

duniafana said...

mcm blog kamu:p

eita said...

hahahhaha...
baca yang gaya bahasa tu tak tahan nak suke..
budak2 sekarang ni jenis yang suka cakap pelat....
kadang tu berbelit lidah...otak duk fikir apa yang budak ni tulis hah...kihkihkih..

C'Jai said...

menarik...!

lambat tak blog akak loading...komen sket untuk penambahbaikan..:)

Cik Putri said...

blog korang yg aku follow tu semua ok la...kira aku boleh buka page sampai sepenuhnya,mampu untuk tekan button follow n cooment dah ckup ok dah.haha

C'Jai said...

singgah lagi sekali... terima kasih respon dr cik Putri..sangat2 menghargainya... :)

Crew Fathi said...

Wa kalau singah blog seseorang tu.. suka tinggalkan comment.. ^_^

Fahz said...

gelak sorg2 dah fahz baca entry adik nie.adehhh .

hnahdy said...

Erk.. Blog hana ok ke?

izan mama mia said...

suka pula akak baca entry ni..mmg benar sangat apa yg ditaipkan itu... ^__^

Norzie hany said...

Setuju sangat dengan en3 ni.

~PILOT LOVER~ said...

Nice info la.. thanks awak..kene perbaikki diri ni..hehe :)

FAMI said...

betul pe yg cik putri tulis...follow la sye jgak ye..blog sye pon simple2 je...hehhe

Miss Sue said...

setuju sangat ! :D

syafiqah sallehin said...

wahh. nice entry sis :)