PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, August 10, 2012

Semangat Ke-Glider-An!

Assalamualaikum-warahmatullahi-wabarakatuh~ Dapat 30 pahala bagi salam penuh ni. Sekarang ni tengah pening pasal Sugar Glider aku. Pening sebab yang bapak tu non-stop buat anak. Tak bagi can lansung wife dia rehat!

Menyesal dulu asek merungut.
"Eyo,bila nak bagi mommy cucu ni"
"Eyo ni jantan sejati ke tak?Takde anak pun"
"Eyo.." *Sekali eyo lempang. Banyak sangat komplen.uhukuhuk.

Start 12/3/12 dia dah mula bagi cucu kembar kat aku. Kembar sepasang pulak tu. Hebak mu Eyo.. Lepas tu tak lama kemudian 1/7/12 terkeluar lagi seekor. Boy jugak. Ochin nama nya. Mengada ya amat. Sesikit melalak. Sesikit cari ibu. Sekarang ni si Ibu pregnant lagi. -__-"

Kat sini,aku nak masuk meminang. Sesiapa ada anak glider dara atau teruna,mau tak swap dengan aku? Means tukar anak. Sebab aku nak elakkan daripada berlaku sumbang mahram. Haiwan pun tak boleh sumbang mahram. (inbreed) Nanti kualiti anak tak elok.

Aku baru je lagi bab bela SG ni. Baru nak masuk 2tahun. Dapat SG ni pun sebab Encik Awak yang hadiahkan masa 1st year anniversary. Tu pun lepas buat muka toya tak puas hati.

Bagi yang baru nak kenal kenal SG ni. Dia bukan tupai. Bukan spesis tupai pun. Jauh sekali spesis tikus. Aku jentik mulut orang yang cakap anak anak aku ni tikus. Tapi orang selalu cakap "Owhhh..ni yang tupai terbang tu kan" malas nak cakap panjang, iyekan aje lah. Dia spesis kangaroo sebenarnya. Sebab SG betina ada poket atau pouch kat bahagian bawah badan dia. Si jantan ada testis je tergantung. Takde poket pun. Bila si betina lahirkan anak, anak dia akan masuk ke dalam pouch si ibu dan tunggu masa yang sesuai baru lah dia keluar sepenuhnya dari pouch.

Pemakanan dia pulak, setiap hari wajib ada makanan khas iaitu HPW atau high protein wambaroo. Sila baca di SINI untuk keterangan lebih lanjut. Sekarang ada bermacam jenis hpw,ada juga CDF,GLIDERSLURP, memacam lah. Tapi fungsinya sama je. Makanan lain yang aku selalu bagi- buah. Buah tembikai susu, apple merah, betik (paling baik untuk bagi kalsium), ciku, n so on. Kalsium jugak penting untuk SG. Kalau kekurangan kalsium, SG boleh dapat penyakit HLP boleh tengok kat SINI.

Sangkar yang aku gunakan sekarang is 3 kaki tinggi. Sesuai untuk SG yang memang suka melompat tak tentu arah ni. Jangka hayat SG kalau dijaga dengan betul boleh menjangkau 15 tahun. Apa yang buat aku tertarik dengan SG ni, dia comel sangat. Aku suka cium cium dia sebab ada bau masam yang sangat best! Eheh. Syok je.

Sangkar untuk keluarga bahagia. 

Eyo tidur tak ingat dunia. 

Memang kaki membuta.

Antara makanan selambak tak hengat.

Antara aksi tak senonoh duduk atas kepala mak sendiri.

Pakai baju tak muat. Jadi mangsa. Ahaha..

Si kembar boboy n gegirl.

Si bongsu Ochin time belum buka mata lagi.



20 comments:

aNiss :):) said...

awak, tak geli ke pegang tuu?? anis takut nak pegang :DD

Cik Putri said...

ahaha..tak lah.diorang ni comel..:p

Miss Nana said...

comelnyerrrrrr :D

Cik Putri said...

Eyo cakap terima kasihhhhh...^^

ajax85 said...

binatang itu sama comel ngan tuan dia...heheheh

Annamariana1989 said...

comelnya.. nak 1 boleh??

Zyra Roxx said...

awrrrr comenggggg
tingin nk membela tp tecik sgt T_T
bela kucem jelah, bulih peluk buat bntal, muehehe

Afiq Din said...

byk ekor jugak putri ade nih

Cik Putri said...

Hoho..diorang marah sebab diorang ckp diorang lagi comel.hahah

Cik Putri said...

nak tengok boleh laa...:p

Cik Putri said...

ehee..nie pocket pets..boleh bawak g memana..

Cik Putri said...

semua nak masuk 6 ekor..

Iefa Ujang said...

hamboiiii byknyer . blh jual 2 . nk sekor blh ? ? ? hehe

Maizatul said...

hee comelnye. kwn saye penah bawa sugar glider kat skola pastu dye kncing kat bju bdak :)

Mime MF said...

comelnye mereka..hehe

.::: Princess MOMOY :::. said...

comelnyaerrrr...
betul ke orang kata
memula ia akan kencing atas badan kita
kemudian baru lah dia jinak ngan kita
sebab air kencing tu semacam tanda la yang kita ni tuan dia

zan said...

hee2x,
SG??!!!.alaiha gelinye.

Aisyah Az said...

hoho.. omeynya . Banyak ekoq cik putri bela . Nak satu boleh ?? *muka Xmalu*

Plug Mapuh said...

xmahal ke????huhu

Unknown said...

kakak , nie nakk bg ain jelez kea apee niee . hehe