Saturday, September 1, 2012

Bosan Dengan Manusia Makhluk Hipokrit




Assalamualaikum. Sebelum tu akan diwarning entry ini sangat-sangat membosankan. Bukan luahan hati tersirat. Tapi lebih kepada kejelikan sikap manusia-manusia hipokrit yang amat menjengkelkan tekak. Kalau muntah,mungkin akan keluar cecair hempedu yang likat.


Dalam Facebook, aku lebih suka menjadi silent reader iaitu pemerhati tegar kerenah manusia. Lebih-lebih lagi kepada manusia yang suka mengaibkan orang lain. Banyak yang tak sedar dalam nasihat ada aib yang sedang dibuka tanpa sedar.


Ambil contoh senang. Seorang perempuan upload gambar free hair buat muka duck face macam minah 5days mc sambil tayang lurah dendam yang berkarat. Tiba-tiba datang seorang ustaz tak berdaftar dengan lembaga ustaz sedunia konon nak menyedarkan si minah duckface dengan meninggalkan comment terang-terangan yang boleh dibaca seantero facebook. Memang sangat tak salah dia menasihati si minah duckface. Pahala menanti. Tapi antara sedar dengan tidak, dia sedang mengaibkan si minah duckface. Apa gunanya mark zuckerberg menyediakan sistem message kat facebook tu kalau semua nak dibuat terang-terangan? Sampai nak tag minah duckface tu ke page ustaz-ustaz glamer. *Yang ini aku pernah kena dengan seorang mamat sebab aku post pic duduk bersebelahan Encik Awak MSAO. Huk..huk..


Mungkin orang lain akan fikir ohh,alimnya lelaki yang tak berapa kachak itu. Dia sedang menyedarkan minah duckface dari berbuat dosa besar. Itu dah boleh mendatangkan riak walaupun kita tak tahu agenda sebenar manusia-manusia lain. Itu belum masuk manusia-manusia yang suka memaki tak tentu hala.*Ok,mesti selalu bersangka baik. Tetapi, yakin kah dia yang minah duckface tu akan terima comment yang terang-terangan macam tu? Selalunya minah duckface ni akan melenting dan keluar perkataan-perkataan tak sepatutnya.


Cuba ambil pendekatan secara senyap. Kira nasihat antara dua manusia je. Mungkin lagi senang untuk berdakwah kan. Tanpa gangguan manusia lain yang suka menjadi batu api tak berbayar. Sebab minah duckface mungkin akan terima secara perlahan apa yang cuba disampaikan ustaz tu. Lepas dah bagi nasihat ceramah lintang pukang,tak payah lah gatal-gatal pergi print screen pulak tunjuk kat orang ramai yang awak tu dah berjaya menyedarkan seorang manusia lain ye?


Cakap pasal print screen pulak. Bila ustaz tu dah terkena makian oleh minah duckface pulak,di print screen nya sebesar-besar alam muka minah tu dan disebarkan. Dengan caption *Dah cuba menasihati tapi dimaki pula :'( .Hell-O ustaz! Rasulullah bila dikeji pun dia berdiam diri tahu?! Kat youtube pun aku pernah ter-tonton pasal "ustaz" ni pergi tangkap orang khalwat,berdua-duaan. Di rakamnya muka orang tu,dizoomnya sampai ke lobang hidung pesalah lepas tu post kat youtube. Macam tu ke cara dakwah kau? Silalah tanggung dosa mengaibkan instead of dapat pahala ye ustaz?? ^^


Oh,lagi satu. Aku sangat suka menyiasat! Bukan stalk ok. Siasat! Ha-ha. Aku akan try cari sikit maklumat tentang ustaz yang suka sangat mencari kesalahan orang lain tu. Teng terenggg... Aku pun jumpa lah gambar-gambar seorang ustaz dengan seorang minah rambut ala-ala marilyn monroe,skirt terbelah sampai nak nampak tanah segi tiga. Eh..ohh..adik dia rupanya! Aduhai...macam mana ni abang ustaz? Adik awak terbuka sana-sini upload gambar kat facebook awak tak nasihat. Tapi adik orang lain terbuka awak bising?


Yes..yes..aku tahu ramai yang cakap dakwah tu kewajipan setiap manusia. Tapi aku ambil contoh Dato' seri Najib dgn aunty Rosmah. Yang jenis-jenis ustaz ni selalu mengutuk mengata kalau isteri sendiri tak boleh dipimpin disuruh menutup aurat bagai macam mana nak pimpin orang lain? See? Same goes to rakyat biasa ni. Selagi dia bergelar lelaki,dia adalah pemimpin. Lelaki yang baik adalah lelaki yang boleh membimbing darah daging dan mahram dia sendiri terlebih dahulu. Barulah orang yakin dengan nasihat awak. Hurmm..faham ke??

* Kadang-kadang hipokrit tu perlu untuk menutup kebodohan.

10 comments:

Khairul Nizam said...

aku setuju.. Terdapat perbezaan antara menyedarkan dan mengaibkan

Cik Putri said...

kadang2 org lupa beza antara dakwah dgn mengaibkan. banyak dah tengok sekarang ni.tak tahu lah org nak kejar apa sebenarnya.

cik nana said...

niat tu dah betul tapi tu lah cara n pendekatan mereka-mereka ni tak betul n x kena dgn tempat.

Cik Putri said...

tu lah..-__-"

iyka zulaika said...

woaaa mantap entry. biar terkena batang hidung org tersebut kalau baca entry ni. hehe

*zafirah* said...

wah,bagus entry ni..
betul tu..dakwah ada caranya kan,kalau xbetul caranya,maka lebih rmai org memandang serong trhdap pengisian dakwah tersebut..
jemput singgah blog fira kalau sudi :)
http://xiexiepinky.blogspot.com/2012/09/korea-dan-makanannya.html

shizansyafik said...

hipokrit?? kadang2 perlu, tapi masalahnya cam dah jadi topeng setiap manusia.. last2 nak senang, unfriend je..

AinSophian said...

hehhe..biasalah org kalau pesen mc tu mg pantang di tegur kans.. selalu nak melenting...entri yg best!!tq sb follow. Follow u back! Keep n touch eh!!

LITTLE NUUR said...

dah lama perasan bnda2 mcm ni berlaku kat facebook..
boleh kalau nak tegur tp biarlah cara yang betul...
bukan nak salahkann org yg berdakwah... bdk yg salah tu tetap salah yg byk ilmu ni bimbing la dgn betul tp biarlah dengan cara yang betul kan..


:)
selamat hari raya

cikQue said...

nice entry...^_^