Monday, August 13, 2012

Review: Cetaphil & T3 Mycin

Assalamualaikum-warahmatullahi-wabarakatuh.
Menaipnya aku di sini sebab ingin membuat review lah kononnya.


Tau ke apa tu Cetaphil?
Tau ke apa tu T3 Mycin?
Ha, ni nak habaq mai la ni.


Aku ada muka. Semua orang pun ada muka kan?
Tapi muka aku tak la sebersih dan sescuci dalam debu.
Macam muka retis-retis yang berlakon tb tu.
Tak ingat lah sejak bila, muka aku senang sangat ditumpangi jerawat.
Dia tumpang je, lepas tu dia blah sebab jerawat lain pulak nak tumpang.
Tak la seteruk macam orang kena resdung tu.
Just bagi perempuan, setitik jerawat pun dah boleh buat histeria.
Betul tak wanita-wanita seluruh dunia?


Tangan aku ni kadang-kadang memang gatal suka picit jerawat.
Bukan kadang-kadang lah. Pantang tumbuh mesti picit punya.
So, aku pun start lah mencari macam-macam benda alah.
Aku tepek je apa yang orang cakap ok. *Kononnya.
Tapi satu pun tak jalan. Jerawat aku memang power lah.


Aku almost give up nak try-try lagi.
Last-last aku try tanya sorang kazen aku. Perempuan jugak.
Dulu aku tengok muka dia jenis ada jerawat jugak.
Tapi baru-baru aku jumpa dia muka dia dah nampak bersih.
Tak boleh jadi ni. Aku jeles! Aku pun tanya la apa dia pakai.


Dia pun story lah dekat aku yang dia pakai T3 Mycin.
Ubat jerawat ni cair je. Dalam botol kecik comel lote.
Aku dah pakai 2 bulan. Cara pakai dia senang je.
Just dap kan kat satu muka korang tu.

SORRY GAMBAR COMEL JE.


Not bad la kesan yang aku dapat.
Jerawat susah nak naik. Yang ada pun jerawat pasir tu.
Just parut jerawat yang dulu-dulu tu still dalam proses nak hilangkan.
Harganya tak berapa nak ingat..dalam RM20 something la.


Untuk pencuci pulak, aku pakai Cetaphil.
Yang ini kawan aku yang cadangkan.
Ok jugak. Tak banyak buih macam pencuci lain tu.
Doctor kulit cakap, pencuci yang baik memang tak ada buih.
Harga yang botol kecik lebih kurang RM17.


INI PENCUCI MUKA CETAPHIL

Dua-dua benda alah ni kena beli kat farmasi biasa.
Guardian dengan watson tak ada jual.
Kalau sesiapa yang ada jerawat kronik tu,
Try lah, mana tau boleh ok ke kan..
Oh, aku tak letak pic aku. Sebab takut kena cop perasan pulak.
Kuikui.. ni bagi aku lah. Aku rasa effect dua benda ni ok sangat.

Sekian terima kasih.



17 comments:

sedutzone said...

cetaphil tak tau... klorofil tau la... heheheeh..peace

miss mysterious said...

mm dah confuse dah kat muka mm ni jerawat ke gigitan nyamuk.. huhu..

awana suzanna said...

wahhhh good info... tp wana tak berani tukar2 barang yang dah wana guna.. kulit sensitif.. owes nak sesuaikan produk dgn kulit bkn senang.. sb akan naik jerawat dulu kat muka.. pas tu baru lah Alhamdulilah....musuh wana jerawat xde.. setakat nie baru guna krem natasya malam and pencuci muka safi jer.. Alhamdulilah....berkat Allah s.w.t. berkesan..

ajos safian said...

thx 4 sharing. :D bguna.tapi ape2 pon sume asalnye dari pemakanan kita.kalu betul kita makan.insyaAllah xde mslh. :D

Intan Norhaida said...

jerawat ni kdg2 ikut hormon....bile dh sesuai ngan mana2 produk, stick to them..jgn tuko2....k..

iklan baris gratis said...

yang pasti, jerawat memang bikin gawat. hehe :)

--as-- said...

pernah cuba pakai dua tu, tapi tak berkesan dan makin teruk. so, pakai ajer la cuci muka beras buat sendiri atau gosok dengan limau. sekarang ni tengah cuba pakai aura maya, ok tapi mengelupas kulit muka..sabar jele

mudz abdul halim said...

kite pakai cetaphil jugak! doktor pakar kulit yang cadangkan.sebab cetaphil sesuai dengan semua jenis kulit.masa mula2 pakai rase tak selesa sebab dia bukan jenis foam,so tak berbuih.tapi lama2 jadi besttt.dan alhamdulillah kulit bertambah baik. better than dulu =D

ucupiza said...

tq for sharing cik putri..

cik nana said...

cik nana pun pakai t3 mycin. berkesan utk hilangkan jerawat degil.

Sheera Aya said...

cetaphil tu dgr2 ade jual kat watsons. tataula. btw, cetaphil tu doc mmg rekomen pakai tu kan. :)

Muhammad Emikajalil said...

Berape lamaa nk nmpk kesan ek cetaphil tu?

Ernie Widhyharti said...

cetaphil dah ada dijual kat watson n guardian :)

Anonymous said...

ada lg 1 sabun nama jf sulfur 10% yg sesuai utk kulit muka berminyak n jerawat tegar. Cuci muka 2x sehari. Kalu ada jerawat kat bdn pun blh apply. Hrganya rm7 ja kat farmasi. Lepas cuci muka dgn jf sulfur, sapukan mycin lotion kat muka. Insya Allah ok. Experience consult dktr

aya aina said...

cetaphil mmg bez la pkai lmbut je pipi pkai..so far boleh lmbutkan kulit..bez gak la..rugi sape xbli

the dull life said...

Hahaha. Kebetulan pergi watsons tadi beli t3 mycin dgn cetaphil. Balik dari rumah ingatnya nk tengok review t3 mycin tu sebab tak pena guna tapi jumpa entry ni. Tq ! Good entry

Anonymous said...

mana blh dpt iolum tu?? da puas cri xde pun..da try mcm2 oilederm,oilatum tp sume xkne sbb kulit gtal n kring,eczema..plizzz help