Monday, August 6, 2012

Kelawar Dan Berat

MANA SATU PUJAAN HATI?

Apa kena mengena antara kelawar dan berat?
Sangat berkait rapat dengan aku sekarang.
Kedua-duanya aku. Yes aku.
Persoalannya, apa hubungan dua perkataan ini?
Sabarlah, ni nak jawab lah ni! Haish...

Kelawar suka berjaga malam. Kan?
Atau lebih dikenali sebagai haiwan nocturnal.
Tapi kalau manusia suka berjaga malam?
Manusia nocturnal? Atau vampire?
Atau edward cullen? Phuii..tak sesudah. -__-

Se-dua-tiga menjak ni, aku tak boleh tidur awal.
Awal tu dalam lingkungan pukul 12 malam ke bawah.
Pukul 12 ke atas mesti terjaga.
Mimpi bermacam macam jenis mimpi yang datang.
Tapi takde pulak mimpi macam yang lelaki mimpi tu...
*Eheheh...

Kesimpulannya, bila tidur dah terbalik,
Malam berjaga, so nafsu makan tu meningkat time berjaga.
Bila lepas makan, baru rasa mengantuk tu ada.
Bila terus tidur lepas makan, automatik berat menaik.
Dan menaik, dan menaik, dan menaik..
Nampak tak permainan keji dia tu? Nampak tak?!

Tapi alhamdulillah start awal puasa kesihatan aku tak berapa baik.
Kenapa alhamdulillah?
Haiii...sakit tu kan penghapus dosa-dosa kecil.
Jadi dah lah puasa, sakit pulak tu.
Bertambah-tambah pahala free aku.

Dari hari pertama puasa selera semakin berkurang.
Sehari ke sehari, bila makan je muntah.
Makan je muntah, muntah je makan.
Takyah fikir lain, aku belum kahwin.
Dan aku tak buat benda keji sebelum kahwin. OK.

Badan aku senang turun naik.
Bila terlebih makan, badan naik.
Bila tak makan sangat, badan turun.
Aku pernah demam nak dekat seminggu tak makan makan.
Turun 4kg berat macam tu je..

Kalau seminggu je dah turun 4kg,
2minggu? 8kg lah kan?
Wah wah..sedapnya main darab darab je.
Eheh..taknak caye sudah.

Sekarang pun berat menurun gara gara ketiadaan selera.
Time study dulu pernah mempunyai berat 52kg.
Dengan ketinggian 154cm. T_T
Bayangkanlah..

Bila dah habis study,berat menurun ke 50kg.
Mungkin masa study stress sangat. Lepas tu makan je kerja.
Maggie, sosej, keropok, cokelat, maggie balik.
Bayangkanlah..

Then start kerja tak menentu bila dah habis study.
Part time je.. tapi part time pun..
Penat gila hengko! 9am-1am.
16JAM kerja. Makan pun tak menentu.
Sadis..sadis..time nie berat turun mendadak. 48-46kg
Cukup 3bulan kerja, orang dah start tegur aku makin mengurus.
Cewah! Tapi betul. Tak tipu..

Sekarang berat dah 45-44kg.
Insyallah lepas raya ni berat aku mungkin normal semula.
Disebabkan rendang, ketupat, lemang, tart nenas! Meleleh...
Hurmm..aku taip panjang lebar ni macam lah ada yang baca.
Balik balik aku sendiri yang baca.
AAK......

No comments: