Sunday, August 5, 2012

Tahun Ke-3

BERANGAN LAH KAU..


Pejam celik, pejam celik dah 15 ramadhan.
Alhamdulillah still boleh pejam dan celik semula.
Ada yang pejam tak celik celik.Innalillah.
Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
*Amin~

Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun 3 rupanya.
Ye, tahun ke 3 berpuasa bersama seseorang yang sama.
Selain famili dan kawan-kawan. Dia seorang yang sama. Sama.
Kalau panjang umur, insya-Allah beraya bersama juga.
Hurmm..satu peningkatan yang memberansangkan!

Sama ada aku yang dah pandai setia.
Atau dia yang bertahan dengan aku. *heheh
Eh aku setia okay! Sangat. *__*

Eh selama hampir-hampir 3 tahun ni,
Aku belum pernah membuat kunjungan kehormat ke rumah beliau.
Yang tak kehormat tu ada la.
Pergi sebab buat lawatan sambil belajar tengok kucing dia yang baru beranak.
Pergi sebab tunggu dia ambik barang dalam rumah.
Pergi tak kembali. *Joke -__-

Kira aku tak pernah pergi dengan niat untuk beramas mesra dengan parents beliau.
Atau pergi untuk makan biskut kering cicah milo.
Atau pergi beraya.
Atau pergi sesaje.
Belum pernah.

Jumpa parents pernah lah.
Parents kami pun dah bersalaman bersua 8 mata.
Cuma aku je belum sampai tahap kunjung mengunjung ke rumah beliau.
Segan mungkin.

Ada beberapa sebab. Tapi sebab utama mungkin..
Aku dengan beliau belum sampai ke tahap yang konfom jadi.
Means belum di ikat atau dengan kata lain tunang.
Segan lah bila orang yang suka makan buntut ayam bertanya.
"Tu siapa.tunang ke?blah3...."
Eh tak lah cik yam.Girlpren je. Macam tak manis pulak kan.

Then, relationship kami ni baru je menjangkau 2tahun 4bulan.
Semacam agak awal kiranya nak berkunjung ke rumah bakal mertua.
Tunggu lah bila memang dah konfom boleh panggil mak beliau mak kan.
E'eh.. *Blushing

Lagi satu,baju raya kitorang tak pernah pun sedondon.
Macam kapel kapel lain yang bajet you jump i jump tuuu..
Baju sama kaler pun tak pernah.
Baju kapel pun lagi lah jauh nak ada.
Yee..kitorang memang tak seromantik edward cullen dengan bella swan.

Tahun ni aku pegang dulu baju melayu raya beliau.
Sebab nak kena cari sepasang baju yang sama kaler jugak.
Kalau lah jumpa. Warna baju taknak yang pelik pulak tu.
Haih..

Misi mencari belum bermula. Harap harap jumpa.
Nak jugak merasa baju ala-ala pengantin baru.
Uhukuhukuhuk...
Chaiyok!

2 comments:

Azee Hana said...

handsomenye edwarr..tergugat tengok..haha..nway,,saya pon macam same je ngan awak,,x pernah berkunjung lagi walaupon dah 2 tahun lebih kenal..hoho..malu

Cik Putri said...

ahaa..takpe.biar malu.jangan taktau malu. ^^