Monday, August 6, 2012

Hati Mati

Pernah tak kau rasa..
Bila dibanding-bandingkan?
Bukan sedikit, tapi terlalu banyak.
Sampai diri rasa tak layak untuk hidup?

Pernah tak kau rasa..
Bila kesalahan kau diungkit-ungkit?
Silap yang baru akan dicampur aduk dengan silap lama.
Sampai diri rasa memang tak akan pernah baik?

Pernah tak kau rasa..
Bila semua yang dibuat tak pernah dapat sokongan?
Belum pun mula, semangat dah jatuh mendadak.
Sampai diri rasa tak akan pernah berjaya.

Pernah tak kau rasa..
Kata cacian yang tak pernah sudah?
Kadang melampaui batas yang telinga patut terima.
Sampai dengan tak sengaja air mata jatuh menitik.

Pernah tak kau rasa..
Permintaan kau diabaikan?
Tapi permintaan orang yang dah merasa,
Akan terus dapat, dan kau hanya dapat memandang.
Sampai diri rasa dipermainkan dan tak layak.

Pernah tak kau rasa..
Bila salah kau seorang yg sering terbuka di hijab mereka?
Walaupun kau nak menegakkan kebenaran,
Tapi orang yang salah tetap benar di pegangan mereka.
Sampai kau terdiam tak mampu nak berkata lagi.

Pernah tak kau rasa..
Setiap cerita kau tak diendahkan?
Hanya kau yang bersemangat bercerita tapi tak dipedulikan.
Sampai kau rasa kau patut simpan seorang.

Pernah tak kau rasa..
Pemberian yang kau terima diungkit-ungkit?
Kau tak mampu nak berkata apa.
Sebab kau sendiri yang terima.
Memang salah kau.

Pernah tak kau rasa..
Bila makanan kegemaran kau tak pernah diambil peduli?
Nampak kebudak-budakan.
Tapi apa kau rasa bila setiap kali kau makan dengan bersungguh,
Tak pernah nampak dek mata orang yang sangat rapat dengan kau.

Pernah tak kau rasa..
Walaupun kau tak makan berhari-hari,
Tak ada siapa kisah?
Tapi hanya diperli-perli.

Pernah tak kau rasa..
Bila kau sering dikutuk keji?
Semua keburukan kau diberitahu,
Kepada orang yang dibandingkan..

Pernah tak kau rasa..
Kau hanya boleh diam bila dikurang ajarkan?
Dengan seorang yang lagi muda.
Tapi tak pernah dapat tentangan sedikit pun.
Sebaliknya kau berulang dipersalahkan.

Pernah tak kau rasa..
Setiap kali dihukum kau hanya diam?
Tapi tetap nampak buruk,

Pernah tak kau rasa..
Air mata kau tak pernah kering.
Tapi tak pernah dipedulikan?


Apa kau rasa bila hati kau mati.

-MATI-

2 comments:

suweet kiwee said...

hukhuhuhuhuhu sedeh baca ....

Cik Putri said...

Memang sedih sesangat pun.huk3...