Friday, August 17, 2012

Alahai Ahso


Penatnya aku hari ni.. Mengemas untuk raya.
Pinggang sakit lah. Lai lai siapa nak tolong urut?
Yang mahram je. Yang bukan mahram apesal angkat tangan tu?

Semalam..
Pagi tak berapa nak pagi Encik Awak dah kejut.
Tiap-tiap hari memang tu pun kerja dia.
Aku kan bakal isteri mi-tali.


Siap-siap terus ke KTM Senawang.
Paling dekat dengan rumah aku. Jalan kaki pun boleh.
Aku ada mission dengan Encik Awak.
Mission yang hampir immpossible.
Mencari baju kebaya. Aku ni memilih ya amat.
Lepas tu nak cari yang sama warna dengan baju Encik Awak.
Lagi lah susah.. Susah... -__-"
Nasib baik Encik Awak sangat soft orangnya.
Sabar dengan karenah tak matured aku.
*Yerk,geli.


Sampai je kat kaunter nak beli tiket kena beratur dulu.
Sebab ada pakcik tengah beli tiket.
Tetibe ada sorang ahso potong line nak beli tiket.
Wah wah, bukan main pailang nampak..
Sheram neh.


Muka aku still boleh control lagi.. Tarik nafas, lepas...
Dalam hati aku dah bertimbun maki.
Ok,diam lagi.. Dia still taknak mengalah.


Sampai lah turn ahso tu beli tiket.
Yang sepatutnya turn gua beb!
Ahaa..ni part best. Abang ktm tu sound ahso tersebut.
*Aunty pergi beratur. Sekarang turn dia (aku)
Siap cakap "Budi bahasa budaya kita ye aunty"
Alala..sayang nye kat abang ktm! Muahx!
Eh,batal pose.


Betul cakap abang ktm tu.
Budi bahasa ni bukan percakapan je.
Tapi tingkah laku pun budi bahasa.
Tak kira lah apa bangsa pun.
We must respect each other. Kan?


Bagi aku pulak,aku jenis simpan grudge sikit.
Bukan sikit, tapi banyak. But. selagi orang ok dengan aku,
Aku akan lagi ok dengan orang tu.
Tapi kalau orang buat najis dengan aku,
Segala jenis najis aku baling balik.
Deal?


SAJE NAK TUNJUK BAJU KEBAYA IDAMAN HATI


E'eh..aku takde kaki!
Ok Chow~




2 comments:

LIA AZMAN said...

lawa kebaya tuh. hehe sesuai sgt.


cik putri comel, thanks follow mine. balas kunjungan & follow jgk yer

:D

cik nana said...

same la kebaye raye kite wane coklat gak. ;)