Saturday, August 18, 2012

Raya Tak Raya


Dah nak raya ke? Sekejapnya rasa..Eh apa rasa rasa. Tak pose ke?Hurmm tak lawak pun.. Tak payah lah gelak..


Aku tak eksaited pun nak beraya. Tak macam zaman kanak-kanak. Lepas bermacam krisis keluarga. Rasanya raya dah tak semeriah dulu. No more balik kampung arwah nenek since nenek dah tak ada. *Al-fatihah. Kampung arwah semestinya lagi meriah sebab siblings mama aku je ada 12orang plus minus yang dah tak ada adalah dalam 9 orang. Tu belum masuk sepupu sepapat yang dari dalam perut sampai lah yang secomel aku ni. Eheh..


Kampung nenek memang seronok even baik sebelah mama or ayah,aku tak ada lansung sepupu yang sebaya. Tak boleh nak bergosip, nak main tumbuk-tumbuk, baling-baling bantal, girls day out, fotogedik sesama, cubit-cubit pipi sambil cakap comelnya kau ni. *Kononnya.


Masa kecik dulu boleh lah. Tu pun dengan sepupu lelaki. Siap mandi sesama lagi. Tetttt... Dah aku ni masa kecik terlebih ekstrem. Budak perempuan main memasak, aku main perang-perang lepastu bom hancurkan set memasak geng perempuan. Ahaha. Sakainya.. -__-"


Setiap batang pokok durian, pokok jering, pokok rambutan kat kampung tu kenal aku. Setinggi-tinggi pokok aku sanggup panjat sambil minum air gas dalam plastik yang beli kat kedai kecik depan rumah. Aku ingat lagi, sepupu aku boleh telan air gas sekali hadap je. Tekak dia memang dilahirkan kebal.


Start darjah 3 aku dah terer main mercun cikai cikai ni. Bunga api pun dah pandai alter. Terer tak tere wa cakap lu. Aku rasa semua pun pernah main bunga api yang tangkai dia belang putih merah tu. Aku ada sejarah dengan bunga api jahannam tu. Orang lain just bakar muncung then tunggu sampai habis. BORING! Aku try yang lebih power, patahkan bunga api tu jadi lagi pendek, bakar, then baru lepaskan. Sambil gelak-gelak tengok bunga api kejar orang. Hak hak hak..


Gelak setan aku tak tahan lama.. Kejap je Tuhan dah bagi balasan. Time nak mengenakan next victim, aku tak sangka aku lah mangsa sterusnya. Bakar punya bakar bunga api, tak sempat nak lepaskan kat orang dia dah terbakar siap siap dalam tangan aku. Cilake.


Mula-mula boleh gelak lagi walaupun tak lawak. Sakit lah gile! Tiba-tiba pipi rasa panas ada air mata. Suara pun macam dah bunyi meraung. Cecepat balik rumah, bubuh minyak gamat. Malam tu aku jadi ghost rider tak siap sebab tangan je terbakar. Nasib baik yang lain tak terbakar. Moralnya jangan aniaya orang.

*Agak-agak dah boring bakar mercun,boleh try bakar awek pulak macam mamat ni buat. #JOKE!


PAK YA PUN NAK BERAYA

SUPERMAN MALAS NAK FLY SO DIA NAIK FLIGHT BERAYA

PALING TAK BEST BILA RAMADHAN DAH HABIS T_T
*Masa kecik time ramadhan je aku berani g toilet sensorang sebab aku tau benda ni kena ikat.


SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR DAN BATIN.

*Aku yang tengah-tengah dan aku adalah kakak sulung. Sekian.


9 comments:

HaiZul RadZi said...

start2 crita mnarik.. tpi bile da msuk ujung2 mngarut+cam xde kaitan la plak ngan pgkal crita.. haha=D.. anywy, tknik pencritaan yg oh sem.. SANTAI!!
#mood pagi: buang tebiat rjin plak bca blog org..

A said...

selamat beraya kakak ^^v

just call me "nero" said...

buaye 2 mmg klakar..hahha...datang raye ekk...:D

just call me "nero" said...

kakak ketot ekk..hehehe..:P

aniqbukhary said...

Sedih meninggalkan ramadhan.. Apepon selamat hari raya diucapkan ^_^

man said...

pilih kekasih kena hati2..hehehe

Norain Aziera Binti MoHd AzMi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

This is the right web site for anybody who would like to understand this topic.
You know a whole lot its almost hard to argue with you (not that I personally would want to…HaHa).

You definitely put a new spin on a subject that's been written about for a long time. Excellent stuff, just great!

My website ... social bookmark

Anonymous said...

Heya i'm for the primary time here. I found this board and I to find It truly helpful & it helped me out much. I am hoping to provide one thing again and help others like you aided me.

Feel free to visit my page Microsoft Office Gratuit