PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Saturday, June 2, 2012

KAHWIN??!!



Assalamualaikum. Ahah! Pagi-pagi ni on laptop on blog ternampak 1 comment yang buat aku tersentak la jugak. Comment by Encik yang berwarna ungu (faveret kaler aku!). Ini blog beliau ENCIK UNGU. Tiba-tiba cakap pasal kahwin? Honestly sekarang memang tak terfikir pun pasal kahwin. Bukan tak terfikir lansung, tapi tak terfikir nak kahwin sekarang dan dengan umur sekarang. Walaupun kalau zaman mak ayah kita dulu, umur macam aku ni dah boleh heret anak sulung yang berumur 5 tahun ke taman dah. Ahaa..aku ada teka teki! AGAK-AGAK BERAPA UMUR AKU?? Jawab,jawab! Orang pertama yang dapat jawab dengan tepat dan dengan satu jawapan sahaja, aku akan review blog dia siap buat entry khas lagi! Aku serius ni beb! :p



Kadang-kadang aku takut, malu, segan bila terfikir pasal kahwin. First sekali sebab aku segan nak bersanding depan orang ramai! Jujur weh! Aku tak reti pakai high heels, aku risau tengah syok-syok jalan depan rakyat jelata (raja sehari kan..) tiba tuan puteri nya terpele-ot. Malu, malu! Aku pernah try sekali keluar pakai wedges mama aku. Sampai-sampai je shopping complex, aku straight beli selipar seploh hengget dan teruskan berjalan dengan machonya tanpa perlu cover-cover ayu!



Lepas tu, cakap pasal kahwin ni aku risau aku tak ready nak pikul tanggungjawab lagi. Takut terderhaka dengan suami. Sebab aku ni hot-tempered! Nanti makin menimbun la dosa kering aku. Tak sanggup nak tanggung. Aku perlukan kaunselor untuk anger management! Anyone please? -,-



Then, aku tak reti nak handle budak-budak. Bukan tak reti mandikan baby, susukan baby, suap baby makan. Tak.. Aku dah ada sijil berdaftar untuk tugas-tugas macam tu. Serius! Cuma aku tak reti nak handle budak yang menangis, yang suka meragam tak tentu hala, yang suka histeria tiba-tiba bila tak dapat apa yang dia nak. Haa, budak-budak macam ni memang aku tak reti nak handle. Nak berborak dengan budak-budak pun aku tak reti sebenarnya. Aku tak paham dunia diorang. Mungkin dunia kanak-kanak aku lebih brutal. Kalau aku dah jadi ibu nanti kepandaian meng-handle budak tu akan datang dengan sendiri kot ek?



Eh dah lah,aku tak reti nak menaip panjang-panjang. Lagipun tanpa wayar laptop, dan bateri laptop yang semakin nazak apa lah maknanya on9 berlama-lama tanpa sempat publish entry. Wasalam..

12 comments:

Unknown said...

24 tahun. hihi.
saya datang sini blogwalking~

Unknown said...

comment tu berjiran ngan aku wakaka
asenya umo 16 tahun kot

Masha Meisters said...

agak2 dalam 28thn..hehe

anamizu said...

hai syuhadah.. errrr berape umor ea?? errr maybe 2puluhan smthing agaknye..hehe


slm kenal,
cik ana

Unknown said...

23 tahun kot..

Unknown said...

hehe..kalau dah kawin pandai la tuuu..eceh.. saya pon belom kawinnnn!

Salam perkenalan.
Ur Profile picture wat akak terkejut jeee..hahaha

Unknown said...

22 y/old.. like me.. hahaha.. ^^

Anonymous said...

Best kot kawin...

Unknown said...

wawa rasa umur putri dalam 23 tahun kott .

AmySyahiera Malik said...

umur putri 25 kott ,
mule-2 memand tak pandai sys ,
bile da kawen , automatik jadi pandai :D

Bungasunti-Maternityandnursing said...

hahaha lawak la.. umur mungkin 21 kot :)

E'in said...

umo awak 22.. :)