PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Jururawat Wahai Hero Dunia!

 Aku in uniform macam ni lah.slim kan?bhahah


Tak ramai yang tahu bahawa nama aku tersenarai dalam senarai jururawat terlatih lembaga jururawat malaysia. Memang aku tak mahu sesiapa pun tahu sebenarnya. Tiap kali orang tanya,kau study mana?ambik course apa. Dengan senang aku menjawab, medical field,tapi tak perlu lah tahu course apa. Yang penting aku tak pandai macam orang lain yang megah dengan UiTM,UKM,UPM,blah3..

Walaupun pada asalnya aku pun bakal menamatkan pelajaran di UiTM diploma in science (maybe dah habis pun sekarang),tapi aku tolak mentah2. Tak tau kenapa. Otak tak matang,padan muka. Kerja sebagai nurse sangat-sangat mencabar. Aku ulang "sangat-sangat". Nak kata kuli pun ye. Bahkan lebih dari kuli. -,-

Aku pernah dengar seseorang yang berjawatan cikgu melahirkan rasa "untung lah jadi nurse,kerja tak penat". Kalau ikut kelahiran rasa aku pulak,aku dah bubuh cili boh pelbagai rasa di mulut beliau supaya beliau tak mengulangi kesalahan fakta dan kata kerja nya.

Kat sini aku boleh senaraikan tugas2 seorang jururawat bermula 7.00 pagi.(kalau shift pagi lah ye) Jika anda manusia normal yang tahu erti penat nak mampus, anda akan paham perasaan seorang jururawat dengan hanya membaca tugas kami.

5.30 a.m : Bangun,mandi,solat,bersiap,buat sarapan untuk keluarga (bagi yg berkeluarga).

6.30 a.m : Gerak ke hospital.

6.50 a.m : Sampai. Punch card. Sampai di wad,betul2 kan kedudukan pesakit,drip,sambil2 ke kaunter nurse untuk letak bag. (tak duduk)

7.00 a.m : Mula kerja. pass report (dengan kata mudah dan senang difahami, "laporan pesakit dan penyerahan tugas oleh nurse shift sebelumnya"). Tempoh masa bergantung kepada jumlah pesakit. Kalau ramai,makin lambatlah habis.(tak duduk)

7.30 a.m : Tukarkan cadar pesakit. Kebanyakan nurse sekarang kurus2 kecik2 aje. Mengikut pengalaman aku lah. Yg bersaiz XL dan ke atas kebanyakannya nurse hampir pencen. huk2. Jangan terasa ye auntie2 nurse. Dengan saiz badan yg tak seberapa,tak tau mana kuasa yg datang,kitorang mampu angkat patient yang for sure berkali2 ganda beratnya.kalau diamalkan selama beberapa tahun insyallah akibatnya sama dengan anda memakai kasut tumit tinggi. yes,sakit belakang! Then sponging patient (mandikan pesakit atas katil),ada yang bawak patient ke toilet untuk mandi,tukarkan pampers. (tak duduk)

8.00 a.m : start cek vital sign patient. (normally 4hourly,tak termasuk yg hourly,2hourly,n so on).vital sign include,cek blood pressure,pernafasan,suhu badan,n pulse rate.kalau nak betul2 complete,kena semak n catitkan skali apa yg patient makan,sukatan air yang patient minum,makan apa,berapa banyak patient mebuang.see! kat rumah pun belum tentu korang jaga family korang mcm tu kan??(still berdiri n tak duduk)

9.00 a.m : sediakan ubat untuk patient,ada yg ubat perlu ditumbuk,ada yang injection,pil,segala macam jenis ubat.sukatan mesti betul,jenis ubat lagi lah kena betul.atau tak,kami boleh diheret ke mahkamah.sambil2 tu,still dengan tugas2 lain,yg nak berak,kena basuh,yang nak tukar pampers sepuluh minit sekali pun ada.suapkan patient makan. (for sure lah tak duduk)

10.00 a.m : ikut doctor round.time nie nurse mmg kena betul2 ready sebab anytime doc boleh tanya mcm2 pasal condition patient,ubat dah bagi ke belum,or apa2 pasal patient.kalau tak dapat jawab,akan dimaki 2x berturut2.pertama oleh doctor,kedua oleh sister,kalau matron join venture skali nasib badanlah..

11.00 a.m : start tulis report untuk patient for the whole shift.tak boleh salah fakta,tak boleh liquid. kalau tersalah fakta mmg nahas. boleh dihentam selama setahun -,-

12.00 noon : start cek vital sign again and again. -,-

1.00 p.m : buat lah ape2 yang patut.tapi yang penting tak duduk.oh lupa nak selitkan hantar patient ke klinik,x-ray,cek mata,telinga,segala macam lagi lah.

1.50 p.m : pass report untuk shift petang.

2.00-3.00 p.m : balik! tapi untuk yang dah settle kerja je ye..yg tak settle duduk lah kat wad sampai pukul 9 mlm pun.

eh,aku lupa lah nak story bila pulak kitorg makan kan?haa..kitorg takde spesific lunch hour ke,dinner hour ke,any hour lah. memang takde. kalau nak makan,pandai2 lah curi masa.

sekarang nie berapa ramai je yang sanggup basuh punggung mak ayah sendiri? aku bet,kalau dibayar sama gaji dgn yang para nurse nie dpat pun,belum tentu ada yang sanggup kan?lebih rela terjerit2 panggil nurse yang jauh sekilometer tu tukarkan pampers mak ayah sendiri.tu takpe lah,dah memang tugas kitorang.tapi bila ada yang tak puas hati,cepat2 report pihak atasan.kalau boleh nak nurse yg terlibat tu sampai kena buang kerja! tapi adakah kau2 sedar kau orang tu sendiri nak sentuh mak ayah sendiri yang sakit n busuk tu pun konon2 geli. siap speaking london macam kitorang tak paham. ada yang lebih dasyat mengaku diorang yang bayar gaji para nurse! tanpa disedari dia hanya menebeng di hospital kerajaan! hahaha. lawak betul...

aku pernah jugak ada pengalaman sorang anak tu baru terhegeh2 nak datang lawat ayah kandung yang dah lama terlantar sakit tanpa seorang pun peduli.tapi sayang seribu kali sayang,lawatan sambil belajarnye tak bawa apa2 makna sebab ayahnya dah meninggal beberapa hari sebelum hari lawatan beliau.meraunglah si anak dengan sekuat hati.aku tak kesian pun.sebab mana dia masa ayah dia perlukan dia??mana??

time raya tak payah cakap.nurse2 yang dah lama kerja pun belum tentu dapat cuti.even aku tak pernah lagi rasa,tapi cukup dengar pengalaman nurse2 senior.

walaupun still ramai lagi yang akan cakap "owh kerja nurse je...","eii tak geli ke jadi nurse?","tak kotor ke pegang nais,darah,nanah?".tak kurang jugak ada yang cakap student nurse ni perampas suami,boipren,tunang orang.walaupun aku tak nampak apa kaitannya dengan pekerjaan nie,tapi aku membuat kesimpulan,bahawa nurse nie sexy sebenarnya,dan ayu lagi2 dengan uniform kami.auuwww! tak kisah lah tu semua sebab para nurse boleh menjawab dengan hati yang senang "whatever,pahala kami Allah yang bagi",dan cukup sekadar ucapan terima kasih berserta senyuman untk hilangkan penat lelah kami. :)

semua yang kat atas nie adalah fakta secara random.banyak lagi tugas2 lain yang tak disebut.tak lupa juga ucapan untuk mama dan bakal mak mertua aku yang juga salah seorang hero dunia.eh,selamat hari ibu jugak untuk mama n mak!hihih :p

SELAMAT HARI JURURAWAT WAHAI HERO DUNIA!! :))



3 comments:

CikFarra said...

im totally AGREE ! mereka tak rasa kepenatan dan kepuasan yg kita rasa masa merawat pesakit , hee

Selamat Hari Jururawat :)

Unknown said...

yes saya sangat setuju 100%!
terima kasih SN. entry kamu sangat bermakna buat cik. cik rozi bulan ni start kije. tak tahu hosp mana. doakan segala urusan dipermudah Allah. Anyway, gud luck tok kita berdua :)

Addin Liyana said...

seriously..penat giler kot keje nurse nie..lau dieorg cakap mase 7 jam tu sekejap tapi kami yg jdi nurse ni bagai nak gila x menang tangan kot.
kepenatan melanda..haish..huhu

kerajaan lagi penat..sama lah cm kat swasta..salah sikit,name naik court..pada hal salah dieorang pas tu tak nak ngaku..

tahu lah kami nurse swasta tapi agak2 lah..geram je..

kadang2 terasa nak gantung je uniform nurse..taubat nak jadi nurse..haha