Friday, September 21, 2012

Resipi : Meatball Blackpepper Sauce

Assalamualaikum. Hari ni aku try resipi baru lagi. Disebabkan aku teringin sangat nak makan meatball dgn blackpepper sos, aku pun try la google segala tok nenek resipi yang ada kat dunia maya ni. Semua resipi aku rasa macam tak kena dengan selera aku. Sudahnya aku campurkan semua resipi dan tambah sikit formula aku. Terhasil lah sos yang aku nak. Theheheh..


Resipinya agak banyak bahan yang digunakan. Tapi alhamdulillah sukanya tengok MSAO makan. Tak tahu lah sebab nak ambik hati aku ke kan sebab takut aku mengamuk orang condemn aku masak. Hahah. Asalkan dia suka ok lah. Aku pun puas hati yeay! So ini resipinya.


Bahan-bahan

1) Meatball ramly atau marina. (Dua meatball ni je yang sedap aku rasa)

2) 3 biji bawang besar dipotong dadu.

3) 2 biji tomato dipotong dadu.

4) 2 sudu besar butter.

5) 1 1/2 sudu tepung gandum.

6) 1 sudu sos cili.

7) 1 sudu kicap masin atau manis.

8) 1 cawan kecil susu segar.

9) 1 1/2 sudu sos tiram.

10) 2 paket serbuk mushroom soup vono.

11) 2 gelas air. Bergantung kepada kepekatan kuah.

12) 1/2 kiub pati lembu atau ayam.

13) 2 sudu serbuk lada hitam.


Cara-cara memasak

1) Goreng meatball tanpa minyak dan ketepikan.

2) Panaskan kuali masukkan butter.

3) Masukkan bawang dan goreng sehingga naik bau dan layu. Lepas tu masukkan tomato.

4) Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga warna kekuningan.

5) Masukkan susu segar dan semua sos serta kicap yang ada.

6) Masukkan kiub pati lembu dan air then kacau bagi rata.

7) Masukkan serbuk vono.

8) Masukkan serbuk lada hitam. Kalau pekat sangat masukkan air. Tak perlu letak garam sebab bahan-bahan dah ada rasa masin.

9) Siap! Lepas tu boleh hidang dengan meatball. Nak lagi best hidang dengan fries sekali.


AKU LUPA BELI FRIES -__-"

*Terima kasih MSAO sayang sebab bagi semangat untuk gua terus belajar memasak! Go go super wifey to be yeah!! ^^

12 comments:

cik nana said...

arghhh sedapp nye. nak cuba lah jugak. ;)

eitcha,IM said...

eee! sedapnya meatball ni...wah..dah bulih try di rumah ni :)

aisya said...

nak try tp duduk hostel ni nk masak cmne.. huhu

Zharif Azis said...

nampak sedap sangat >____< mesti cuba nie . thanx for sharing ^__^

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

nampak mcm sedap :D

Wawa Mohamad said...

wah.... sedapnya, terasa lapar balik. boleh cuba nih and thanks for sharing ;)

Sanji Ngatmi said...

makanan ?? errr .. "

najihahfara said...

awww sedapnya

Aida Omar said...

Serius aida tak reti lagi buat kuah blackpaper nie.. pernah try tapi mcm kurang sedap, nak try yang kamu punya pulak la. kot2 menjadi ke kang kan. hehehe... nice share dear :)

Alynna said...

wahh, nak sama macam meatball IKEA dah..
huuu ~
boleh try jugak nih buat kat rumah.. ^_^

Sarah Hernyzar said...

beli meatball kat ikea dgn sauce berry dan fries. hangus duit ambe. haha layan gile meatball.. :p

Cik Violet Sofia said...

ngaaa... nak la makan meatball jugak... cedapnye...