PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sunday, October 27, 2013

Orang Islam Beri Anjing Makan. Salah ke?



Assalamualaikum. Dah lama sangat tak update blog. No idea dan malas sebenarnya. Standart lah kan ada masa rajin, ada masa malas idea mencurah-curah pun memang tahun depan jugak lah update blog.


Merujuk kepada tajuk, sorry tak habis-habis ulang benda yang sama. Tapi aku just nak luahkan apa yang aku rasa as pencinta haiwan. Sebagai pencinta haiwan bukan lah setakat sayang kat kucing je,or burung je, or spesifik kepada satu-satu jenis haiwan je lah. Tak..orang yang betul-betul sayangkan haiwan je akan paham macam mana rasa sayang kat semua jenis haiwan tak kira apa jenis haiwan pun.


Bagi aku pulak aku cepat kesian kat kucing jalanan dan anjing jalanan. Sebab dua haiwan ni yang paling senang kita nampak berkeliaran kat sekeliling kita. Bila ternampak diorang tengah cari-cari makan tu dapat bayangkan macam mana diorang usaha untuk teruskan hidup.


Video kat atas ni memang aku. Aku tak tahu siapa yang upload kat youtube. Tapi tak kisah lah selagi tak mengaibkan aku. Kat bawah ni caption yang buat sesetengah manusia melenting. Yes aku ada sebut anjing tu tak haram. Sebelum kutuk aku, bagi dalil yang mengatakan anjing tu haram. Simple as that. Bila aku tanya mana dalil takde pulak jawapan.




Tapi alhamdulillah, dalam banyak-banyak manusia yang tertutup minda tu banyak lagi yang bagi support. Terima kasih banyak-banyak. Sangat-sangat hargai. Sekurang-kurangnya aku boleh tau ramai lagi rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka dalam hal ni. Tak macam jran-jiran aku. -..-"


Antara komen negatif yang aku dapat dan aku boleh jawab:-

*Kenapa upload video ni? Nak menunjuk-nunjuk ke??

-Tak, aku upload bukan nak menunjuk-nunjuk. Tapi untuk buka sikit fikiran sempit sesetangah orang melayu terutamanya yang anti sangat dengan makhluk Tuhan yg satu ni. Yang dah didik anak-anak "Eh jangan dekat dengan anjing, nanti dia gigit, anajing tu kotor, haram sentuh!"

Why not you all as parents bagi contoh yang baik untuk anak-anak? Tak salah kalau taknak bagi anak tu dekat dengan anjing ni,tapi bagilah nasihat yang positif. Anjing ni makhluk Tuhan jugak, kita kena sayang dia, bagi dia makan sikit kalau ada rezeki lebih, tapi kita tak boleh bela dia sebab dia najis. Ajar je cara sertu. Tak susah kan??


*Kenapa benda ni pun nak kecoh? Bila apek tu bagi anjing makan takde siapa pun nak kisah. Tapi perempuan ni bagi makan nak puji ebih-lebih macam bagus sangat.

-Yang ini aku tak jawab sebab ada yang dah jawabkan. Sebabnya berapa ramai orang islam sanggup share rezeki dengan anjing? Apek tu dah jadi biasa sebab non muslim memang ramai yang bela anjing.

Kita orang melayu sendiri yang buat benda ni nampak pelik. Padahal benda ni semua orang pun boleh buat. Buat baik kat haiwan, tak kira apa jenis haiwan pun tak susah pun sebenarnya. Kita sendiri yang pilih untuk hina haiwan tu, pukul dia,bunuh dia.


*Upload video ni nak bagi sesama islam bergaduh ke?
-Kenapa mesti bergaduh? Kejadah aku upload video nie nak bagi orang bergaduh? Bergaduh tu datang dari sikap individu tu sendiri. Sekian.


Sorry panjang lebar sangat. Banyak lagi sebenarnya ni. Tapi yang lain tu biarlah dulu. Wasalam. :)

9 comments:

Anonymous said...

tak la. anjing tu tak haram. dalam ISLAM pown ada mengatakan boleh bela anjing. asalkan tak melanggar syarak. dan sebab2 yang mengharuskan bela anjing nie. ada je. pada mereka yang kata anjing tu haram suruh diorang search dalil nakli dlu sebelum nak letak sesuatu hukum tanpa sebab musababab yang kukuh.

Unknown said...

awak.. suka dgn haiwan ke :p

Din said...

saya pon selalu bagi anjing liar area rumah saya ni makan.tak pernah jadi isu pun.anjing pun makhluk Allah jugak

cikputri said...

asha : yup,bila minta dalil,nas or hadis takde siapa nak jawab.tau menuduh je.

Areqil : ye.suka sangat.:)


Din : semoga murah rezeki. amin..:)

Izzaty said...

anjing tak haram. cuma dalam islam, bulu yang basah atau gugur, air liur (dsb) anjing tu, yang haram dan bila kita terpegang, kenalah samak. bela anjing pada saya tak digalakkan kot, sebab bulu-bulu dia yang gugur tu mungkin akan melekat pada pakaian. bagi makan pada anjing pun satu perbuatan yang mulia. kan ada cerita sorang perempuan kafir yang bagi minum anjing dapat masuk syurga? ;)

Aefa Aerisya said...

kat tempat aefa, bg makan anjing yg berkeliaran tu perkara biasa. anjing ni kalau dia lapar dia lebih aggressive. kucing pun mcm tu.. ape salahnya bg dorang makan kan. kalau tak mampu bg mereka kenyang pun cukup la sekadar untuk isi perut anjing n kucing tu..

Anonymous said...

Bela anjing utk jd pak guard digalakkan....

Jevelle said...

Very nice and mulia muslim girl we have here...

Hidup as MUSLIM..not as MALAY. I think that's more important. You have a true MUSLIM MIND. Many people out there are not purely think and practice correctly...they follow own culture more than what are taught in Al-Quran.

Anonymous said...

Ni pengalaman saya. Dalam kereta saya mesti ada botol makanan untuk kucing dan sebotol lagi untuk anjing. kalau saya ternampak anjing atau kucing liar, saya akan beri mereka makan. Saya tak sentuh pun mereka. Hampir 2 tahun saya melakukannya, Alhamdulillah, saya dinaikkan pangkat dan gaji naik seribu lebih di zaman ekonomi sekarang ni. Mungkin dalam gaji saya ada hak mereka. Yang penting ikhlas dan terus berbuat baik kepada semua makhluk tuhan.