PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, April 22, 2013

Sudah 3 Tahun. Tapi tolong jangan tanya eh?

Assalamualaikum. Malas nak menaip sebenarnya sebab menaip dalam telefon. Telefon pintar tapi bateri nya tak setanding dengan kepintaran telefon tu sendiri. Jadi kalau typo kronik berleluasa sana sini harap faham ok.

Tak payah lah nak berkakidimah panjang jela kan. Ye, 3tahun tu usia kami "berkawan" bak kata orang tua-tua. Perkataan berkawan lebih manis rasanya. Sebab tu mereka yang tua lagi selesa guna perkataan "kawan". Mungkin lah. Cuma tanggapan serkap jarang.

Bukan sengaja nak menunjukkan kepada umum tahap pencapaian ni. Tapi naluri perempuan normal kan. Suka share perasaan. Tak kira lah sedih,gembira,biasa-biasa,kadang tu time tak ada perasaan dengan magik boleh share jugak. Macam mana tu?

Aku tahu tak ada yang peduli sebab tu aku coretkan di sini. Sebab kalau aku ceritakan pada dunia sekali pun tak akan ada yang betul-betul memahami. Faham tak? Tak apa lah, aku faham pada yang tak faham tu sebab kadang tu aku sendiri pun tak faham.

Kalau lepas 3tahun baru nak cakap tak sayang pembohong terpaling besar lah aku tu. Sebab aku bukan jenis yang suka menunggu. Aku pernah bilang sedari awal rasanya. Aku bukan penyabar manusianya. Manusia tak penyabar dengan menunggu setia bagai bumi dengan ruang angkasa. Tapi bila dua benda tu jadi satu maknanya dia serius. Faham? Hurmm..





b





Jujur ini bukan kali pertama aku menjawab soalan serupa. Rasa nak di amukkan pun ada. Tapi macam aku taipkan tadi. Orang tak faham dan takkan pernah faham. Siapa je yang taknak halalkan hubungan? Siapa? Kalau ada yang angkat tangan tu memang kurang bertamadun. Bajet macam Adam Levine yang lebih sukakan no string attached? Phuii.. sila ambil sorang setepek hadiah likat ni.


Boleh aku war-war kan, yang rezeki aku tak macam kau orang, tak macam dia,dia,dia tu. Mungkin jugak Tuhan nak aku tunggu sampai satu masa aku dapat yang lebih baik? Atau mungkin jodoh aku lambat sikit dari orang lain. Lagipun aku belum cecah 25tahun pun. Boleh relax lagi lah kan? *Walaupun sebenarnya dah penat. Penat sebab tak boleh nak tutup mulut orang. Orang asak kiri kanan sebab dah lama berkepit. Lagi sekali aku ulang sampai muak. Orang lain tak pernah faham. Masalahnya yang timbul sekarang adalah sebab kami kaki berkepit. Betapa cilake letihnya aku nak elak.


Tolak soal nikah, orang ungkit soal ikat pulak. Kalau lah ikat tu sesenang ambil tali ikat kat jari setel. Aku lah orang paling bahagia atas muka bumi ni. Walaupun sebenarnya taklah susah sebab aku bukan lah jenis yang mintak hantaran 20 dulang berbalas tembakan atau cincin sampai jari kaki. Datang sehelai sepinggang bawak cincin tikam 20sen pun aku terima. Siapa sudi sekarang? -..-


Adat Melayu kita yang menyusahkan aku sekarang. Dan pemikiran ortodoks sesetengah manusia yang takut ikatkan anaknya berlama-lama. Takut tak manis dipandang. Habis tu biarkan aku macam ni manis bak gula tebukah kalian? Manis ke aku tanya sekarang?! Jawablah!!


Aku yang tersepit sampai satu tahap aku fikir aku mungkin akan hentikan sendiri cakap-cakap orang. Hentikan hubungan. Henti teruskan harapan. Mungkin itu yang boleh tutup mulut orang daripada cakap soal ni dan aku tahu lepas tu akan keluar cakap-cakap lain pulak. Sekurangnya aku boleh terima tu semua dengan jawapan tak ada jodoh. Ok. Diam.*Menangis.

6 comments:

Cik Nor said...

sabar itu yg terbaik..:)

Anonymous said...

Putri. Jangan dipersoal kenapa jodoh org tu cepat kenapa jodoh diri ni lambat. Kenapa bestnya dia dpt rasa lengkapnya hidup sorang perempuan kenapa diri ni blm merasa. Percaya pada allah, percaya pada kuasa doa. Jodoh tu urusan allah kan. Andai ianya dah sampai utk putri dan dia, sesaat pun seluruh isi alam tak kan melawatkannya. Allah blm beri apa kehendak putri sbb allah beri apa keperluan putri dlu. Berdoalah putri moga allah cukupkan diri dgn apa yg terbaik sbb yg elok sempurna adalah dari allah jua. Take care dear ;)

Sharz said...

sabar la cik putri...nasib kite same..kalau dikira 8tahun gak kene tunggu sampai kawen... :)

Unknown said...

blh sy guna gnti diri kau, dan aku..?
kau jadi diri kau sendiri. cuba kau hidup tanpa terlalu memikirkan kata2 orang yg tak berfaedah. jangan terlalu difikir. hidup dgn cara kau sndiri, tpi jgn smpai lepas laku, kau tahu mana baik, mana buruk. kau islam kan, ikut adat islam, jgn terlalu fikir adat melayu yg kadang membebankan itu. islam itu mudah dan indah, kenapa harus disusahkan dengan adat..? aku sendiri tk pernah fhm tntng ini. moga kau berhasil, kerana hakikatnya aku yg ckp lg mudah dari kau yg rasa. salam kenal.

DILA ELLA said...

kita senasib..mulut orang sekeliling memang kita tak boleh tutup.sabar ya..

Aida Ismail said...

We share the same feelings. Sis dah 2 tahun pun rasa macam hmm.. i dont wanna wait no more. Umur pun dah 24 kot. Tapi...mungkin belum rezeki. Sabar je la yang boleh. :)