PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday, February 20, 2013

Wishlist Tertangguh

Assalamualaikum. Lamanya tak update blog!! Bukan tahap berhabuk lagi ni,dah tahap rumah tinggal dah. Kalau blog, jadi blog tinggal lah ek? Apa-apa je lah. Janji aku tak pernah terfikir pun nak pinggirkan terus blog tersayang ni. Pinggirkan kadang-kadang tu mungkin lah kot. Huu..


Kenapa rasa macam banyak sangat wishlist tiba-tiba terjah dalam otak ni?? Sangat menyeksakan tahu! Kalau kumpul-kumpulkan dah boleh buat hantaran kahwin dah. Aku ni pulak dah lah jenis yang bukan penyabar orangnya. Kalau rasa nak tu, dan dan tu jugak nak sebat. Kesian duit dalam bank nanti. Kurus je tak ada isi perut. Baru isi bagi kenyang sikit dah lapar balik tak sampai tengah bulan. Sob..sob..


Antara wishlist yang teridam sangat dek hati yang gatal-gatal chickenpox ni..

#New casing for my Galaxy note.
Tak suka flip casing. Lagi suka silicon case yang cecomel gitu macam aku. Phuii.



#New comforter set for my super single bed.
Aku pakai katil single je dah nama pun single lagi kan. But not available yee..



#Perfume body shop indian night jasmine.
Tu lah,merenyam lagi masuk kedai perfume kan dah termengidam. Padahal perfume sedia ada ok je. Ni semua saje lah ni! Mencik tahu.



#Wallet.
Nak tahu kisah sadis tak? Sebenarnya aku dah 4tahun tak tukar-tukar wallet. Kalau bahasa yang aku selalu guna, wallet aku tu dah gahai (jahannnammm) senang cerita. Aku pulak jenis yang suka wallet simple je. Wallet macam jantan tu. No flower flower,no pink pink,no kalerful kalerful ni. Cuba tengok wallet boipren or laki korang tu, macam tu lah wallet aku. Simple. Tapi sejak-sejak dah ke alam kewanitaan sikittt ni,teringin lah pulak nak gegedik pakai wallet ladies sikit. Macam ayu-ayu je bawak wallet comel-comel ni kan. Wah gitu..Actually aku dah round serata tempat cari wallet yang berkenan dek hati. Memang dah jumpa,sekali tinggal yang display je! Sedddehh aku. Rasa nak nangis je. Yelah, bukan senang aku nak berkenan kat benda alah bernama wallet ni. Last-last dah jumpa tu tinggal stok yang dah diraba orang je. Kalau aku sorang je yang raba takpe lah jugak. Ini tak berapa ramai kuman dah lekat kat siu. Wuuu..

Hati..sila sabar ye. Dapat gaji nanti kita pergi membeli-belah tingkap ok!*Window shopping. Then bila dah ada yang berkenan, kita hangkut semua bawa balik rumah biar mama mengamuk sebab shopping tak hengat donia. Masa tu boleh lah tadah telinga dengn hati yang senang dan gumbira sebab aa yang dihajati dah ada depan mata. Tapi harus diingatkan juga ye wahai hati jangan sesekali nak menyesal pulak lepas tu bila dah pokai. Sekian Wassalam......



3 comments:

Athirah said...

hmmm.. comforter baru ea? cadangan yg baik tu,,hik3..

p/s:
naik taring lagi nak berjoli,,haha

Jie said...

Ade 2 wishlist yang same, hehehe wallet pun macam laki punyee jugakk, hehehe

Unknown said...

sama. mencari wallet jugak, tp tak jump lg yg brkenan d hati..