PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday, January 9, 2013

WARKAH BUAT PEMILIK HAIWAN

Kehadapan tuan kami yang dikasihi,


Diharap kehadiran warkah ini tidak menggangu anda. Kami sekadar ingin meluahkan apa yang tersirat dihati dan kami amat ingin sekiranya anda mengetahui rasa isihati kami. Berilah sedikit masa untuk membaca luahan hati kami.




Hidup kami adalah berkemungkinan melebihi 10tahun, sebarang pemisahan daripada anda adalah amat menyakitkan. Apabila anda membuat keputusan untuk membawa kami kedalam sebahagian daripada hidup anda, biarkan ia selama-lamanya. Andai kata pada masa tertentu pada masa hadapan, anda tidak boleh lagi menjaga kami, pastikan bahawa rumah baru kami akan memberikan apa yang kami perlukan dan penjaga yang baru akan membekalkan kasih sayang, penjagaan dan sosialisasi yang kami inginkan.




Biar kami mengajar anda untuk memahami kami dan apa yang kami perlukan daripada anda. Kami akan menguji anda dari masa ke masa untuk pastikan anda ingat pelajaran itu.Biarkan kami sentiasa selamat dan terjamin. Lindungilah kami daripada segala yang membahayakan dan memudaratkan kami. Kami bergantung kepada anda. Anda adalah talian hayat kami.Bercakaplah dengan kami dan belai atau peluklah kami. Suara anda sangat mengasyikkan dan menyeronokkan pada pendengaran telinga kami. Sentuhan lembut anda adalah seperti sinaran matahari di pagi hari yang amatmenyegarkan kami.




Kami memerlukan makanan segar, air yang bersih dan tempat tidur yang selesa. Persekitaran yang nyaman menyelesakan kami dan tolonglah bersihkan sangkar kami setiap hari. Kami juga perlukan perhatian dan kehidupan sosial setiap hari. Jangan letakkan kami sepanjang masa di dalam sangkar. Kami juga tergolong dalam keluarga anda. Kami akan membuat banyak kesilapan. Kami tidak sempurna. Berlembutlah apabila anda membetulkan kesilapan kami.




Janganlah marah pada kami. Kami ingin gembira dan makhluk yang sentiasa ingin tahu dan kemungkinan sifat itu menjelikkan anda. Ketahuilah anda bahawa ini adalah sifat semula jadi kami. Kami tidak berniat menjadi perosak dan pemusnah. Hakikatnya kami amat bergantung kepada anda untuk mengawasi tingkah laku kami. Jangan sekali-kali memukul atau mengherdik kami. Kami makhluk tuhan yang lemah dan tindakan akibat kemarahan anda itu boleh menyakiti kami dengan sangat mudah. Apabila anda marah pada seseorang atau sesuatu yang lain, janganlah pula melempiaskan kemarahan itu pada kami. Ya, kami tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan kepada anda selain kasih sayang kami dan kegembiraan.




Jagalah kami apabila kami beransur tua. Kami mungkin tidak lagi aktif dan kurang bermain tetapi percayalah kasih sayang kami tidak pernah berkurang. Pantaulah kami dengan teliti kerana ketika ini pelbagai penyakit akan mudah menyerang kami. Maaf kerana kami akan menyusahkan anda pada waktu ini tetapi kami sentiasa berdoa pada tuhan semoga memberi ganjaran pahala yang banyak pada anda kerana ikhlas menjaga kami.




Apabila kami kelak tidak lagi boleh menikmati kehidupan dan dalam kesakitan nazak, temanilah kami sehingga hembusan nafas terakhir. Kami telah memberikan anda seluruh kehidupan dan cinta kami kepada anda. Jangan mengecewakan kami di saat-saat terakhir kami di dunia ini. Katakanlah yang anda menyayangi kami saat belaian terakhir itu. Redhakanlah kami pergi dengan tenang dan aman. Sentiasa ingat bahawa kami sentiasa menyayangi anda !!!



Yang Benar,
Haiwan Jinak Anda !!!


Kredit to : Keli Oh Keli


*Kepada semua arwah kucingku, I MISS YOU ALL SO MUCH. Berbahagia dengan tenang di sana. Amin. :'(

1 comment:

fiqkbe said...

touching nyer baca entri ni. bleh bg kt PAH1M ni ;D