Monday, January 28, 2013

Lelah Rasa Hati

Assalamualaikum. Lately rasa penat sangat. Tak cukup tidur. Mata pun dah tak ada seri apatah lagi muka. *Sambil lepaskan lelah panjang. Tarik nafas lagi. Baru hari ni rasa nya dapat tidur yang tenang dan agak cukup.


Sepatutnya dapat cuti hari Ahad. Tapi tukar dengan member sebab eksaited. Thehe..Eksaited sangat sampai cuma tidur 2jam je. Terfikir-fikir nak masak apa. Sebab memang dah lama sangat tak masak something yang special. Kadang tu tak special pun masakan tu tapi bila someone yang special makan memang rasa sangat dihargai.


Petang Ahad teman bestfriend tengok wayang. Tak sampai hati nak kecewakan memandangkan dah banyak kali tertangguh plan nak keluar sama. Pagi kerja,petang terus keluar sampai malam. Nasib baik cerita juvana boleh tahan best nya.


Sampai je rumah terus terkejar-kejar siapkan barang untuk masak. Memang sangat eksaited! Cuba buat perlahan-lahan sebab bila mata tak stabil, kalau boleh buat kerja tu nak cepat je asal siap. Tapi bila fikir, tak boleh! Nanti rasa tak sama macam selalu. Tak sedap. So take time jugak nak siapkan. Tangan sibuk menguli sambil mata asyik pandang kebilik terbayang bantal dan tilam. Pheww...


Akhirnya siap jugak! Esoknya tu boleh terus goreng. Makan panas-panas mesti sedap! Malam tu bila dah baring still tak boleh tidur terbayangkan someone makan dengan seronok hasil air tangan sendiri. :)


Sampai lah ke pagi tak sedar pun tertidur pukul berapa. Bila hari dah terang cepat-cepat tengok jam. Argh, dah tengah hari! Tapi tengok msg macam belum ada ura-ura akan munculkan diri. So, boleh lah relax lagi sampailah ke petang. At last gorengkan jugak hasil air tangan tu bila mama minta nak bawa kan untuk mak anjang dan adik yang nak balik ke asrama. Takpe lah, even tak dapat tengok "that someone" yang makan, tapi hati still happy bila adik suka dapat bekal yang selalu dia minta.


Lepas ni nak goreng habis pulak bagi pada bestfriend, bagi pada kawan sekerja. Tengok orang lain makan dengan best pun boleh buat kita tersenyum jugak..tak semestinya pada orang yang diharapkan je. :)


*Pengajaran untuk diri sendiri..jangan merancang sesuatu yang kita "agak" akan buat seseorang happy tapi atlast rasa kecewa bila tak jadi kenyataan.

1 comment:

iyka zulaika said...

betul! kita masak apa pun kalau org lain mkn mesti rasa best sgt. kalau tak sedap bgtau je. terimaaa. uhuhu