PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday, January 23, 2013

Jangan pertikaikan kenapa.

Assalamualaikum dunia. Hari ni boleh bernafas seperti biasa pada zahirnya walaupun sesak di dalam. Apa pun syukur alhamdulillah. Tak mahu permulaan kata yang panjang. Cuma nak bertanya dan berpesan kepada yang berkenaan.


Kau mampu ke bersabar dengan singa yang bersifat naga pantang tersilap sure berapi? Tak mampu? Jadi jangan pertikaikan.

Kau mampu ke bersabar menunggu sorang perempuan yang selalu cakap 'sekejap,nak siap' tapi sekejap tu memakan masa berjam-jam? Tak mampu? Jadi jangan pertikaikan.

Kau mampu ke tahan makian berdas-das walaupun memang nyata bukan salah kau? Tak mampu? Jadi jangan pertikaikan.

Kau mampu ke melayan kerenah sorang perempuan yang bermacam mengalahkan perempuan mengandung nak makan itu ini kau turutkan sekelip mata? Tak mampu? Jadi jangan pertikaikan.

Kau mampu ke jawab call 2-3 pagi dengan tenang dalam keadaan kau enak dibuai mimpi tapi dikejutkan dengan panggilan telefon yang hanya nak dengar suara kau jawab hello semata? Tak mampu? Jadi jangan pertikaikan.

Kau mampu ke teman sorang perempuan berjalan seharian untuk shopping baju yang diidamkan dalam keadaan kau berpuasa dan hanya berbuka dengam seteguk air masak kemudian sambung berjalan semata nak penuhkan kehendak perempuan tu? Tak mampu? Jadi jangan pertikaikan.

Kau mampu ke penuhkan hajat remeh sorang perempuan secepat yang boleh walaupun benda tu sebenarnya memang tak penting pun? Tak mampu? Jadi jangan pertikaikan.

Kau mampu ke teman sorang perempuan seharian di hospital turun naik tingkat 8 semata-mata nak belikan makanan yang teridam dek tekak perempuan tu? Tak mampu? Jadi jangan pertikaikan.

Kau mampu ke menangis sebab sorang perempuan selain mak kandung sendiri? Tak mampu? Jadi jangan pertikaikan.


Konklusinya jangan sesekali pertikaikan kenapa! Kau tak layak dan tak akan pernah sesekali layak. Terima kasih.

No comments: