Thursday, November 22, 2012

Alhamdulillah. Pengalaman 12 Hari Dalam Wad.

Assalamualaikum. 1st of all aku nak say thanks banyakkkkk banyak kepada semua yang mendoakan baik-baik semasa aku dalam wad hari tu. Satu nasihat aku, jaga kesihatan baik-baik k. Stay dalam wad sangatlah tak best, memenatkan dan menyakitkan even dalam masa yang sama kita dalam proses penyembuhan.


Aku admit wad 6B Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Terima kasih doktor dan nurse yang baik-baik. Walaupun ada sesetengahnya agak mengguris hati tapi terima kasih. Sebelum ni aku yang merawat pesakit, tapi kali ni aku pula yang menjadi pesakit. It's really different feeling.


4 hari pertama dalam wad memang tak berdaya. Nausea 24/7 sangat tak selesa. Tak boleh tidur sebab rasa nausea tu. Tak boleh jamah makanan sampai hilang rasa nikmat makan tu. Seriously rasa macam dah lupa apa tu makanan yang sedap? Kalau makan jugak memang akan keluar balik. Syukur sangat kepada siapa yang dikurniakan kesihatan yang baik tu. Lagi-lagi makanan hospital. Bau pun aku tak boleh dan disebabkan itu mama aku kena hantar makanan yang mama aku masak kat rumah setiap hari. Thanks mama,ayah n siblings yang every night jadi posmen tukang hantarkan makanan. Thank you so much!


Jadual harian aku memang kat atas katil dan toilet je. Lagipun nak pergi mana je? Memang tak boleh keluar daripada wad lansung. Rasa macam penjara. Lagi satu jadual aku is hari-hari penuh dengan jarum sebab aku memerlukan blood test setiap hari. So tiap pagi dalam pukul 2am doktor mesti kejut untuk minta kebenaran ambil darah. Sampaikan dah lali dengan jarum padahal memang sakit pun. Redha je. Kalau tak macam mana nak baik. Apa-apa pun alhamdulillah sangat. The doc said I'm very lucky. Kalau tak dah takde dah kat dunia ni, Alhamdulillah.....


Kat bawah ni gambar-gambar yang aku snap masa dalam wad yang sangat membosankan.

Jarum yang ke3

Jarum yang ke4

Jarum ke5

Cukup Jarum ke6

My drips

Encik panda dan baju daddynye. Eheh

Yoyot datang lawat mommy. Tapi macam takut sikit dah berapa hari tak jumpa.

Lepas 10hari baru nama ini ditulis. -__-"

MSAO buat surprise bawakan budak-budak ni jumpa mommy diorang. Rindu!

Last but not least sedekahkan doa untuk mangsa-mangsa rejim zionis di Gaza. Amin~

6 comments:

Alysha Syahirah said...

semoga cepat sihat... :)

cikji said...

moga cepat sembuh.

ololooo sweetnya mai melawat mummy

Nur Aisyah Lee said...

Ecah doakan akak cepat sembuh yer.Boleh melantak makanan sedappp lepas tu ^_^
#hanya orang sakit yang tahu nikmat kesihatan :)

khairunnisa said...

cepat sembuh! =)nway nice blog..

IdaRaida said...

jaga kesihatan ye lepas nie..:)

moga diberi kesihatan ok..:)
awk comey!

THE Last Meal said...

fuhh