PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, September 3, 2012

Jawapan Kepada Soalan Albert Einstein


Assalamualaikum. Akhirnya! Sampai jugak time rajin aku untuk jawab soalan yang dah lama aku nampak tapi aku abaikan ini. Akhirnya jugak selepas 30 minit berhempas pulas menyusun satu persatu, aku dapat jawapannya. Ahaaa.. Korang cuba lah jawab. Walaupun soalan ni dah ketinggalan zaman, patut try dengan sendiri kepada yang belum pernah cuba menjawab tu. Seriously syok!

Soalan ni merupakan soalan yang dikeluarkan oleh Albert Einstein sebelum dia meninggal pada abad yang lalu, dia menyatakan seramai 98% orang di dalam dunia ni tak dapat jawab soalan ni..hanya 2% sahaja orang yang dapat jawab? jadi adakah korang termasuk dalam 2% tu? cuba jawab soalan ni.. Jawab dengan jujur dan jangan gunakan sebarang alternatif yang lain!


Ini merupakan soalan tersebut :-

* Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.
* Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.
* Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
* Setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.
* Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.



SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??


Antara petunjuk yang di beri :

1. Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
2. Orang Sweden memelihara anjing.
3. Orang Denmark suka minum teh.
4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.
10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
13. Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
14. Orang Jerman merokok Rothmans.
15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.

Ok, sekarang anda dah dapat soalan berserta petunjuk tersebut, jadi

SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN 

Jadi,ini jawapan yang aku dapat! Betapa rajin dan bangganya aku siap buat box dalam microsoft word
lepas tu print screen.


*Sekian~ ^^



3 comments:

FiZah :D said...

wahh..mmg terbaekk lahh!! =)

Unknown said...

nice entry...soalan2 mcm ni boleh dijadikan mcm teka-teki...^_^

Unknown said...

trick betul soalan