Thursday, September 13, 2012

Garang Itu Sweet

Assalamualaikum uollsss. Hari ni aku nak buka topik garang.  Garang mengikut kamus dewan bahasa dan puaka edisi on9, adalah bermaksud suka marah-marah dengan bengisnya. Memang puaka bunyinya. I loike.


Aku mengkategorikan diri aku ni sebagai garang tahap ke-empat. Kalau kanser dah takde ubat dah tu kan. Gerun tak? Rawrrr...! Bila aku marah, cicak yang tengah melekap kat syiling rumah tu pun boleh tertanggal jatuh kat lantai sambil merangkak-rangkak minta nyawa untuk melekap kembali ke dinding.


Aku rasa aku mewarisi kegarangan family aku sendiri. Orang yang terdekat je tau macam mana kalau kitorang tengah marah. Terasa aura hitamnya. Awan terus mendung, daun-daun kering berterbangan, tiba-tiba kilat sabung menyabung, serigala di hutan terus berbunyi meooowwww. Senang cerita macam effect filem seram melayu.


Tapi kenapa aku cakap garang tu sweet? Ahaaa..sebab aku terjumpa ini :-


APA TU MANJA? 

Dan kawan aku pulak ada post ini kat fb aku :-


Nampak tak, nampak tak? So, kepada bakal suami, kalau nak tengok aku ala ala keayu-ayuan macam penari kebudayaan tunggu lepas kahwin k. Diharap bersabar menunggu dan bertahan hingga ke akhirnya. Tak payah nak cari-cari lain. Kalau tak, tahu kan apa akibatnya.. Wooff..wooff!!



INI REAKSI CHE'GU JEMAH BILA ANAK MURID TAK SIAP KERJA SEKOLAH!

*Orang selalu cakap aku sombong susah nak senyum. Tak kenal maka tak chenta jemah..

6 comments:

I love Sleep said...

kalau cik putri senyum takut ramai pula yg jatuh cinta kan hehe

Wilma said...

Setiap wanita mempunyai keistimewaannya masing2...Cik Putri nie manis orangnya...Garang2 pun tetap manis dan cantik bah :-)

Asma Karimah said...

blogwalking kak :)
dari asmaismi.blogspot.com
jangan lupa folbacknya yaa hehe

Nick Nashram said...

macam mana pulak dengan lelaki yg garang sebelum kawen?? adakah akan berubah selepas kawen..huhu

Rara Nasiha said...

saya pun garang orangnya. panas baran sikit. hihi

C'Jai said...

betui tu tak kenal maka tak chenta...:)