Wednesday, September 12, 2012

Apa Salah Mereka?

Assalamualaikum. Tadi aku godek-godek folder gambar kat laptop ni. Tak sengaja aku terbuka satu gambar yang tak berapa lama dulu aku simpan. Bagi yang pernah jenguk blog ni sebelum-sebelum ni, mungkin tahu yang aku sangat sayangkan haiwan. Perasaan simpati aku lebih kepada haiwan berbanding manusia.


Bagi aku, manusia ada akal fikiran yang cukup untuk survive kat atas muka bumi ni. Haiwan pula tak dikurniakan akal macam manusia tapi tak semestinya mereka tak ada perasaan. Mungkin manusia yang tak ada perasaan sempurna macam haiwan. Salah satu contoh terbesar,tak pernah aku tengok haiwan buang anak. Haiwan ni akan protect anak KANDUNG diorang habis-habisan. Sungguh aku pelik bila manusia lain mengatakan manusia yang buang-buang anak ni berhati binatang. Dari mana view macam tu boleh timbul sedangkan haiwan ni tak macam tu pun. Biarlah badan si ibu kurus kering asalkan anak-anaknya dapat menyusu. Jauh beza dengan perangai manusia jahiliah ni.


Kat sini point cerita aku bukan pasal kes buang anak. Tapi pasal haiwan. Aku sangat pantang dengar cerita atau dapat tau pasal manusia yang mendera haiwan. Semoga golongan ni dilaknat hidup tak tenteram!




Ini salah seekor kucing yang aku jumpa kat tepi jalan. Terhincut-hincut dia bawa badan yang lemah. Hati aku luluh tengok keadaan dia. Nampak ekor dia? Ekor dia diikat dengan getah sampai genting dan membusuk. Aku tak tahu sama ada manusia atau iblis punya kerja. Mama aku cakap mungkin kerja budak-budak. 


Hati aku jadi panas. Kalau budak-budak, mak bapak dia tak ajar respect haiwan ke? Tak ajar sayangkan haiwan? Budak yang terencat akal sekalipun, kalau mak bapak diorang dah ajar sayangkan haiwan, takkan diorang buat semua kerja bangang macam ni. Sungguhpun ini kerja budak-budak, aku memang judge yang mak bapak budak-budak ni fail. Yes, mak bapak dia gagal didik anak-anak.


Aku bawa kucing ni balik ke rumah. Alaskan dengan kain tebal. Sekurang-surangnya dia pernah rasa selesa untuk hari-hari terakhir hidup dia. Mata dan mulut dia penuh nanah. Ekor dia berulat. Aku tak dapat bayangkan macam mana dia bertarung nyawa tahan sakit. Kucing ni mengiau-ngiau kuat tapi tetap bunyi manja seolah-olah dia sedang ceritakan apa yang dah jadi kat diri dia. Aku bawak dia ke klinik. Tapi doktor cakap dia memang dah tak ada harapan. Aku pasrah.


Aku cuba jaga dia sampailah hari terakhir dia. Sayu hati aku tengok dia mati dalam diam. Tak apa lah aku tahu dia tenang kat sana sekarang. Sebab haiwan mana ada dosa.  


Ini kucing yang aku dan MSAO jumpa kat tempat parking kereta. Bila dipanggil dia datang. Melentok-lentokkan badan kurus dia atas jalan. Manjanya..cair hati tengok. So,kitorang decide masuk dalam giant pergi beli sepeket wet food untuk dia. Bila datang ke tempat parking semula dia dah tak ada kat situ. Puas juga panggil-panggil. At last terkedek-kedek dia datang. Kitorang bagi dia habuan, dengan lahap dia makan.
Seronok sangat tengok. Itu lah sikit rezeki untuk dia malam tu.



"Dia tak minta suruh goreng yang baru,
Dia tak minta sepinggan,
Dia tak minta hidang dalam pinggan yang elok,
Dia tak minta air basuh tangan,
Tak minta tisu nak lap mulut,
Dia minta baki-baki yang kita tak habis tu,
Yang kat celah-celah pinggan,
Dlam tong sampah tu,
"Bagi la kita tak apa pun sikit. Kita lapar sangat"
Tapi kita tak bagi juga"

*Ayat si comel tu buat air mata aku menitik. :'(

10 comments:

Zharif Azis said...

kejam nya sape yang buat kucing macam tu >___< rasa macam nak siat2 kulit orang tu

shizansyafik said...

entri ni menyentuh jiwa.. arghhh.. teringat kucen kat umah...

hnahdy said...

hana pun mcm cik puteri jgak. hana tengok kucing kat jalan terhuyung hayang selalu hana panggil pastu bg makanan kalau time tu hana pegang makanan. kalau xda makanan hana usap2 ja. hana rasa dia nak dibelai macam kucing2 peliharaan yang lain.

Cik Mira said...

benci btol org yang seksa2 kucing ni. iskkkkk

miszfazierra said...

tersentuh hati tengok gambar kucing tu. nasib baik kucing kat rumah sihat2 belaka :)

Dienn said...

sayu sangat.....

Nur Atirah said...

salam , tira singgah sini . ade segmen utuk awak .

http://itsmetira.blogspot.com/2012/09/segmen-aku-sayang-kau-sahabat.html


ni plak , GA .

http://itsmetira.blogspot.com/2012/08/ga-syawal-giveaway_27.html

join taw . hehe

Wilma said...

Kejamnya :-(
Memang orang yang buat kucing tu tidak ada perasaan...
Sedih smp rasa nak nangis baca entry Cik Putri...
Kadang2 binatang2 nie boleh jadi penghibur kita bah bila kita sedih...

♥ тιara~dнιya ♥ said...

i Luv cat t_T . . ta suke tgox urg dera kucing . . kejam amad ! tade pasaan . .

♥ Lia Abdillah ♥ said...

Sedihh sy bace ayat yg last tu .. mse kucing kucing tu ckp (mcm)