PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, December 5, 2011

Aku Bagi Kau Masa Untuk Rindukan Aku.




Encik Awak dah 5 hari ke Jepun.Atas urusan apa,malas mahu cerita

Dalam masa 5 hari aku rasa macam aku baru lepas jadi janda.Sunyi teramat sangat.Buat pertama kali henpon tak payah di cas.Kredit tamat tempoh terbiar lapar.Tak payah tengok henpon setiap dua minit.Mesti henpon merajuk dengan aku.Persetankan.


Aku dah macam wajib ambil ubat halusinasi.Pegang henpon tiap malam tunggu nak dengar suara kau.Walaupun mustahil,aku harap kau turun dalam mimpi.Kau tahu kan.Bila aku dah obses.Tidur lima minit mesti mimpi.


Tapi ego aku lagi pandai menggoda.Aku tak on9 sebab emo yang menghasut.Skype lansung tak sentuh.Sebab tibatiba aku rasa nak biarkan kau rindukan aku.Tibatiba aku nak kau rasa sakit sama yang aku tanggung.Tapi persoalannya,kau rasa??.Aku tak peduli.


Malam tadi aku terjaga dari tidur.Aku tak tahu kenapa aku selongkar almari.Aku cari patung panda yang kau bagi.Sedarsedar pagi tu dia dah jadi bantal aku.


Kau selalu cakap aku kuat.Boleh berenggang dengan kau.Tapi bukan aku yang kuat.
E-G-O.


Aku selalu lambat reply msg kau.Sebab leka kan hal lain.Tapi sekarang aku rasa nak msg kau tiap saat.Sepantas kilat aku akan reply.


Aku degil.Tapi di sebalik degil tu.Aku menangis seorang letak muka bawah bantal.Tak lupa aku bergulung dengan selimut kesayangan aku.Kau satusatunya lelaki yang tahu apa itu selimut busuk Putri.


Semuanya sebab aku rindukan kau.Kau tak salah.Aku sengaja melayan perasaan sendiri.Jadi kau jangan kacau.Biarkan aku dengan emo aku.Sampai kau balik nanti.Ingat,aku akan senyum sampai telinga untuk kau.

❤I miss your hands, that I love to hold
❤I miss your eyes, that I love to look into
❤I miss your hair, that I love to touch
❤I miss your voice, that I love to hear
❤I miss your warmth, that I love to cuddle
❤I miss every single thing about you


Rindu AWAK

1 comment:

CintaZulaikha said...

ni dah masuk kategori rindu gilak nih..huhu..

apa kata adik call...lalla