PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, September 3, 2012

Resipi Spaghetti Bolognaise

Assalamualaikum. Wehoo..hari ni hari yang rajin untuk memasak. Sebelum ni aku ada publish pasal resipi bergedil fav Encik Awak MSAO. Hari ni pun fav food beliau jugak. Tapi sayangnya dia jauh pulak. *Beliau sedang berorientasi di Melaka. So,malas nak cerita panjang. Ini adalah resipi future sis-in-law aku. Iaitu kakak Encik Awak MSAO. Tapi aku dah menokok tambah untuk menambah lagi perisa mengikut kesukaan aku.


Bahan-Bahan



1) Spageti for sure. Guna je mana-mana brand pun.

2) Daging ayam kisar/daging lembu kisar. Ikut kesukaan. Aku suka guna daging ayam.

3) Perencah sos maggie spaghetti bolognaise. Aku tak pakai prego. Sebab tak ada tanda halal. *Doubting.

4) Meatball daging lembu. Yang ini aku bertukar2 brand. Pun ikut suka.

5) Cendawan butang tin.

6) Serbuk lada hitam & Oregano leaves. Oregano ni yang naikkan bau dan spaghetti tu.

7) Kiub pati lembu.

8) 1kg tomato segar.

9) Carrot.



Bahan-bahan menumis

1) 5 biji bawang besar & 4-5 ulas bawang putih.

2) Cili kering kisar. *Untuk bagi rasa pedas sikit. Well,orang malaysia kan..



STEP A


1) Rebus spaghetti toskan dan ketepikan.

2) Kisar cili kering dan bawang.

3) Kisar tomato segar tadi. Jangan sampai terlalu cair.

4) Racik cendawan butang dan carrot.




STEP B


1) Tumis bawang dan 3-4 sudu besar cili kering yang sudah dikisar sehingga naik bau ala-ala bau bangla tu.

2) Masukkan tomato kisar.

3) Masukkan perencah maggie spaghetti bolognaise.

4) Masukkan meatball. Suka hati nak banyak mana pun.

5) Masukkan daging ayam kisar. Aku masukkan 1 paket terus.

6) Masukkan 1 kiub pati lembu.

7) Masukkan carrot.

8) Masukkan cendawan butang.

9) Masukkan lada hitam. Suka hati nak banyak mana. Nak pedas berpeluh tuang lah lebih sikit.

10) Masukkan oregano leaves.


NOM..NOM..NOM..



*SELAMAT MENCUBA! ^^

7 comments:

cik nana said...

sedapnyee. terliur dah ni..

najihahfara said...

senang je nak masak kan. hihi

Unknown said...

wow, nmpk sedap. boleh cuba ni. thanks for sharing..

Anonymous said...

Sedapnya ;D hee

Marcella said...

alahai..sedapnya..

terliur

Yaya Mohd said...

wahhh...cam sedapp je tgok ni! ^o^ nakkk

QasehnyaRania said...

menarik...

follow sini dari GA

http://lobaksusue.blogspot.com/2012/08/pencarian-222-blogger-bertuah-norzi.html

salam kenal