Sebelum tu belanja dulu lah satu gambar nikah eh. Bukti. Keh keh..
I'mma 26y/o wife to Muhammad Syah Akhimullah! (Tua dah hakak T_T)
Cukup lah satu. Nak tepek gambar honeymoon banyak-banyak untuk entry ni. Biar sampai termuntah.
So..lepas setel semua majlis, 21 Jan 2016 kitorang pun fly ke Osaka Jepun. Flight pukul 1.00am. Memang tidur je lah dalam flight. Tau-tau dah sampai. Flight lebih kurang 7jam. Kitorang pergi berdua je. Tak pergi dengan mana-mana agent pun since husband dah few times pergi Jepun sebelum ni. Dari ticket, budget, sampai ke trip schedule semua husband yang uruskan. Wife tahu ikut je. Heheh
Flight ticket price : Around RM1100/PERSON (RETURN)
View masa berlepas.
Tiba-tiba dah sampai. Heheh. Waktu Jepun cepat sejam dari Malaysia. Tapi tak ingat landed pukul berapa.
Kansai Airport. Sebelah tu kakak dari Indonesia. Tiba-tiba datang duduk kat sebelah nak pinjam pen. :p
Muka excited lepas sampai. Nampak tak eyebag selambak pun ada hati nak senyum lebar-lebar bagi menyerlah lagi eyebag tu.
First place yang dituju adalah Nara Park! Sebelum ni beratus kali duk tag husband kat FB everytime ada video pasal rusa-rusa jinak kat Nara Park ni. Sampai cari tips-tips nak ke Nara Park. Everytime tu juga minta husband bawa travel ke situ. Semata-mata nak usap rusa. At last dapat juga! Thanks husband!
Tunggu train sampai. Dekat signboard machine ticket tu ada nama-nama tempat yang nak dituju. Kena rajin google dulu pasal tempat yang nak pergi then refer kat signboard arah-arah train tu. Kadang-kadang ada signboard/nama tempat dalam english. Kalau tak ada tu, pandai-pandailah tanya orang kaunter. Nanti dia akan bagitau nak kena beli tiket yang harga berapa yen dan nak kena tunggu kat gate berapa. English diorang memang tahap band 0.5 lah. Kena pandai-pandai agak diorang cakap apa sebab most of them akan reply korang dalam bahasa Jepun juga macam kita faham je apa dia cakap. Ahaha :'D
Dalam train. Train kat sini lebih kurang je macam train kat Malaysia. Cuma train kat Jepun sangat menepati masa. Kalau kat board tulis train sampai 9.33pm, means 9.33pm lah train sampai. Tapi lepas 4-5 mins train lain pulak sampai. So kalau terlepas pun tak ada hal sangat. Yang best almost every station ada wifi free. Kena register online dulu sebelum guna wifi free tu. Setiap kali tengah tunggu train lah kitorang curi-curi masa untuk online. Hihih. Setakat ni tiket train paling murah 170yen kalau tak silap. Dalam RM6++. Masa kitorang kat sana almost 50% bergantung kat train. Selebihnya jalan kaki dan bas. Bas pulak just naik masa nak ke tempat yang lagi jauh je. Yang memerlukan perjalanan 6 jam ke atas.
Kat sini aku suka perhatikan cara dan attitude diorang. Yang aku perasan diorang jalan laju lagi-lagi time nak kejar train. Most of them tak beli tiket train kat machine sebab diorang guna IC je macam touch and go sebagai ganti tiket. Beratur sebelum masuk train dan diorang akan bagi orang dalam train dulu untuk keluar then baru diorang masuk dalam train. Kalau guna escelator pulak, if kita malas nak panjat escelator tu silalah berdiri 1 side je. Sebab 1 side lagi digunakan oleh orang yang tengah rushing untuk turun naik. Ada sign kat tepi escelator tu perlu berdiri kat side kanan or kiri.
Turun je dari train terus cari 7e. Lapar oiiii. Sebab sejuk. Selama kat sana suhu tak lebih dari 5 degree celcius. Kita ni dah lah jenis tak tahan sejuk. Pakai baju pun 4 lapis. Awal-awal sampai makan maggie cup je. Maggie cup ni memang bawa dari Malaysia sebab mostly makanan diorang kat sini tak halal. Makanan segera dari Malaysia sangat membantu. Maggie cup yang RM2 hengget pun jadi sedap sampai teringat-teringat bila dah kehabisan stock. Lapar je memanjang. Muahaha.
Sampai juga kat tempat yang diidam-idamkan!
Warning signboard. Walaupun rusa ni jinak tapi asalnya dia tetap haiwan liar yang boleh jadi buas. Buktinya aku pun kena tendang sebab lari kat arah rusa tu, konon-konon nak terkam dia lah sebab fikir dia takkan agresif. Agaknya rusa tu terkejut kot, dia bagi penendang sebiji. Nasib baik kena kat kaki je sampai kotor seluar aku. Kuangsam!
Memang perlu ke sentuh-sentuh rusa tu time ambik gambar? Haruslah! Nak tunjukkan betapa jinaknya rusa tu. Hahah
Kat area situ ada aunty and uncle jual makanan untuk rusa ni. Macam rupa biskut marie ada jugak. Tapi biskut tu memang makanan khas yang dibuat untuk rusa-rusa kat situ. Harga 150yen je untuk 5-6 keping. Rusa-rusa ni cerdik. Dia tau korang ada makanan, dia akan kerumun sampai dapat makan. Yang tak dapat tu pandai-pandai lah kau lari dari rusa tu ya. Kesian pun ada. Tapi tengok semua macam sihat je. Rusa ni juga suka menyondol. Sondol manja je. :'D
Sampai je hotel terus baham Brahim's. Makanan yang sangat lah sedap time-time macam ni. Haha.
Lepas tu memang lena lah tidur. Lagipun kat sana langit gelap cepat. Pukul 5.00PM dah start gelap. So terasa macam waktu malam tu lagi panjang. Nak keluar pun mostly kedai tutup cepat. So lepak dalam hotel, makan dan tidur untuk next trip! Lepas ni nak update entry pasal Universal Studio Japan pula. *Kalau rajin. Muehehe. Sayonara!
2 comments:
Hi dear, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :) and Congrats on the wedding!
Haiii.. bestnya honeymoon di jepun.
Haa..kalau nak bercuti free boleh ja dgn simkad buat duit☺☺☺. Free ok. Dapat cabutan bertuah.takaful.collect points under Air Asia.(30%less for flight ticket). Berbaloi pakai simkad. Kekal no lama.best๐๐ pakai phone ja sambil jana duit masuk tiap bulan. Halal 100%. Jom follow my IG. @aisah_moneymasyuk๐๐๐๐
Post a Comment