1st step mesti lah kena survey dulu klinik pergigian yang sesuai dengan keadaan geografi, tenaga, dan kesihatan kewangan korang. Keadaan geografi tu, means cari lah yg berdekatan dengan tempat tinggal semasa korang, so that senang nak pergi check up tiap-tiap bulan nanti sekaligus jimat duit dan tenaga. Macam aku, aku gunakan perkhidmatan klinik Dr.Zaryff kat senawang seremban. Murah pun murah. Deposit RM1000, tiap2 dua bulan bayar RM200. Total kos, RM3000. Rasanya antara yang paling murah kot. Kat kawasan KL biasanya RM4k ke atas dan boleh cecah RM7-8K.
2nd, bila dah jumpa klinik gigi idaman hati, kena pergi buat appointment. Bukan datang-datang je terus pasang tau. Mostly setiap klinik akan bagi tarikh baru untuk korang datang pasang braces. Kalau kena buat xray, pergi lah buat xray dulu. Then, dentist akan ambik acuan gigi korang menggunakan mould. Macam sejenis tanah liat yang akan dilekapkan ke gigi untuk tengok keadaan gigi korang. Jongang ke, bertindih ke. Lagi 1, if gigi bertindih maybe kena cabut gigi, so akan take time lagi lama untuk tunggu turn pasang braces tu.
3rd, masa untuk pasang braces!! Bila dah datang check up sebelum pasang braces tu, baru aku tau yang aku ada problem lain selain gigi jarang. Aku ada masalah deep bite. Maksudnya, gigi atas aku terlalu menutup gigi bawah. So doktor tu nak tarik sikit gigi atas aku supaya ada ruang untuk gigi bawah menonjol jugak kalau senyum. Heh. -_-"
Maaf lah kalau grafik sedikit menggerunkan. Haha. Ini gigi aku sebelum pasang braces. Apa yang bestnya tiap kali datang check up is, tukar colour getah braces!! Hihi. Tapi kalau time tu kureng nasib baik sikit maybe dapat warna-warna yang kurang berkenan di hati. Huhuk. Setakat ni aku dah pernah pakai warna biru, merah, purple, colourful. Lepas ni taktau lagi nak pilih warna apa. Kat bawah ni pulak gigi aku lepas pakai braces.
Sebelah kiri ni adik aku. Dia jongang. Haha. Time ni dia pakai getah powerchain. Powerchain tu getah yang bersambung terus antara besi braces. Bukan getah sebiji-sebiji yang comel tu. Aku pun pakai powerchain sekarang untuk gigi bawah. Effect pakai powerchain ni pun memang power lah. Seminggu menangis kunyah nasi. Itu pun kalau mampu untuk mengunyah. T_T
1st time pakai braces ni akan rasa janggal untuk beberapa hari. Rasa serba salah nak senyum takut ada nasi terselit celah braces. Nak bercakap pun asyik cover je. Memang 100% bergantung kat berus gigi everytime lepas makan. Lepas dah terer sikit, kumur-kumur pun boleh yakin je senyum sampai telinga. Hek2. Untuk tahap kesakitan pula, lepas sehari pakai tu baru terasa sengal-sengal nya. Tapi pakai powerchain paling "power" sakit dia. Rasa macam nak tanggalkan sekarang jugak braces. Lepas seminggu dua macam tu, dah ok balik. Boleh makan macam tak makan setahun.
Aku guna berus gigi berus halus 0.01mm. Berus gigi kasar tak sesuai ye. Keras dan tak boleh bersihkan celah-celah braces sangat. So better guna berus gigi berus halus ok! Untuk kebersihan menyeluruh, boleh lah kumur-kumur dengan listerine everytime lepas berus gigi. Setiap dua bulan aku akan pergi check up untuk tukar getah dan besi braces. Klinik lain aku tak sure macam mana rules nya. So thats all! Daaa..
31 comments:
good sharing.,..:)
Boleh tlg tanya dentist awak tak knp setengah org pakai braces atas dulu and lepas beberapa bulan baru pakai bawah
kalau atas je brpe eh ?
awk buat xray x?klinik zaryff ni mmg xyah buat xray gigi ke?so far pkai ok ke?
Nak tanya ade x contact no klink dr zaryf??
Assalam.. sy nk tanya ok x servis klinik dr zaryff.. berapa ye kos pasang sekarang?tq
Cik Chika : Ok je setakat ni,tp sekarang tak pasti berapa kos dia.
senawang kat mana eh ?
taman sri mawar.,sebelah 7e..
Bole tak bg contact number clinic tu sis?
Dekat klinik tu ada xray sekali tak
Salam.dekat klinik ni ada xtray sekali tak. Ke kene pg tmpt lain untuk xtray eh?
Sekarang harga dia still sama ke??
Salam, sekarang harga dia still sama ke?
Semua pun macam tu klu pasang atas bawah serentak matlamatnya menggeletrla mulut ni sakit wee
aritu sy ade kol klinik tu , staff tu ckp wat mse skang dye da close,taun dpn dye open balik . harge skang da 3500 untuk next year .
Sy pun dah g buat semalam. Skrg mmg xboleh makan nasi. Sakit sikitla. Harga mmg dah 3500. Tp still murah berbanding dgn klinik lain area senawang..
Lily , skrg dr zarif amek kes lagi tak ? If dah pergi , dalam seminggu lepas tu ke terus dia proceed ? Deposit rm1000? Terima kasih . 😊 . Takut sy nak pakai . Lame dah tangguh .he
Lily , skrg dr zarif amek kes lagi tak ? If dah pergi , dalam seminggu lepas tu ke terus dia proceed ? Deposit rm1000? Terima kasih . 😊 . Takut sy nak pakai . Lame dah tangguh .he
kene buat appoiment kak , sy da buat ng bulan 3
kenpae kol x angkat . da tkar no kee klinik ni ek
Salam nak tanye , berapa lame nak makan mcam biase ye .. Sye bru 1 week pakai braces. Nak mkn gigi bawah atas berlaga2 .. Seksanye nak mkn .. Mkn bubur je
Saya nk tnya ni,kena cabut x gigi awak?
Total berapa lama pakai braces ni cik putri
Jom follow IG saya @aisah_moneymasyuk...😊😊😊
Jana income dari hphone.
www.gajimasyuk.com/user/aisah
😀
Nur Nadiah sekarang deposit berapa?
Klinik dr zaryff ade lagi ke?ke dah tukar alamat atau nama?sy g kt alamat klinik tu..yg ade..klinik pergigian helmy..
assalamualaikum awak, nak tnye boleh? lepas cabut gigi tu awak terus pasang ke ape?
Boleh san nombor ws tempat dia
Post a Comment