PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Saturday, September 15, 2012

Aku Seorang Paranoid Tegar

Assalamualaikum. Pukul 3pagi. Macam biasa, aku dengan gejala insomnia aku. Bila siang terhuyung hayang tahan mengantuk. Puas mengacau pendengar setia aku, aku taktau nak buat apa dah. Time dah takde kerja, aku pun mula mengelamun. Bila dah mengelamun, macam-macam aku fikir.



Aku bukan sahaja mengalami insomnia yang dasyat. Tapi aku dapat rasakan yang aku ni seorang yang sangat paranoid. Tahu apa tu paranoid? Paranoid tu spesis penyakit mental sebenarnya. Tapi tak payah nak memandai cop aku gila ye! Aku dah belajar psikologi dan pernah melawat hospital bahagia tanjung rambutan. Bagi aku, aku tak lah seteruk pesakit-pesakit kat sana tu.



Percaya atau tidak, paranoid ni ada dalam diri kita yang normal. Cuma teruk dengan tidak je. Paranoid tu adalah perasaan syak wasangka, curiga, was-was yang terlalu kuat. Tahap teruk tu contohnya mak kita masak kat rumah, lepas tu mak kita panggil makan, tapi kita taknak makan sebab kita fikir mak kita letak racun lalang dalam nasi kita. Takkan lah mak sendiri nak buat anak dia macam tu kan. Melainkan mak tu pun ada sejarah penyakit mental. Memang patut was-was lah tu.


Ok, ke-paranoid-an aku pulak, aku ni sangat lah low self esteem yang membuat aku sampai jadi paranoid macam ni. Aku selalu fikir yang ada orang tu tak suka aku, cakap belakang pasal aku, marah aku dalam diam. Contohnya baru tadi Encik Awak MSAO ajak aku hantar family kakak beliau ke airport sebab kakak beliau dah nak balik Jepun semula. Kalau nak ikutkan, cerita dia senang je. Aku follow je lah sebab sebelum ni pun aku dan family dia memang dah pernah berjumpa. Tapi sikap paranoid ni buat aku fikir banyak kali. Aku takut kakak dia tak suka dengan adanya aku kat situ. Aku takut parents MSAO fikir yang aku ni queen control asyik nak ikut je mana MSAO pergi. Takut kot2 aku senyum dengan diorang ada pulak cili merah terselit kat celah gigi. Terus menghodohkan suasana muka aku. Serius k.


Bahkan nak update status yang simple kat facebook pun aku fikir banyak kali. Aku takut orang comment yang menyakitkan hati aku dan aku akan mengamuk, dan aku akan upah orang hack account si peng-comment dan aku puas hati.



Benda tu semua buat aku sentiasa gelisah dan risau. Ini adalah contoh simptom-simptom penyakit paranoid ni. Kalau ada dalam diri korang maknanya korang pun sama spesis dengan aku dan kita geng yeay! Hua hua.

1) Selalu fikir orang lain ada motif-motif tertentu kat diri kita. Beby senyum kat korang pun korang fikir beby tu nak ngorat korang. 

2) Curiga yang melampau. 

3) Selalu rasa diri korang dipergunakan. Kalau mak suruh pergi kedai tapi korang taknak tu bukan dipergunakan k. Jangan salah tafsir pulak cakap mak korang mempergunakan korang.

4) Selalu fikir buruk tentang diri sendiri. Mcam aku. Aku selalu fikir yang aku lah perempuan paling tak cantik dalam dunia ni. Tapi comel sikit tu ada lah. Ahaks haks. 

5) Susah nak memaafkan orang. Just like me.

6) Tak suka share rahsia dengan orang lain.

7) Kurang bercampur dengan orang lain.

8) Kurang sikap humor atau tak lawak lansung.


So, ada tak sikap paranoid korang dalam ni? Aku nak sangat buang sikap paranoid ni. Kalau ada ubat, aku dah telan dah even aku paling tak suka telan ubat. Paranoid buat aku rasa rendah diri, buat aku sakit kepala, buat aku rasa cepat nak marah. Paranoid, please leave me alone.


* Paranoid diperlukan dalam situasi mengelakkan penipuan.

7 comments:

M.NAQIB said...

"Beby senyum kat korang pun korang fikir beby tu nak ngorat korang"(Klako haha)

CintaZulaikha said...

haiyoo, bahaya dik kalau ada penyakit paranoid cenggini. kita senentiasa nak was2..was2 kan tak elok.

Unknown said...

em..sye pun kadang2 camtu gak..slalu je syak wasangka lebeh2..tp kn, x salah kita bersikap paranoid..sb, kadang2 paranoid ni boley melindungi kita...^_^

Wilma said...

Kalau saya, bila tak dapat tidur...baca buku...bayangkan diri sendiri jadi heroin tu...fikirkan yang indah2 sahaja...Confirm mesti tidur punya :-)

Cik Sakura said...

Paranoid? tak kot.. sometimes, we just need to be careful ^^

and sikap2 di atas,
more kpd pemalu je,

paranoid ni lagi teruk drpd tu..hehe

sy rse awk ok je cik putri ^^
positif! =)

ikaa said...

tertiba je dpt idea nk terang psal paranoid ni

Unknown said...

5.6. 7.8... semua ada kat saya.. hehehe.. tak paranoid kot.. perkataan terlampau berhati-hati lebih sesuai.. =)