Thursday, September 20, 2012

Tutorial : Make Up Eyeshadow Biru

Assalamualaikum. Lepas frust menonggeng, aku sangat lah pressure lalu aku mengambil keputusan untuk menepekkan make up ke muka. Lagi pun ada bff aku minta tutorial daripada "pakar make up yang sangat bertauliah" ni. Kalau ada yang bagi muka semua aku taram sapukan kaler warna warni kat muka tu.


Aku tak dapat tunjuk step by step sangat sebab aku dalam keadaan yang sangat tak tenteram jadi aku pun tak perasan ada step yang aku snap gambar, ada yang tak. Nampak sangat jiwa kacau tu kan. Ok lah, malas nak membebel panjang, aku mula kan dengan bismillah.


1) Mula-mula macam biasa lah, tepek je segala foundation dan compact powder yang kau ada. Tepek je tebal-tebal.

2) Tutup semua parut yang ada dengan concealer. Aku tak tepek concealer pun. Aku pakai photoscape je. Clear terus semua parut. Bhahah.

3) Sapu eyeshadow biru pekat kat sekeliling kelopak mata. Takyah besar sangat. Jap g nak sapu kaler lain pulak.

4) Sapu eyeshadow biru cair bahagian atas eyeshadow biru pekat tadi.

5) Sapu eyeshadow hitam kat bahagian hujung bawah tulang kelopak mata. Then blend je macam kau blend cili tu.

6) Sapu eyeshadow kuning cair kat bahagian bawah kening dan ratakan.

7) Lukis eyeliner macam biasa. Aku guna eyeliner coklat. Lukis kat bahagian bawah mata atas eyebag tu skali.

Gambar tak clear sebab pakai front camera. Sorry beb!







*To bff, kalau yang ni ok, nanti aku ajar kau. Kalau takmau nanti aku buat lain pulak ek. Hahah