Wednesday, September 5, 2012

Monyet Nazak Menyebut Allah

Assalamualaikum eberibadi. Cukuplah semalam cerita sedih pasal Ringgo kan. Memang tak akan lupakan Ringgo. He is the most wonderful thing that happened in my life. So, hari ni nak story pasal monyet pulak. Ini semua based on my own experience. Aku sendiri pun tak sangka yang boleh dapat pengalaman macam ni. Maybe ada hikmah.


Cerita ni nak kata dah lama tak lah lama sangat. Dalam tahun ini juga. Cuma baru sekarang tergerak hati untuk sharekan di blog. Ceritanya bermula masa aku di tempat kerja. Aku ada sms Encik Awak MSAO yang aku teringin sangat nak bela monyet. Tak taulah kenapa aku senang sangat tertarik dengan haiwan. Sekarang kat rumah aku yang sekangkang kera ni ada 6 ekor Sugar Glider, 2 ekor Guniea Pig, dan 7 ekor Kucing.


Pada malam tu, masa aku balik kerja tah pukul berapa pagi aku lalu jalan biasa yang aku gunakan hari-hari. Tiba kat satu pokok besar, aku ternampak satu objek hitam. Macam haiwan, tapi aku tak pasti apa. Aku dah terlajak lalu dan dibelakang aku ade kelibat van. Aku takut kalau-kalau van tersebut tak nampak apa yang aku nampak. Tak pasal-pasal kena langgar. Aku cepat-cepat reverse kereta dan halang haiwan tu dengan kereta.


Aku turun kereta dan pergi tengok apekebenda haiwan hitam tu. Aku berseorangan je masa tu. Taktau lah macam mana aku berani sangat turun kereta dan pergi tengok. Bila datang dekat,astaga..monyet!! Warnanya hitam pekat. Tak macam monyet-monyet biasa yang aku pernah nampak sebelum ni. Monyet tu terbaring lemah. Tapi masih hidup. Tiba-tiba teringatkan yang petang tu aku baru je cakap nak bela monyet. Tak sangka pulak terus dapat.


Aku cepat-cepat bawa monyet tu ke dalam kereta. Lagi sekali aku taktau macam mana aku boleh berani angkat monyet tu masuk dalam kereta. Badan menggigil sebab risau kalau monyet tu agresif ke. Tapi alhamdulillah monyet tu tak melawan sikit pun. Mungkin kesakitan.


Kat rumah aku cuba angkat monyet tu. Nampak manja. Encik Awak MSAO tolong googlekan apa jenis monyet tu. At last jumpa jugak info pasal monyet tu. Nama monyet tu Dusky Leaf Monkey/Spectacled Langur. Dari pembacaan, monyet ni banyak kat penang,langkawi. Taktau macam mana dia boleh sampai ke seremban.


NAMPAK MANJA DIDUKUNG

Tapi nyawa monyet ni tak panjang. Keesokannya tu monyet ni mati. Monyet ni nazak. Tak tau sakit atau apa. Aku sempat record masa monyet ni nazak. Bukan untuk suka-suka. Tapi sebab aku macam terdengar monyet ni sebut Allah. Kalau korang tak dengar apa yang aku dengar mungkin aku tersilap. Sorry, kualiti gambar kurang memuaskan sebab guna hp murah je.


video

*Haiwan yang tak berdosa pun nampak seksa bila dicabut nyawa. Kita manusia ni macam mana lah nanti.


13 comments:

Azriff Aziz said...

mashaAllah...:(

Eekin Mutalib said...

hmm..ksiannya..macam kecik je lagik..

Arau Blogger said...

abg cik tak gamak nak tengok

ANNA MARIANA said...

sedihnya tgok monyet ni.... ksian kan?

sarahhernyzar said...

sedeynya kita. huhu. Allah hu akhbar. tersentuh hati melihat rakaman video tu. sob sob sob.

Fiza Suhaimi said...

MasyaAllah . sedih sangat tengok video tu dan takut macam mana hari terakhir fiza nanti .

BeLLa said...

siannye a'ah dye ad sebut nama Allah

Isabel Diaz said...

kesiannya.. ingat'n awk dpt bela td.. :(

shizansyafik said...

kesiannya monyet tu.. nasib baik cik putri sempat ambik, kalau tak mesti dah kena gilis,.

C'Jai said...

tak sampai ati la nak tengok video tu...adeh..sedih..

akak ni pun suka jg benda2 cam ni lebih2 kucing..kat umah ni ada la 4 ekor yang dibela.... kat luar rumah ada la 3 beradik menumpang makan..entah sesapa buang... :(

Bulan Syurga Firdausi said...

Allah...betul haiwan lepas mati x de tanya dlm kubur pn sakit bile dicabut nyawa..ape lagi kita hidup dicatit amalan, mati mudah / susah ikut pd amalan, lepas mati rehat di kubur atau terseksa dari awal alam kubur hingga ke hari hisab..Allah...

♥ тιara~dнιya ♥ said...

sedih nye t_T

cikmerpatiputeh said...

sedehnye tgk video ni :'(